BAB 33 👹

4.4K 197 2
                                        

AINA ADRIANA

Aku terjaga daripada tidur apabila Sofea di dalam katilnya menangis. Aku menoleh memandang tempat disebelah aku, kosong. Aku bingkas bangun mencari kelibat Hakim. Aku turun daripada katil dan mendukung tubuh kecil Sofea yang masih menangis. Ya Allah, dah pukul 9 pagi aku tak bangun bangun lagi ke?. Gila lama aku tidur. Biasalah, lepas subuh, kau akan tidur balik walaupun kau tahu tak elok tidur selepas subuh. Aku mendukung tubuh kecilnya dan menuju ke ruang tamu. Aku perlu mandikan dia, tapi tu lah, kalau dia tak diam lagi, macam mana aku nak mandikan dia?.

" Sofea, kita makan dulu ya, lepas tu kita mandi tau." Pipinya aku kuncup. Dasar budak bucuk tak mandi. Heh,sedar sikit, kau pun tak mandi lagi. Aku mencari juga kelibat Hakim, tapi aku tak nampak dia. Aku menuju semula ke bilik mahu mengambil telefon aku. Mana tahu dia ada telefon aku ke?. Tepat jangkaan aku, dua panggilan tak dijawab daripada Hakim. Aku mengucap je lah dapat diri macam ni, dah lah bangun lambat, tak mandi lagi, orang call pun kau tak sedar. Haih....punyalah teruk aku ni. Sofea di tangan aku sudah mengagah mengeluarkan suaranya. 

Aku pelik juga tengok Sofea ni, dia tak makan lagi tau, tapi dia langsung tak nangis atau apa apa pun. Risau aku dibuatnya. Nak tak nak, aku perlu juga buat susu untuk dia, kalau tak, aku tak tahu dia lapar atau tak. Aku letak dia di atas kerusi makan dan mula mencari botol susunya disekitar atas kabinet. Tergelak aku tengok apabila banyak botol susu yang tersusun di atasnya. Banyak sangat dalam 10 botol macam tu?. Anak sorang je wahai suamiku, dia punya persediaan, alahai... . Tapi aku tak nampak pun semalam?.  Sofea memasukkan tangannya ke dalam mulut, lantas aku keluarkan. Gatal gusilah tu. Baru aku tahu, Sofea dah masuk 6 bulan. Dah besar budak bucuk ni. 

Apabila aku ambil je botol susu tu, dia terus menangis. Aik, baru rasa lapar ke?. Dia menghulurkan tangannya untuk mendapatkan botol susu tadi. Lapar lah tu.

" Sabar ye anak mama sayang bucuk bucuk, mama buat susu dulu ya?." Aku cuba berinteraksi dengan dia. Dia merengek rengek untuk mendapatkan susunya. Selepas siap, aku rasa dulu panas atau tak, bila susu tu tak panas sangat, baru aku beri dia. Dia minum dengan lahapnya sampaikan aku geram dengan dia, aku cubit pipi dia. Tulah, siapa suruh jadi comel?.

**********

" Okay, hari ini, mama akan beri Sofea makan masakan mama. Okay tepuk tangan, yeahh." Aku pegang tangannya acah acah dia yang tepuk. Pipinya aku gomol sebelum dia tergelak suka. Suka kau ye?. Aku menuju ke arah periuk nasi. Aku akan beri Sofea makan bubur kisar. Dia wajib makan, kalau tak, aku gigit dia. Aku keluarkan bubur tadi dan aku kisar bersama ikan dan brocoli yang aku rebus tadi.

" Sofea bucuk sayang, mama buatkan Sofea makanan. Suka tak suka tak?." Aku letak pinggan makanannya di atas meja kerusinya. Aku beri sudu kecil padanya supaya dia cuba untuk pegang. Bayi 6 bulan ni, suka pegang barang. Bagi aja dia pegang sudu tu. Dia memegang sudu dan menukar pada tangan kanannya. Dia pandang saja makanan tu, aku memandangnya pelik. Aik, takkan pandang je?.

" Sofea, nak mama suapkan ke?. " Aku cuba capai sudu di tangannya tapi dia tak mahu lepaskan malah dia jerit pada aku. Terkejut aku. Amboi, dia jerit dekat aku. Luluh hati aku.

" Sofea. Kenapa Sofea marah mama?. Mama nak sweet sweet je dengan Sofea. Sampai hati, mama tak nak kawan lagi lah dengan Sofea. Bucuk." Aku kemam pipi dia sebelum aku ke arah kabinet. Aku cuba cari sesuatu yang aku boleh makan sementara menunggu Sofea habiskan makanannya. Bayi 6 bulan, boleh pegang sudu sendiri, tapi untuk dia makan, memang tak, tunggu jelah nanti, habis sampai ke muka dia makan.

Aku mencapai balang yang penuh dengan cookies. Nampak sedap. Harap harap tak lemau lah sebab macam tak pernah disentuh je?. Aku ambil balang tadi dan bawa ke arah Sofea sebelum ketawa aku terletus. Kan betul aku cakap, dia akan makan sampai ke muka. Dah macam anak hulk dah, penuh muka dia warna hijau. Alah kesiannya anak mama nih. Aku ambil tisu dan aku lap mukanya sebelum aku duduk disebelahnya. Aku buka penutupnya aku sumbat sekeping biskut ke dalam mulut aku, perh sedap gila, aku sumbat lagi.

Aku memandang ke arah Sofea yang sudah ternganga memandang aku. Dia menghulurkan tangannya ingin meminta sekeping. Aku geleng sambil tersengih.

" Andwae. Sofea takde gigi lagi. Macam mana nak kunyah?." Aku jauhkan balang tadi daripadanya. Dia buat wajah simpati dia sambil merengek. Aku geleng lagi. Dia terdiam sebelum.... 

" Okay okay mama bagi." Aku patahkan supaya menjadi cebisan sebelum aku masukkan ke dlam mulutnya. Dia mengemam cebisan biskut tadi dan keluarkan semula kerana dia tahu, dia tak boleh makan. ku tergelak kecil.

Aku segera bawa tubuh kecilnya ke dalam bilik air untuk aku bersihkan dia sebelum aku mandikan dia. Hakim sudah belikan besin untuk mandikan Sofea. Aku terfikir juga, bagaimana Hakim menjaga Sofea dan dalam masa yang sama, dia sibuk dalam hal kerjanya. Aku tersengih memandang Sofea yang sedang duduk di dalam besin sambil menepuk nepuk air. Dia menjerit girang. 

" Sofea dah besar nanti, jadi budak baik, jadi cantik macam mama, lepas tu jaga mama dengan papa tau." Aku cuci mukanya dengan air. Dia tersengih suka menayangkan gigi bawahnya yang baru saja mahu tumbuh. Selepas aku selesai mandikan dia, aku letak dia di dalam katilnya, berharap dia tidak menangis. Kalau aku letak dia atas katil, nanti dia jatuh sebab Hakim kata, dia suka berguling. Risau pula aku. Aku mencapai tuala dan masuk kembali ke bilik air untuk mandi. 

Aku kembali ke bilik dengan badan yang segar setelah aku mandi. Pagi pagi macam ni, aku tak tahu mahu buat apa. Selalunya aku tolong mak masak, tapi mak dekat kampung sekarang ni. Hm, rindu pula dengan mak dan Hazim mangkuk tu. Aku menuju ke arah Sofea yang sedang duduk dalam posisi merangkak. Dia cuba untuk berdiri tapi, dia tahu itu kelemahan dia. Aku angkat tubuhnya dan menuju ke ruang tamu. Rambut yang basah aku balut dahulu guna tuala. 

Telefon di tepi aku berdering sebelum aku angkat panggilan dengan senyuman. Siapa lagi kalau bukan mak. Aku letak telefon di tepi telinga aku. Sofea sedang berada di tepi aku sambil bermain dengan mainannya. 

" Assalamualaikum mak !!." Aku menjerit teruja. Suka lah aku kalau mak aku sendiri yang telefon. Sepatutnya, aku memang nak call mak tadi, tapi bila aku dah melayan kerenah Sofea ni, memang lupa lah jadinya.

" Waalaikumussalam. Suka je Aina ni, ada apa apa ke nak beritahu?." Mak tergelak sinis.

" Mana ada apa apa Aina nak beritahu, cuma Aina rindu mak je. Mak sihat?. Mak rindu Aina tak?." Sekali sekala mata aku melihat Sofea di sebelah aku, takut takut dia dah tergolek ke bawah. Mak tergelak mendengar soalan aku.

" Mak mana tak rindu anak?. Alhamdulillah, mak dengan Hazim sihat je dekat sini. Aina tengah buat apa tu?." Aku memegang tubuh kecil Sofea.

" Aina duduk rumah je, jaga anak buah Hakim. Hakim dah keluar kerja pagi tadi. Tinggal Aina sorang sorang dekat rumah ni jaga Sofea." Aku luah perasaan bosan aku duduk di rumah. Hanya ada Sofea saja yang menemani aku. 

" Mak dah makan?." Aku menyoal mak pula. 

" Dah, mak makan dengan Hazim tadi. Mak tak sihat sikit hari ni, Hazim tolong mak dekat dapur." Aku menegakkan tubuh aku dengan riak wajah risau aku. Mak aku tak sihat, memang kau risau lah.

" Mak sakit apa?. Mak macam mana sekarang?." Mak tergelak kecil.

" Mak dah makan ubat tadi, ni dah kurang sikit. Mak pening sikit aja, Aina dekat sana macam mana?. Okay." Aku sandarkan semula diri aku di sofa.

" Sihat je mak. Aina macam ni je." Aku mengeluh kecil. Rindunya dekat mak. Bila aku boleh balik rumah mak lagi?. Air mata aku cuba tahan daripada keluar. Aku taknak nangis nanti mak cakap aku macam budak budak. 

" Yelah, mak saja telefon. Mak kena letak ni, mak nak kena pergi rumah makcik Yani ni." Aku mengeluh kecil sebelum mengangguk. Mak sempat beri salam sebelum dia memutuskan panggilan. Baru aku mahu cakap jaga diri, tapi mak dah letak dulu. 


MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang