AMIRUL HAKIM
Aku tersengih melihat matanya yang tak henti henti daripada mengalir air mata. Aku capai kotak tisu yang terletak disebelah aku sebelum sehelai tisu aku tarik dan lap air matanya. Dia mengalihkan mukanya daripada terus dilap. Aku tersengih lagi.
" Kenapa kau nak takut dengan aku?." Dia menunduk. Aku merendahkan tubuh aku sebelum dagunya aku tarik kasar. Wajahnya yang sembab akibat terlalu banyak menangis aku pandang sebelum tergelak kecil.
" Waktu kau buat semua tu, ada kau terfikir nak rasa takut?." Dia merenung aku tajam.
" Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara sebab culik aku. Kau akan menyesal Hakim." Sinis saja suaranya. Aku terkekek gelak mendengar dia kata begitu. Dia nak masukkan aku dalam penjara?. Heh.
" Sebelum kau buat report polis, kau kena ingat. Kau boleh dipenjarakan sebab mencetak dokumen palsu dan menfitnah aku tau?. Kau yang patut rasa menyesal." Aku mencengkam pipinya lembut sebelum menolaknya lembut. Dia memandang ke arah lain.
" Aku boleh lepaskan kau, tapi dengan tiga soalan." Aku tanggalkan sarung tangan dan mencampaknya ke atas lantai sebelum memandangnya semula dengan riak kosong.
" Kenapa kau menipu?." Aku memandang anak matanya. Dia hanya mendiamkan diri. Selepas lama dia mengunci mulutnya, aku mengangguk kepala perlahan. It's alright Hakim, ada satu lagi soalan kau perlu tanya dia. Sabar dulu....sabar.
" Okay takpe, kau simpan dulu jawapan untuk soalan tu. Aku tanya kau soalan kedua pulak. Siapa suruh kau buat semua ni?." Dia merenung wajah aku sebelum dia mengalihkan pandangannya. Dia tetap mendiamkan diri. Aku tersengih sinis.
" Last question. Kau nak aku bunuh adik beradik kau ke ataupun kau nak beritahu aku!!." Aku cengkam pipinya kasar. Dia mengadu kesakitan tapi aku hiraukan. Tangannya naik memegang tangan aku. Wajahnya aku padang tanpa belas kasihan. Muizzin dan Hakim hanya mendiamkan diri.
" Aku takde niat pun nak tipu keluarga kau!!." Dia bersuara akhirnya. Air matanya mengalir melalui tangan aku tapi tu tak penting
" Irfan yang paksa aku buat semua ni. Aku nak duit untuk sara adik beradik aku!!." Dia menjerit membuka suara meluahkan segalanya selepas lama mendiamkan diri. Aku menolak pipinya kasar.
" Aku... terpaksa." Teresak esak dia berkata. Wajahnya menunduk. Aku mengeluh lantas menoleh memandang ke arah lain. Dia buat aku rasa sebersalah. Tapi kalau aku tak guna cara ni, dia takkan buka mulut menceritakan semuanya. Aku memandang Hakimi dan Muizzin yang turut bersimpati dengan nasib perempuan ni.
**********
Aku dan Hakimi keluar daripada perut kereta untuk menuju ke arah Farmasi. Akibat cengkaman aku yang terlalu kuat, pipi Nadine terus naik membengkak. Aku juga manusia, mempunyai hati dan perasaan belas kasihan.
Muizzin pula duduk di rumah menjaganya daripada cubaan melarikan diri. Aku masih memerlukan perempuan tu untuk korek lagi rahsia.
" Sampai lebam pipi dia kau buat eh?. Kasar sangat." Aku hanya tersengih mendengar apa yang Hakimi kata tadi. Aku ni bukanlah spesis kaki pukul orang tapi kalau dia merosakkan nama aku ataupun nama keluarga aku, aku takkan teragak agak nak buat hidup dia sengsara. Lebih daripada sengsara pun aku sanggup buat.
Selepas selesai membelikan krim untuk Nadine, aku terus menuju ke arah kereta. Belum sempat aku nak buka pintu kereta, seseorang menarik bahu aku sebelum teragak agak menikam tepi perut aku.
Hakimi terbeliak lantas mendapatkan aku yang sedang menahan kesakitan. Tubuh aku tahan menggunakan tangan aku. Walaupun tak terlalu sakit, tapi ianya teramat pedih. Lelaki yang bertopeng tadi terus melarikan diri. Hakimi tak sempat mengejar lelaki tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/159820767-288-k576291.jpg)
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...