BAB 58👹

3.4K 151 3
                                    

" Erin nak keluar," Baru saja dia mahu melangkah ke arah depan pintu rumah, langkahnya terhenti apabila kelibat aku muncul secara tiba tiba di hadapannya. Senyuman sinis aku kuntum untuknya. Bukan dia saja yang terkejut, malah mama, Hafiz dan Aina juga memandang aku pelik. Pelik kerana aku hadir secara tiba tiba disini.

Dia memandang aku biasa sebelum berlalu disebelah aku tapi aku dengan pantas mencangkam lehernya, menolak dia kebelakang. Hafiz menghampiri aku untuk mendapatkan isteri tercintanya itu. Mama dan Aina juga sudah terbeliak dengan tindakan kasar aku. Tangan luka aku tadi sudah dibalut kemas oleh Hakimi tadi.

"Eh Hakim. Kau dah gila ke!?." Aku tergelak kecil. Dengan keberanian yang kuat, aku menghampiri Hafiz yang sama tinggi dengan aku. Sejujurnya, anak anak lelaki papa semua tinggi, kecuali Irfan. Kami berdua ikut baka mama yang malah tinggi daripada papa. Aku dekatkan wajah aku dengan mukanya sebelum bibir aku sengetkan ketepi.

" Aku memang gila Hafiz tapi, bila kau dengar semua ni, kau akan jadi lebih gila daripada aku." Aku cakap dengan begitu sinisnya, menunjukkan betapa jahatnya aku. Aku terpaksa Hafiz. Aku perlukan tunjukkan wajah sebenar isteri kau ni.

Aqil dan Muizzin yang membawa tubuh Faris masuk ke dalam rumah. Mereka menyerahkan tubuh Faris ke arah aku sebelum aku tolak dia di hadapan Hafiz. Aku buat sama seperti aku buat pada Nadine. Mama semakin terkejut dengan tindakan aku sebelum dia mendekati aku. 

" Hakim, siapa ni?. Kenapa badan dia darah darah?." Mama memandang ke arah darah yang menjijis memenuhi lantai di hadapan aku. Aku tersengih memandang ke arah wajah cuak Erin. Aku tunding jari telujuk aku ke arah Erin.

" Mama tanya lah perempuan ni, siapa lelaki ni." Telunjuk aku jatuh ke arah lelaki yang sedang terbaring di lantai menahan kesakitan. Nampak jelas di wajah Erin yang dia ketakutan. Hafiz disebelahnya menoleh memandang ke arah isteri yang dia percayakan sangat tu.

" Siapa ni?." Erin terdiam. Dia menelan liur sebelum menggeleng perlahan. Lengan Hafiz dia peluk sebelum memandang ke arah aku.

" Bab...bab..baby.. tak tahu apa yang dia cakap. Erin..Erin tak kenal langsung lelaki ni." Tergagap gagap dia bercakap. Aku tergelak sinis sebelum mengalihkan pandangan aku ke arah lain. Alahai... comelnya dia nihh. Geram pulak aku!!. 

Aku mengeluarkan beberapa keping gambar daripada poket kemeja aku sebelum aku tunjuk betul betul di hadapan Hafiz. Biar. Biar dia naik gila hari ni. Gambar di mana jelas terpampang wajah Erin dan lelaki yang terbaring ini sedang mengendong kak Dhia ke dalam kereta. Hafiz tersentak, tak...semua sekali tersentak. Hafiz terdiam sebelum tangan Erin yang memeluk erat lengannya ditolak kasar. Dia memandang aku tajam.

" Kau jangan mengarut lah Hakim. Daripada mana kau dapat semua ini?." Suara Hafiz jelas menunjukkan yang dia sudah mempercayai kata kata aku sedikit. 

"Itu semua tak penting lah. Yang penting sekarang ni, apa yang perempuan tu cakap dekat kau, semuanya tipu. Dia cuba perangkap kau. Dia fitnah kak Dhia semata mata dia nak jadi isteri kau." Mata kami semua menoleh ke arah Erin. Dia sudah terbeliak lantas menggeleng geleng laju dengan riak wajah cuak. Hafiz merenungnya tajam. 

" Saya juga ada bukti tuan." Aku memandang ke arah seorang pembantu rumah berbangsa Indonesia yang terkedek kedek menghampiri kami. 

" Saya minta maaf tuan karena campur tangan urusan keluarga tuan, tapi saya terdengar perbicaraan buknya Erin sama seseorang. Saya ngak tahu siapa." Dia menyerahkan telefon bimbitnya ke arah mama. Mama membesarkan suara.

" Aku dah suruh kau bunuh perempuan tu kan?. Kau ni bodoh ke apa?." .

" Kau tahu tak betina tu datang rumah aku tadi. Sebaik Hafiz tu tak percayakan dia tau, kalau dia percaya bulat bulat apa yang betina tu cakap, habis aku kena halau tau." 

" Kau tengok tak muka betina tu waktu dia bangun bangun je ada dekat sebelah kau dulu?."

"Apa yang aku nak adalah jadi sebahagian yang dapat harta bapak diorang tu. Hafiz je yang senang aku nak goda. Lagipun Hakim tu, Dada dia tak tegap macam Hafiz, kurus macam tu, geli aku."

" Ah lantaklah, kau dengar sini. Betina tu dah tak mengandung, jadi aku nak kau bunuh je perempuan tu. Aku tak nak dia semak dalam rancangan aku ni. Pastikan dia mati betul betul." 

Mama di tepi sofa terdiam. Aku tersengih tak puas hati. Sempat pula dia kutuk aku dekat situ. Dada aku tak tegap?. Ingat dada dia lawa sangat ke?. Hafiz terdiam mendengar suara Erin kedengaran di dalam rakaman audio tadi. Erin kebelakang selangkah. Dia juga turut terkejut kerana tidak percaya yang dia akhirnya tertangkap. Kemenangan miliknya sudah tamat disitu. Hafiz meraup kasar rambutnya kebelakang sebelum menoleh ke arah Erin.

" Betul ke apa yang aku dengar ni suara kau?." Yaaaaaa..... inilah yang aku nak!. Aku nak tengok kejantanan kau Hafiz. Tunjukkan diri kau yang tak suka ditipu. Setelah lama aku menunggu, akhirnya saat ini muncul juga. Erin tersengih kecil sebelum mencapai lengan Hafiz.

" Eh, apa baby cakap ni?. Takkan bab... ."

" Aku tanya tu suara kau ke!?." Hafiz menengking kasar Erin dihadapannya. Terlepas tangannya daripada terus memegang lengan Hafiz. Mata Hafiz sudah memerah, segala urat hijaunya yang timbul membuatkan dirinya begitu menyeramkan. Lengan Erin Hafiz rentap kasar.

" Aku tanya kau lagi sekali.... ." Bergetar getar suara Hafiz menahan kemarahannya daripada membuak buak. Dia memejamkan matanya.

" Tu suara kau ke hah!?!?." Kali ini, suara Hafiz memetir kuat di dalam rumah ini. Ini kali pertama aku dengar suaranya begitu kuat macam tu. Sofea menangis lagi sekali mendengar tengkingan kuat ayah kandungnya. Erin terduduk sambil memegang kaki Hafiz. Aina di sudut sana memandang Erin simpati.

" Baby, maafkan I. I tak bermaksud pun nak perangkap kak Dhia. I sayangkan you Hafiz. I memang dah lama sukakan you tapi kak Dhia yang dapat you dulu. I terpaksa buat semua tu. I memang sayangkan You." Teresak esak dia meluahkan segala isi hatinya. Aku pun tak tahu, tu betul betul ke atau lakonannya saja. Hafiz tergelak kecil sebelumgelakkannya menjadi semakin kuat. Yes, Hafiz dah gila. 

" Kau sayangkan aku?. Kau tahu kan aku tak suka orang tipu aku?." Dia menunduk memandang ke arah Erin di bawah sebelum tangannya dicengkam menyuruh Erin berdiri.

" Kau sayangkan aku kan?. Kau bangun sekarang. Kau bangun!!." Dia menjerit menyuruh isterinya bangun. Perlahan lahan tubuh kurusnya bangun. Disaat tubuh Erin berdiri dihadapannya, satu tamparan kasar hinggap di pipinya membuatkan dia terjatuh semula. 

Mama dan Aina sudah menjerit sebelum aku dengan pantas menghalang tubuhnya. Mati budak ni karang oi... Dia cuba merentap tangannya daripada pelukkan aku.

" Kau lepaskan aku Hakim. Biar aku tunjuk betina erti sayang yang sebenar!!." Dia cuba menumbuk wajah Erin tapi aku tahan lagi tangannya. 

Erin sudah menjerit jerit ketakutan melihat Hafiz yang dulunya terlalu 'manjakan' dia tapi sekarang bagaikan dirasuk ingin memukulnya. Hafiz membawa dirinya jauh daripada Erin. Dia mencengkam atas rambutnya sebelum dia menjerit melepaskan segala geramnya. Dia memandang ke arah aku.

" Hakim, tolong aku cari Dhia. SEKARANG!!." Dia lantas melangkah keluar daripada rumah. Aku memandang Erin. 

" Muizzin, Aqil, tolong aku jaga dua dua orang ni eh?." Aku menepuk bahu mereka berdua sebelum aku juga melangkah keluar daripada pintu rumah agam milik mama dan papa mengekori Hafiz.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now