BAB 19 👹

4.7K 205 3
                                    

HARITH HAZIQ

Aku tersengih kecil apabila aku mendengar berita Aina masuk ke hospital. Padan muka kau. Siapa suruh kau buat hal dengan aku. Aku berdiri dan menuju ke arah katil aku. Sebuah beg hitam terletak di atasnya aku ambil dan letak di atas meja.

Sepucuk pistol yang aku tempah tempoh hari aku belek perlahan sebelum sengihan sinis terukir di bibir aku. 

" Kalau pukul kau guna tangan aku tak mampu buat kau mati, aku akan pastikan kau mati dengan benda ni." Aku tergelak dan akhirnya gelakkan aku menjadi besar. 

" Kalau aku tak dapat bunuh kau, aku bunuh family kau pulak." Aku memejamkan mata merasai nikmat apabila aku berjaya buat dia derita. Aku terbayangkan raungan dia minta dilepaskan. Niat aku membuak buak. Aku nak tengok dia sakit tapi semua yang aku rancang tak menjadi. Dia bagaikan di jaga malaikat. Apabila aku berpeluang untuk bunuh dia tempoh hari, tetapi ada beberapa lelaki yang aku masih ingat mukanya datang menyelamatkan Aina. Kalau aku berpeluang jumpa mereka nanti, aku akan pastikan aku cincang diorang hidup hidup. Mereka membuatkan niat membunuh aku tu membuak buak. 

****************************************

AMIRUL HAKIM

" Kau sure ke dia pergi situ?." Aku memandang Aqil tidak percaya. Betul ke Irfan pergi rumah anak yatim?.

" Iya aku pasti. Kau tengok pengesan ni berhenti dekat mana?. " Aqil menunjuk ke arah tanda merah yang berkelip kelip di skrin komputernya. Aku menggaru kepala aku pening. Tapi, buat apa dia pergi ke situ?.

" Mungkin dia ada niat yang tak ada kaitan dengan plan nak bunuh kau?." Muizzin datang ke arah kami dengan membawa secawan teh.

" Hakimi mana?. Selalunya korang berkepit je memanjang ?." Muizzin menjongketkan bahunya. 

" Dia cakap, dia nak jumpa kawan. Aku pun malas nak ikut dia." Aku memandangnya pelik. Kawan?. Hakimi tu pemalu lah. Bila masa dia tu seberani nak berkawan selain aku, Muizzin dan Aqil?.

" Kawan?." Aqil memandang aku pelik.

" Alah biarlah dia tu. Kawan kerja dia kot. " Muizzin duduk di atas pangku aku sebelum aku tolak dia kasar. Mandul aku nanti.

" Banyak lagi kerusi kau boleh duduk." Dia memandang aku meluat.

" Kau ni tak best lah, kalau Hakimi, siap peluk aku tau." Dia menarik kerusi duduk di sebelah aku. Sebab tu aku cakap diaorang ni memang suka berkepit memanjang. Kalau aku tak nampak diorang berdua, pelik bin ajaib. Aku tak panggil diorang gay, tapi lover sejenis. 

" Hakim !!." Aku menoleh memandang Aqil yang menunjukkan aku sesuatu di skrin komputernya. Mata aku terbeliak.

****************************************

AINA ADRIANA

Aku menutup mata aku apabila pintu bilik aku terbuka. Aku tahu tu Hanis, sebab tu aku tutup mata. Selepas seminit tidak ada apa apa suara, aku mula rasa tidak sedap hati. Kenapa aku mula rasa takut ni. Aku memberanikan diri melihat siapa yang membuka pintu tadi. Kosong. Aku menoleh memandang ke arah kanan dan.....

" Dah bangun sweety? " Saluran nafas aku terasa sesak. Wajah Haziq terpacul di hadapan wajah aku.  Aku cuba menjerit tetapi batang besbol dia hentuk di kepala aku menyebabkan aku mula terasa pening. Aku mula terasa segala tenaga aku hilang dan..... segalanya hitam.

****************************************

AMIRUL HAKIM

Aku menolak pintu bilik wad lantas aku menuju ke arah katil Aina. Kosong. Mata aku terbeliak melihat sekelompok darah di atas katilnya.

" Sial !!." Aku menumbuk katil kasar. Rambut aku cekak ke belakang. Muizzin dan Aqil datang menuju ke bilik wad. Mata mereka juga terbeliak lantas memandang aku.

" Apa kita nak buat ni?." Muizzin juga kalut melihat Katil Aina yang kosong. Aku terus menuju ke arah kaunter apabila mereka tidak melihat apa apa yang mencurigakan lalu disekitar ni. Aku berlari semula ke dalam wad dan mata aku memandang ke arah tingkap yang terlopong luas. Aku menuju ke arah tingkap dan melihat ke bawah. Aqil dan Muizzin juga mengikuti aku.

" Sah, mamat ni berani mati. Tinggi weyh bangunan nih. Dengan Aina lagi dia angkut. Muizzin bersuara. Apa yang aku perlu katakan pada ibunya nanti. Aku menendang meja di tepi aku. Lelaki tu memang cari pasal lah culik anak orang. Apabila aku melihat Haziq menapak ke hospital, terus aku kalut menuju ke sini tapi semuanya sudah terlambat. Aina sudah dibawa lari.

**********

" Allahu Akbar." Ibunya jatuh terduduk. Anak lelakinya cuba mengangkat tetapi abangnya juga terduduk. Lemah apabila mendengar apa yang aku katakan tadi. Aku memandang ke arah lain. Aku tak tahu mahu kata apa lagi. Silap aku kerana tidak serahkan dia pada polis sewaktu aku tahu lokasinya. Aku rasa aku boleh handlenya dengan kawan kawan aku. Aku fikir aku terlalu bagus.

" Aina anak mak !!." Terhinjut hinjut bahunya menahan esakkan. Aku tertunduk kesal. Salah aku kerana aku lambat.

" Makcik !!." Hakimi berlari bersama Hanis menuju ke arah kami. Perempuan tadi memegang bahu perempuan yang sedang terduduk di hadapan aku.

" Macam mana boleh hilang?!." Hanis mengangkat tubuh makcik tadi ke arah kerusi. Lelaki tadi lantas bangun dan menekup mukanya. 

" Pihak polis sedang cari mereka. Makcik jangan risau ya?." Hanis cuba menenangkan sedikit perempuan tadi.

" Macam mana makcik tak risau, anak makcik hilang. Aina satu satunya anak perempuan makcik. Dia baru je nak sembuh, tapi dah kena culik pula." Dia memegang dadanya. Perit baginya utuk menerima semua ini. Doktor di sebelah aku hanya menunduk.

" Saya minta maaf puan. Silap kami sebab cuai." Doktor tadi akhirnya membuka suara meminta maaf atas apa yang berlaku terhadap pesakitnya. 

" Polis akan jumpa juga Aina mak." Lelaki di sebelah makcik tadi memegang bahu ibunya. Aku turut bersimpati dengan nasib mereka. Aku janji mahu membantu Aina, tetapi sekarang dia sudah diculik. Apa yang aku risaukan sekarang, dia ada senjata api. Itu yang aku takut sekarang ni.

" Makcik." Aku memandang kawan kawan aku sebelum aku memandang mereka yang sedang duduk di kerusi. Aku mendekati ibu Aina. 

" Makcik jangan risau. Saya akan selamatkan anak makcik walau macam mana pun. " Dia memandang aku lama lantas tersenyum.

" Jom." Aku keluar daripada bangunan hospital. Aku lantas memasuki kereta dan memandu ke rumah kami untuk mencari idea mendapatkan Aina semula.

" Aku janji, aku akan bawa kau balik hidup hidup Aina." Aku menekan minya menambah kelajuan kereta aku.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now