BAB 12 👹

7.5K 279 4
                                    

AMIRUL HAKIM

Aku menekan loceng rumah mama. Aku melihat 3 buah kereta di ruang halaman. Aku memandang ke arah pintu apabila pintu akhirnya terbuka. Sofea di dalam dakapan aku sedang lena dibuai mimpi. Tangan aku masih menggenggam kemas beg barangan Sofea.

" Encik dah sampai?. Datin dengan yang lain ada dekat ruang tamu, tunggu encik." Aku mengangguk sambil bibir aku menguntum senyuman ke arahnya. Aku tidak berapa kenal dia kerana aku sudah lama tidak balik rumah ni tapi aku pernah nampak dia ketika aku datang ke sini tempoh hari.

Aku terus masuk menuju ke dalam. Aku melihat mereka semua sedang berborak. Keadaan menjadi sunyi apabila aku mula menapak ke arah mereka. 

" Eh Hakim dah sampai?." Aku tersenyum kearah papa dan mencium tangannya dan tangan mama. Aku memandang ke arah mereka yang lain, hanya kakak Amirah saja yang tersenyum.

" Dah besar dah adik kakak nih." Dia menepuk bahu aku lembut. Mereka yang lain memandang aku tanpa berkata apa apa. Aku tersenyum kecil apabila huluran tangan aku tak disambut mereka berdua.

" Kenapa kau bawa budak tu datang sini?." Hafiz memandang aku tak puas marah kerana membawa anaknya yang dia sendiri tak mengaku anak. Aku hanya memandangnya tanpa riaksi.

" Hafiz." Mama memandang Hafiz apabila dia berkata seperti itu.

" Kenapa, kau tak suka?. Ni bukan anak kau pun." Aku berkata selamba. Mama dan yang lain memandang aku terperanjat. Aku tidak pernah ber aku kau dengan abang dan kakak aku selama ini, tetapi dia lah orang pertama yang aku letak di senarai orang yang menjengkelkan dalam hidup aku.

" Kau dah makin kurang ajar kan!?." Dia bangun menunjuk aku. Papa lantas bangun.

" Hakim, mama tak ajar Hakim kurang ajar dengan abang macam tu." Aku hanya tersengih. Aku mulakan dulu ke pergaduhan tadi?. Dia yang cari pasal dengan aku.

" Sudahlah tu, kita kan datang sini sebab nak borak sama sama. " Dia duduk semula. Irfan disebelahnya cuba menenangkan adiknya.

" Nawarah. Sudah sudahlah tu. Hakimkan baru saja sampai. Hakim, naik atas dulu, nanti kita berborak dekat atas." Aku memandang mama sekilas sebelum naik ke atas. Aku dah tak rasa diri aku anak mama lagi. Tengoklah betapa sayangnya dia terhadap abang abang aku.

FAIZAL ( PAPA )

" Sudah sudahlah awak ayik marahkan Hakim tu, dia kan penat baru sampai. Sambutlah dia elok elok. Dia kan anak bongsu awak." Aku memandang isteri aku yang sedang memeluk tubuh.

" Bukan saya tak sayangkan dia bang, tapi masalahnya dia dah melampau tau. Saya tak ajar anak anak saya kurang ajar. " Nawarah mengerutkan keningnya. Aku memandang Hafiz dan menantu aku.

" Hafiz, janganlah cakap macam tu dekat adik kamu. Hafiz kan abang?." Aku cuba menegurnya dengan cara yang baik supaya aku tidak membuat dia marah. Aku cuba untuk memulihkan keadaan semula.

" Kenapa papa sayang sangat si Hakim tu. Apa yang dia buat, semua papa agungkan dia. Mentang mentang dia majukan syarikat papa, semua kesalahan dia papa tutup." Aku mengeluh kecil. Salah aku kah kerana tidak bijak mendidik anak anak aku?, salah aku juga kah kerana tidak pandai meratakan kasih sayang?.

" Sudahlah tu Hafiz, kita balik sini nak bermesra, bukan nak gaduh gaduh. Macam budak kecil. Papa, mama, Mirah naik dulu. Anak anak Mirah tak tidur lagi rasanya" Anak perempuan aku mendaki tangga menuju ke atas. Aku memegang dahi. Penat dengan pergaduhan mereka. Serabut bila difikirkan lama. Bila mahu berhenti pun aku tidak tahu.


*************************************.

AMIRUL HAKIM

Aku merebahkan tubuh aku di atas katil yang sudah lama aku tinggalkan. Fikiran aku melayang. Selepas apa yang berlaku tadi, aku rasa aku sudah tidak penting dalam keluarga ni. Sofea aku sudah letak di atas katil kecilnya di bilik mama tadi kerana memang akan mama yang jaga dia sekiranya aku bawa dia balik ke sini. 

Aku tukar posisi aku supaya mengiring. perlahan lahan aku melelapkan mata yang semakin memberat.

" Hakim." Aku buka mata aku. Mata aku terbeliak. Aku seperti tidak percaya. Dia berada di hadapan mata aku. Senyumannya manis melebar. Aku tidak mampu untuk mengeluarkan suara kerana terlalu terpegun. Ini pertama kalinya aku melihat dia di hadapan mata aku dengan jarak yang dekat. Tangannya berani naik menyentuh pipi aku. Bibirnya yang menggoda membuatkan aku tidak tentu arah. 

" Saya rindu awak." Aku terkaku melihat wajahnya yang berseri. Kulit mukanya yang bersih tanpa cacat cela aku sentuh. Terasa seperti bukan mimpi. Aku tersenyum nipis. Dia buat aku hanyut dengan lirikan matanya.

" Let's be together.... ." Aku perlahan lahan membuka mata apabila pintu aku diketuk daripada luar. Aku memandang tempat disebelah aku. Kosong. Aku bingkas bangun. Mana dia pergi?. 

" Hakim, bangunlah. Breakfast jom." Aku memandang ke arah pintu. Aku bingkas bangun dan membuka pintu. Kak Mirah tersenyum melihat aku yang sedikit serabai. Baru bangun tidur kan?.

" Pergilah cuci muka tu dulu, lepas tu turun bawah. Kita breakfast sama sama." Dia ingin pergi tetapi aku tahan tangannya.

" Mama dengan abang ada?." Kak Mirah menggeleng.

" Semua takde hari ni. Papa keluar dengan mama. Kakak kakak ipar Hakim pula mana boleh duduk rumah ni lama lama, diorang keluar juga. Anak anak dia tinggal, akak juga yang kena jaga."  Dia menguntum senyuman. Aku hanya tersengih. Kak Mirah seorang yang tabah. Tengoklah, suaminya Pensyarah di USIM, keluarga suaminya semua orang orang yang beragama. Aku tabik pada dia. Dia yang dulu tidak bertudung, sekarang cantik dengan tudung dililit di kepalanya. Tetapi bukan sekarang lah.

" Ouh ya kak, semalam, akak ada nampak perempuan masuk bilik Hakim tak?." Wajah kak Mirah berubah serius. 

" Kenapa Hakim cakap macam tuh?. Hakim..... ada buat apa apa yang tak senonoh ke semalam?." Aku menggeleng laju. Aku tak gila lagi nak buat benda tu.

" Mana ada. Hakim cuma tanya aja." Aku garu kepala aku yang tak gatal. Kesitu pula dia fikir. Hish.

" Mana ada perempuan asing masuk rumah nih. Entah entah... ." Dia memandang aku dengan pandangan tidak percaya. Aku faham maksud dia.

" Ish akak nih, mana adalah. Ke situ pulak yang dia fikir. Rumah ni selamat lagi." Yang dia maksudkan adalah 'benda' itu. Dia hanya tersengih.

" Cuci muka tu dulu, lepas tu turun bawah." Aku mengangguk dan menutup pintu.

" Macam mana aku boleh sentuh dia?. Aku mimpi ke semalam?." Aku yang bagaikan baru  tersedar lantas menampar pipi aku kasar, Aduh, sakitlah pulak.

" Kau ni pun, mana mungkin dia datang rumah ini. Aku dengan dia tidak serapat itu sehingga dia berani untuk memasuki bilik aku. Tapi...

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now