AMIRUL HAKIM
Aku memandang Aina yang ralit mengasingkan bahan bahan untuk dia masak hari ni. Kadang kadang aku tergelak saja tengok dia ni, tak pernah diam waktu di dapur. Ada saja dia nak cakap, dia beri nama pada ayam, dia bercakap dengan sayur, dan dia buat dialog antara kentang dengan bawang. Dia memotong segala bahan untuk dia buat Sup Ayam hari ini. Aku menanti nantikan juga bagaimana rasanya.
" Sini aku tolong." Aku mendekatinya. Senduk di tangannya aku ambil sebelum tubuhnya aku tolak jauh. Biar aku tolong gaulkan. Dia tergelak kecil dan terus menuju ke arah almari kabinet mengeluarkan botol perisa kordial untuk membuat air pula. Selepas aku tutup api, aku memandang Aina yang sudah keluarkan semua jenis botol yang diletakkan di tepi kabinet. Aku sudah ternganga. Dia nak buat apa ni?.
" Kau kenapa keluarkan semua sekali ?." Aina yang berusaha mencapai sesuatu memandang aku sambil tersengih. Dia cuba memanjat kabinet tapi cepat cepat aku tahan tubuhnya. Ya Allah, kalau jatuh nanti, tak pasal pasal masuk hospital. Siapa yang susah?.
" Kau nak buat apa panjat panjat ni?." Aku memandang wajahnya. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Senyuman janggal diberikan kepada aku.
" Saya nak ambil botol Sunqu** tu, tapi dekat belakang. Saya tak sampai." Dia buat riak wajah simpatinya. Aku menggeleng geleng sebelum tangan aku mencapai botol Sunqui** di bahagian belakang dan beri padanya.
" Apa gunanya aku ni kalau kau tak minta tolong?. Kalau kau jatuh nanti, nak bermalam dekat hospital ke?." Dia tersengih menayangkan barisan giginya. Dah lah satu gigi ke dalam, nak tunjuk tunjuk pulak. Aku cubit pipi dia kuat, anggap saja tu pengajaran untuk dia. Dia usap pipi dia yang sakit mungkin?. Aku mahu pergi ke sup tadi tapi dia menahan lengan aku. Aku lantas memandangnya yang sudah tersenyum.
" Tolonglah turunkan saya, ada kolam ikan Piranha dekat bawah tu, nak makan saya. Saya takut nak turun. " Dia memuncung ke arah lantai. Aku pandang ke arah lantai sebelum memandangnya tanpa riak. Apa ke benda pulak ada ikan Piranha ni?. Sejak bila aku bela Piranha?.
" Kau buat lawak apa ni?." Aku terus menuju ke arah sup yang sudah siap masak untuk letak di dalam mangkuk. Dia tergelak kecil mendengar jawapan aku sebelum dia turun daripada kabinet. Aku dan Aina menoleh memandang ke arah bilik apabila kedengaran suara tangisan Sofea. Aina memandang aku.
" Awak tunggu sini, saya tengokkan Sofea" Dia berlari anak mendapatkan Sofea. Aku tersenyum. Nasiblah ada orang yang membantu, kalau tidak selama ni aku yang terkalut kalut mahu pujuk Sofea dan buat kerja aku dalam satu masa. Bila ada Aina ni, bolehlah dia tolong aku. Selepas 5 minit, Aina kembali ke dapur. Aku memandangnya, aik, kejapnya.
" Sofea macam mana?." Aku cuba soalnya. Sekejap saja bunyi tangisan Sofea terhenti. Dia tersenyum sambil menjongketkan bahunya.
" Tidur lah." Aku sudah ternganga. Sofea tidur?. Kalau aku pujuk Sofea, setengah jam tau baru dia tidur balik. Dia, tak sampai 10 minit, dah tidur?. Dia ambil tempat duduk di hadapan aku.
" Senangnya, kau buat apa?." Dia yang mahu menyudu sup buatannya itu, lantas memandang aku dengan senyumannya.
" Saya dodoikan dia lah, bayi kalau nangis, cari punca dia dulu, kalau perut dia masuk angin, guna minyak angin sapu dekat perut dia. Kalau dia menangis sebab lapar, buatkan susu. Kalau baby menangis tanpa sebab, bercakap dengan dia, bagi attention sikit. Nanti dia diamlah tu." Aina berkata sambil tangannya menyuap nasi ke dalam mulutnya. Aku terdiam. Dia cakap macam dia dah pernah ada anak. Mungkin dia pernah jaga budak kot.
**********
" Boo !!." Aku yang sedang menonton TV diserbu oleh Aina dari arah belakang. Terkejut tu memang terkejut tapi aku taklah melatah. Aku pandang dia tanpa riak. Dia tersengih sebelum duduk di sebelah aku. Matanya menumpukan perhatian pada TV. Dia memandang aku semula.
" Cerita apa ni?." Aku tetap memandang skrin TV. Dia nampak teruja melihat filem yang tertayang di skrin TV.
" Fast and Furious 7. " Movie kegemaran aku daripada mula sampailah yang ke 9. Kehandalan Brian dan kawan kawannya dalam memandu dan mencuri kereta, mengagumkan aku sehinggalah aku sanggup ulang cerita ni. Aina di sebelah aku sudah ternganga.
" Apa 7?." Aku memandangnya terkejut.
" Kau tak tahu ke cerita ni?." Tak sangka aku Aina tak tahu. Bagi aku, cerita ni lah yang layak jadi nombor 1. Dah lah pelakon pelakon dia berani mati. Aina menggeleng.
" Untuk pengetahuan awak, saya layan Kdrama je. Strong Women Do Bong Soon, Legend of the blue sea, Crash landing on You, Descendants of The Sun, Itaewon Class. Hah, tu semua, baru saya layan. Alahai Park Hyung Sik.... hensemnya." Aku tak tahu apa yang disebut tadi. Entah, macam pelik pelik je. Aku tak pernah dengar pun. Mata aku masih tertumpu pada TV.
" Tapi kan awak, kalau saya nak tanya pasal Sofea, awak marah tak?." Dia tetap memandang aku. Aku menggeleng perlahan sambil kepala aku masih memproses cerita di TV.
" Sofea memang anak abang awak ke?." Aku terdiam lantas aku memandangnya. Remote di atas meja aku ambil dan aku tekan butang off. Aku menolehkan tubuh aku menghadapnya dan lengan aku letak di kepala sofa. Dia sudah kebelakang, cuak, takut aku cuba apa apakan dia. Aku tersenyum kecil.
" Apa maksud kau?." Aku memandang dia yang cuba tersenyum.
" Tak.... taklah. Saya tanya je, kalau awak tak selesa, saya tak tanya lagi dah." Dia tersengih kecil. Aku masih memandangnya sebelum aku mengeluh kecil sebelum tubuh, aku ubah kepada posisi asal.
" Hm, Sofea tu memang anak abang aku yang ke dua." Mata aku memandang dia yang mendekati aku.
" Tapi Sofea tu anak dia dengan isteri pertama dia. Diorang dah bercerai, jadi aku lah yang jaga." Aku tak mahu cerita selebihnya kerana itu melibatkan aib abang aku. Biarlah dia sendiri yang tahu. Aina disebelah aku mengangguk.
" Esok, aku kena masuk kerja. Kau boleh tolong jagakan Sofea tak." Sepatutnya, cuti aku seminggu, tapi aku takut kerja aku melambak je nanti. Aku tak boleh harapkan mereka yang lain saja. Aina mengangguk sambil tersenyum.
" Boleh, lagipun kita kan ada seminggu cuti?." Aku mengangguk sebelum aku tersenyum lama pada dia. Dia memandang aku malu.
" Kenapa awak pandang saya macam tu?. Saya cantik eh malam ni?." Dia memuncung menahan senyumannya daripada melebar. Aku mengangguk saja, kalau cakap tak, kecewa dia nanti. Aina di sebelah aku sudah tersengih sambil tergelak kecil.
" Kau bukalah cerita yang kau nak." Aku beri remote padanya. Biarlah malam ni aku beralah. Lagipun aku dah jemu, gasak hadap TV je, naik muak. Dia tersengih sebelum remote di tangan aku dia capai dan duduk di hadapan TV untuk menukar rancangan ceritanya. Nasib ada Pvr.
" Awak duduk sini tau, teman saya tengok cerita Strong Girl Do Bong Soon !!. ." Aina sedikit menjerit teruja sebelum dia duduk di sebelah aku. Aku mengangguk saja. Harap harap lah cerita yang dia buka ni best walaupun aku tak tahu cerita tu. Apa yang strong?.
Daripada pukul 8.40 sampai pukul 1 pagi aku teman dia habiskan 15 episode dalam satu masa. Aina di sebelah aku mengesat air matanya yang sudah meleleh. Sekejap, waktu episode 14, perempuan tu kena gari dan ada bom dekat badan dia. Lepas diberi kuasa semula, perempuan tu tanggalkan gari dekat badan dia dan campak bom tu dekat udara. Nampak tak tiada logikal dekat situ?. Aina mula menangis waktu perempuan tu suruh lelaki tu pergi daripada situ supaya lelaki tu tak mati sekali, lelaki tu pun acah acahlah tunjuk hero, nak mati sama sama. Alahai, nampak sweet lah dekat situ?.

YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomansaApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...