BAB 37 👹

4.3K 190 2
                                        


AINA ADRIANA

Aku menolak perlahan baby stroller yang membawa Sofea di dalamnya. Aku memandang cuaca di petang hari yang nampaknya sudah mula oren. Aku hirup udara yang amat segar ini. Disebabkan Sofea meragam tadi, terpaksalah aku keluar membawa Sofea berjalan jalan di sekitar taman yang berhampiran dengan rumah. Memandangkan cuaca pun nampak baik petang ni, apa salahnya kalau bawa anak keluar bersama. 

Sekali sekala aku berhenti dan duduk mencangkung di hadapan Sofea bagi memastikan dia sentiasa selesa. Dia terdiam saja, kening dia kerut dan memuncung. Aku tersenyum. Dia punya comel tak boleh bawa bincang weyh. Comel sangat. Aku lantas berdiri dan mula menolak keretanya menuju ke arah bangku di hadapan sana. Penat dah ni berjalan.

Belum sempat aku nak duduk, dua orang perempuan berebut mahu duduk di bangku tadi. Aku ternganga. Tak, masalahnya, aku dapat dulu tau, tinggal nak duduk je. Aku memandang muka mereka yang nampak TAK bersalah. Bagilah aku ni hah yang daripada tadi berdiri. Tak kesian ke dekat aku?.

" Anak awak ke tu?." Belum sempat aku nak berlalu, salah satu daripadanya tadi menegur aku. Aku menoleh memandangnya sebelum tersengih.

" Aah, anak saya." Aku angguk. Lagipun, Sofea memang anak aku walaupun aku tak ada kaitan darah dengan dia. Dia memandang aku dan Sofea bersilih ganti.

" Ouh, sorang je ke?. Mana suami. Ke tu anak... ." Dia memandang kawannya sebelum tergelak sinis. Aku terdiam. Muka mereka aku pandang tak berkedip. Anak apa?. Aku memandang lantai sebelum mendekati mereka. 

" Apa masalah awak ni hah?. Masa sekolah dulu tak belajar pasal adab eh?. Mulut tu jaga sikit, jangan nak cakap ikut suka hati je. " Aku memandang mereka dengan mengerutkan kening aku. Sedap hati je nak cakap anak aku macam tu. Mana tak naik darah aku bila orang cakap macam tu?.

" Saya tak cakap pun anak awak anak haram. Awak yang fikir macam tu." Dia berdiri menghadap aku. Walaupun dia lagi tinggi daripada aku, tengok muka aku, ada aku kisah?. Muka cantik tapi mulut lancang, takde faedah pun. perempuan yang sedang duduk hanya memeluk tubuh memandang kawannya.

" Habis tu, awak nak cakap anak saya apa tadi?. Nampak awak nak cakap anak saya ni anak haram kan?." Aku memberanikan diri memandangnya. Nampak tak yang dia memang nak cakap Sofea anak haram?. Hish, makin aku ingat apa yang dia cakap tadi, makin sakit pula hati aku ni. Dia terdiam, terperangkap dengan kata katanya sendiri. Dia memandang kawannya sebelum aku dia pandang sinis.

" Kalau aku cakap anak kau ni, anak haram sekalipun, itu mulut aku. Suka hatilah aku nak cakap apa pun?. Kalau orang lain nampak, diorang akan cakap benda yang sama lah." Dia mendekatkan mukanya dengan aku. Aku mengetap rahang aku menahan kemarahan. Manusia macam ni, tak payah bagi muka sangat. Aku mengangkat kedua kening aku.

" Kau ni dah lah tak cantik, macam kain buruk dekat rumah aku. Tak beradab. Bulu kaki tu dah lah bergulung, ada hati nak tayang tayang." Aku lawan balik kata katanya. Dia terbeliak memandang aku dan cuba memegang lengan aku tapi cepat cepat aku jauhkan diri daripada dia.

" Kenapa, kau marah?. Suka hati akulah aku nak cakap apa pun. Mulut aku kan?." Aku menyengetkan kepala aku memandang dia sinis. Dia memandang aku tak percaya. Tau pun kau marah. Kawan dia tadi terus berdiri dan menuju ke sebelah kawannya.

Dia cuba menampar pipi aku tapi sebelum dia sempat, Hakim datang menahan lengannya sebelum menolak kasar lengan perempuan tadi. Aku memandang Hakim yang hanya tersenyum nipis.

" Janganlah nak main tampar isteri saya sesuka hati. Saya sendiri pun tak pernah naik tangan nak sentuh pipi dia." Mereka terdiam memandang Hakim yang jauh lebih tinggi daripada perempuan tadi. Mendongak dia melihat wajah Hakim. Aku mendapatkan Sofea sebelum kembali ke sebelah Hakim. Mereka memandang satu sama lain sebelum memnadang aku tak puas hati. 

MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang