BAB 28 👹

4.2K 185 3
                                    

AINA ADRIANA 

" Aina, hidung kau dah tercabut !!." Hanis menjerit sedikit. Terus terbeliak mata aku memandang Hanis sebelum pehanya aku tampar lembut. Dia tergelak teruja. Sukalah tu sakat aku. Kakak di hadapan aku hanya tergelak mendengar lawak tak logik Hanis tadi sebelum menyambung kerjanya menyolek aku. 

Aku gementar. Jantung aku tak duduk diam. Tangan aku sudah kesejukkan kerana terlalu teruja kerana hari ini adalah hari berbahagia buat semua perempuan, iaitu, majlis pernikahan. Tepat pukul 9 malam nanti, majlis akad nikah akan berlangsung. Majlis akan dibuat di rumah mak sendiri.

 Mak dan yang lain sedang sibuk di luar menghias sedikit pelamin untuk majlis persandingan esok. Hazim dan rakan rakannya pula membantu mengangkat pinggan cawan untuk orang ramai.

Orang kampung sudah mula memenuhi khemah menunggu ketibaan bakal pengantin. Selepas solat maghrib, aku terus mandi untuk bersiap menunggu orang yang akan menghiaskan aku menjadi bakal pengantin yang sebenar dan waktu solat isyak tadi, tak henti henti mulut aku berdoa meminta semuanya berjalan dengan lancar.

" Kalau kita pakaikan aina ni bulu mata tebal, aje terkejut bakal suami dia nanti." Lagi sekali aku tampar pehanya. Ish jahatnya dia ni. Hanis sudah tergelak menyakat aku yang sudah gugup ni.

" Kau memang kan, kau dah lah hampir comotkan inai aku malam tadi." Aku teringat peristiwa malam semalam apabila hampir inai yang diukir di tangan aku dia nak langgar. Kecut jantung aku tengok. Iyalah kan, inai kalau dah comot, macam mana nak betulkan balik?. Hanis tergelak suka. Dia menepuk nepuk lembut lengan aku. Aku tak tahu, kenapa dia happy semacam je hari ni. Mungkin dia happy sebab aku dan nak kahwin atau benda lain.

" Alah, tapi cantik juga ukiran inai kau ni. " Aku memandang tangan aku. Ukiran inai ni ringkas je, tak terlalu memenuhi tangan aku. Aku tersenyum. Untuk nikah ni, kita tak perlu make up tebal tebal sangat, just want to look fresh je. 

Waktu sanding nanti, barulah pakai bulu mata palsu bagai. Foundation, eyeshadow dan lipmate, simple kan?. Selepas siap menghias wajah aku, barulah dia meletakkan selendang yang berwarna putih di atas kepala aku. Nak sesuaikan dengan baju nikah, kenalah pilih tudung putih.

" Aina, kau lain doh. Serius kau lain. Sekarang kau lah Aina yang tercantik. Aina tercantik bukan perempuan tercantik. " Dia tak henti henti menilik muka aku. Aku tersengih kecil. Ini kali pertama aku pakai tudung, menutup aurat aku. Bila fikirkan semula, aku rasa jahil sebab dedahkan aurat aku sebelum sebelum ni, aku niat, aku tutup aurat aku selepas kahwin nanti. Aku tak mahu suami aku masuk neraka sebab kesalahan aku sendiri. 

" Cuba adik berdiri, akak nak tengok." Kakak tadi menyuruh aku untuk berdiri. Aku cuba perlahan lahan bangun supaya tidak terlalu gelabah. Hanis dan kakak tadi menilik aku daripada atas sampai bawah sebelum dia mengangguk.

" Okay, dah siap. " Dia mengangguk berpuas hati dengan hasil kerjanya menghias aku malam ni. Hanis tersenyum gembira. Kakak tadi keluar daripada bilik membawa barangannya untuk pulang. Beberapa remaja perempuan masuk ke bilik aku untuk meletakkan barang barang hantaran di ruang tamu.

" Aina, kau dah nak kahwin... ." Dia memegang lengan aku. Matanya mula berair. Aku tersengih sebelum menggosok lembut belakangnya.

" Alah, kalau aku dah kahwin sekalipun, kita boleh keluar sama sama lagi lah. Aku tunggu kau pula kahwin, kita rancang ada anak sama sama, nak?." Dia tergelak kecil. Tisu ditangannya di lap bawah matanya. Bila orang yang menangis taknak rosakkan make up, macam nilah cara dia lap air mata tu. Aku memeluk dia perlahan.

" Kita kawan sampai bila bila. Aku janji dengan kau, aku akan ada dengan kau kalau kau perlukan pertolongan aku. Walaupun aku tengah honeymoon waktu tu, aku sanggup datang jumpa kau." Aku berdiri disebelahnya. Aku tak boleh duduk di atas katil kerana sudah penuh dengan barang hantaran.  Dia tergelak kecil sebelum menepuk lembut bahu aku.

" Kau jangan risau okay?. Kau fokuskan diri kau untuk suami dengan bakal anak anak kau. Kalau aku betul betul perlukan kau, baru aku call kau tau." Aku mengangguk setuju dengan cadangannya. Ni lah Hanis yang aku sayangkan. Dia sahabat terbaik aku sepanjang aku hidup. Dia tak pernah menghampakan atau menyakitkan hati aku kecuali bergurau. Kitaorang kalau bergurau, nampak macam gaduh tau. Punyalah kasar nak mati gurau tu. Nasiblah aku ni jenis terim abergurau kasar.

Pintu bilik aku dikuak daripada luar. Terpacul wajah mak yang cantik berbaju kurung mendekati aku. Senyuman dia ukir.

" Kan cantik anak mak ni pakai baju nikah. Nampak macam bidadari." Mak memegang lengan aku. Aku dan Hanis tergelak mendengar pujian daripada mak aku. Aku sayang mak aku sampai bila bila. 

" Aina keluarlah cepat, Hakim dengan keluarga dia dah tunggu dekat ruang tamu." Aku sudah terbeliak manakala Hanis pula sudah kalut. Allahu, nak terkeluar jantung aku bila mak cakap encik Hakim dah sampai. Hanis memandang aku terkejut. Mula aku dia belek dan mengangguk.

" Okay cun. Jom." Dia memegang lengan aku. Aku mula berdebar debar tak tentu arah. Aku sudah dengar bunyi suara orang ramai apabila Hanis membuka pintu. Tangan aku kesejukkan. Gementarnya. 

Hanis tetap memegang tangan aku tak lepas. Apabila semua mata memandang aku, aku terus memandang lantai. Malu. Aku duduk di sebelah mak dan Datin Nawarah. Aku memandang belakang tubuh Hakim yang sedang duduk membelakangi aku. 

Tak sampai beberapa minit, orang yang bakal menikahkan aku masuk mengambil tempat di hadapan Hakim dan bersebelahan dengan Hazim, iaitu satu satunya wali aku. 

" Alhamdulillah, semuanya sudah ada, bakal penganti lelaki dan bakal penganti perempuan juga sudah ada. Jadi kita akan mulakan dengan khutbah nikah dahulu." Aku membetulkan posisis aku supaya aku lebih selesa. Mak tetap memegang tangan aku memberi kekuatan pada aku. Aku cuma perlu tenangkan fikiran saja. Hanis duduk di belakang aku melihat majlis nikah aku. 

Selepas khutbah dibaca, bermulalah majlis nikah aku. Sanak saudara dan jiran terdekat kami mula berkerumun memenuhi ruang tamu. Suasana menjadi sunyi. Aku mengawal nafas aku supaya tenang sedikit. Imam tadi menerangkan cara akad nikah pada Hakim dan cuba untuk hafal. 

" Dengan lafaz bismillah, Muhammad Amirul Hakim bin Dato Faizal." Imam menggengam tangan Hakim erat. 

" Ya saya." Hakim menjawab apabila namanya dipanggil. Aku mula tak tentu arah. Jantung berdegup lebih kencang daripada tadi. Aku bakal jadi isteri orang !!. Ya Allah, aku tak sangka.

" Saya nikahkan kamu, dengan Nur Aina Adriana binti Muhd Fahmi berwakil walikan saya dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai." Aku memandang ke arah lantai apabila nama aku disebut dengan jelas. Aku baru pesanan, nama encik Hakim bermula dengan A dan ayahnya F, manakal aku pun A dan nama depan arwah abah juga bermula dengan F. Wah, nampak tak jodoh dekat situ. OK. Dia mendiamkan diri sementara sebelum dia menjawab.

" Saya terima nikahnya Nur Aina Adriana binti Muhd Fahmi dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai. " Nafas aku mula tak menentu. Aku perlukan oksigen. Oksigen. Imam tadi memandang Hazim dan Dato Faizal sebelum menadah tangan tanda bersyukur segalanya bermula dengan lancar. 

Aku terus menarik nafas lega segalanya berjalan dengan lancar. Mak dan lain teurs menyebut Alhamdulillah apabila segalanya berjalan dengan lancar. Aku dan encik Hakim selamat sudah diijab kabulkan malam ini bersaksikan bulan dan bintang. Ceh, wah kau.... . Tangan aku angkat mengaminkan segala doa yang dibaca. Selepas habis bacaan doa, mak memeluk tubuh aku sebelum Datin ataupun mama pula memeluk tubuh aku. Pipi kami berselisih. Bermula malam ni, aku dan encik Hakim bakal memulakan hidup baru sebagai sepasang suami isteri. 

" Tahniah weyh." Hanis memeluk menepuk lembut tepi lengan aku. Aku tak boleh peluk dia sekarang sebab dia dekat belakang aku, kau tunggu, lepas ni aku peluk kau tak lepas.

Di saat ini juga, tiket syurga aku sudah beralih kepada encik Hakim pula. Segalanya menjadi tanggungjawab encik hakim. Aku sebagai seorang isterinya, harus menjalankan tanggungjawab aku sebagai isterinya. 

Insya Allah aku mampu lakukannya. Aku harus ingat, selepas ini, jika ada masalah atau kesalahfahaman antara aku dengan encik Hakim, kami perlu berkerjasama atau memberi toleransi supaya masalah dapat diselesaikan. Aku tak boleh mendahului ego aku dahulu. Encik Hakim, beri saya peluang jadi isteri yang berguna untuk awak.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now