BAB 46👹

3.6K 176 15
                                    

" Aku buat apa lagi, berdiri dekat sebelah abang kau ni lah. Kau agak agak, apa aku buat?." Sinis saja suara dia. Aku tersengih tak percaya.

" Aku... aku tak faham." Aku menunduk. Kenapa aku berdebar ni?. Apa Aqil sedang buat ni?. Dia tak tikam belakang aku kan?. Irfan berdegus kasar.

" Kau kenapa bodoh sangat ni?. Dia ada dekat sini sebab dia sama sama dengan aku untuk perangkap kau lah. Itu pun susah sangat ke kau nak faham?." Irfan bersuara sambil mengusap usap rambutnya. Aku tersengih lagi tak percaya.

" Aqil.... apa kau buat ni?. Kau tak khianat aku kan?." Aku masih mengharapkan yang semua ni tipu. Aku memandang dia. Sejujurnya, kawan khianat, lebih sakit, pedih daripada dikhianat kekasih. Itu ke yang aku tengah rasa ni?.

" Kau bodoh Hakim. Kau masih mengharapkan semua ni tak betul tapi kau tak boleh ubah keadaan. Aku terpaksa Hakim, aku benci tengok kau bahagia. Kau selalu mendahului aku, kau dapat semuanya yang aku nak tapi aku sendiri tak dapat. Aku tak suka semua tu." Hati aku. Kata katanya sangat menusuk ke dalam hati aku menghiris setiap lapisan. Aku tertunduk.

" Aku yang tikam kau waktu tu, aku yang tolong dia culik Aina dan aku tolong dia buat semua tu!!. Kau yang bodoh sebab tak perasan semua tu daripada awal!!." Dia meninggikan suaranya menyebabkan air mata aku bergenang. Aku tak mahu menangis. Tolonglah!!.

" Tapi kenapa Aqil!! Kenapa!! Aku paling sayang kau Aqil, kau yang aku paling banyak berikan kepercayaan jadi kawan aku sampai aku mati. Aku percayakan kau lebih daripada diri aku sendiri. Sanggup kau buat aku macam ni Aqil !!" 

Aku menjerit sekuat hati aku. Akhirnya, mengalir juga air mata yang selama ini aku simpan. Ia jatuh menandakan yang aku betul betul sayang Aqil. Aku jatuh melutut. Aku tertunduk menyebabkan rambut depan aku jatuh menutupi muka aku. Aku terluka. Aina menangis disebalik sana. Aku minta maaf Aina....

" Akhirnya.... ini yang aku nak tengok!!. HAHAHAHAHAHA." Irfan tergelak besar melihat aku yang bagaikan patah semangat. Aku lemah. Aku terdiam masih membisu.

" Kau hancurkan cinta kita yang selama ini kita bina bersama, Aqil. Kau curang dengan aku." Irfan terdiam sebelum dia memandang aku. Bukan dia sorang saja terdiam, tapi Aina juga pelik mendengar aku kata begitu. Nani?. Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya terkekek kekek aku gelak. Sumpah, inilah drama yang paling best seumur hidup, aku pernah tengok. 

Aku lantas bangun dan mengusap lembut seluar bahagian lutut aku yang kotor. Rambut aku selak ke belakang. Air mata palsu yang mengalir daripada kelopak mata, aku seka. Tak henti henti aku gelak. Lawak... lawak.

" Dah dah. Jangan berlakon lagi. Geli aku dengar." Aku mengusap belakang tengkuk aku yang mula meremang. Geli pulak aku rasa apabila aku cakap tentang cinta dengan Aqil tadi. Irfan memandang aku pelik. 

Dia masih tak faham dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni. Ni pertama kali aku tengok muka tenok dia. Sampah!!.

" Cut, cut. Drama dah habis. Keluarlah." Aku mengarah mereka semua untuk berhenti menyelindung sebelum Hakimi, Muizzin, Ijat, Aiman, Faiq, Lukman, Syazwan, Fauzan, Mino, Aidil, Ariff, dan Zafwan keluar daripada setiap sudut bangunan mengelilingi mereka membuatkan semua orang suruhannya sudah bersedia mempertahankan tuannya. Setia betul diorang semua ni kan?.

" Hakim, aku terhibur." Muizzin tergelak di hujung sana memegang perutnya yang sakit. Aku mengangkat ibu jari aku padanya. Aku memang plan semua ni daripada awal lagi untuk perangkap Irfan.

" Aqi.. ." Irfan menoleh memandang ke arah Aqil tetapi belum sempat dia habis menyebut nama lelaki itu, Aqil terlebih dahulu mengacukan pistol dikepalanya. Irfan terdiam. 

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now