Aku melihat Raudah cantik berseri seri memakai gaun putihnya sambil tersenyum malu di atas pelamin ditemani makcik Yani dan bakal ibu mertuanya. Aku hanya duduk bersebelahan dengan ibu melihatnya daripada bawah.
Aku melihat majlis bermula hinggalah mereka selamat di ijab kabulkan. Aku nampak perasaan teruja dia apabila pengantin lelaki mengambil tempat disebelahnya di atas pelamin untuk menyarungkan cincin di jari manisnya.
Aku juga tumpang gembira apabila dia bahagia bersama suaminya. Raudah memandang aku dengan pandangan sinisnya lantas lengan suaminya dipaut.
Aku cuma tersenyum. Biarlah dia tunjuk kebahagiaan dia, nanti ada rezeki untuk aku bersuami, aku kongsi juga dengan rasa kebahagiaan aku dengan dia nanti.
" Aina bangunlah, tangkap gambar dengan Raudah. Dia kan kawan Aina." Mak memegang bahu aku. Aku hanya menggeleng. Mana mungkin dia sudi mahu bergambar dengan aku.
" Takpe. Nanti nanti jelah Aina bergambar dengan dia. Lepas ni pun boleh." Aku tersenyum. Hari ini aku hanya mampu tersenyum saja.
" Abang Hazim mana?." Mak menyoal aku. Aku mengeluh.
" Apa lagi. Lepak dengan kawan kawan dia lah dekat bawah. "
" Dah, jom makan. Mak dah lapar nih." Aku mengangguk dan bingkas berdiri. Mak pun tidak boleh duduk lama lama, nanti kaki mak kebas.
Aku membantu mak berdiri dan keluar ke bawah untuk menjamu selera apabila tetamu semua mula menuju ke bawah untuk makan. Pengantin pula masih bergambar dengan ahli keluarga terdekat dan sahabat mereka.
***
" Jumpa lagi kau nanti. Tak sabar aku nak tengok bakal suami kau nanti. Maklumlah, lepas nih aku bakal pindah rumah banglo besar dekat bandar dengan suami aku. Kesian kau still stuck dekat kampung ni." Dia memandang aku sinis. Aku yang baru mahu menyarung kasut, terhenti apabila Raudah mendekati aku.
" Alhamdulillah. Aina pun menunggu juga bagaimana bakal suami Aina nanti." Aku membalasnya dengan senyuman. Dia menjeling aku lantas menuju ke dalam. Aku menyarung kasut dan menuju ke arah mak.
" Aina cakap apa dekat Raudah sampai dia jeling jeling tu?." Aku rangkul tangan mak sambil tersenyum.
" Tak ada apa apa. Dia cakap dia tak sabar nak tengok Aina bahagia je." Tipu aku. Dia tak cakap bahagia pun. Aku saja menambah. Selamat bahagia ya Raudah !!!.
*********
AMIRUL HAKIM
Aku menyerahkan Sofea kepada papa sebelum aku memandu pulang ke rumah. Badan aku terlalu sakit akibat aku tidur menyandar malam tadi. Aku regangkan saraf saraf di tengkuk aku.
Hari sabtu terlalu sesuai untuk aku berehat di rumah. Aku mencampak segala barang di dalam poket aku ke atas tilam dan aku rebahkan tubuh aku juga di atas tilam katil. Terasa segala bebanan di atas bahu aku hilang begitu saja.
" Ni kalau ada orang urut nih ." Aku memejamkan mata. Belum sempat terlelap, satu panggilan masuk. Pada mulanya aku biarkan, tetapi apabila telefon aku berbunyi buat kali ke 4, aku terus bangun. Telefon aku ambil dan aku terus jawab.
" Kau nak apa nih?." Aku sedikit menjerit. Dia mengganggu keamanan aku nak tidur.
" Eh chill bro, aku ni . Aqil. Kau penat ke?." Aku pejam mata aku.
" Ouh Aqil, sorry aku tengking kau tadi. Aku.. penat sikit. Kau nak apa?." Aku meraup wajah aku perlahan. Aku betul betul dalam mood penat. Aku mahukan rehat. Sudah 3 hari aku tak tidur malam membaiki carta gantt untuk projek itu nanti.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...