BAB 65👹

4.9K 163 13
                                    

AINA ADRIANA

"Hati hati." Mak membantu aku supaya berbaring di atas katil bilik aku. Aku menyandarkan badan di kepala katil. Segala kelengkapan ibu dan anak kembar aku juga telah disediakan di dalam bilik. Memang aku cadang nak berpantang di rumah mak kerana aku nak mak sendiri yang jaga aku. Di sini juga ada Nek Jah yang boleh tolong aku semasa tempoh berpantang. Mak kenalkan aku kepadanya kerana waktu mak berpantang, Nek Jah yang tolong mak. 

Kelibat Hakim yang menyelak langsir memasuki ke dalam bilik sambil membawa barangan pakaian aku. Dia melemparkan aku senyuman sebelum aku sambut senyumannya.

" Ni Hakim ada beli semua benda yang mak suruh beli tu. Tapi, Hakim tak taulah kalau Hakim salah pilih." Dia menyerahkan dua beg ke arah mak. Nampak macam barangan herba. Aku hanya memandang saja pergerakkan mak melihat apa yang Hakim beli tadi. Mak tersengih kecil sebelum mengangguk.

" Hah, ada semuanya. Pandai Hakim pilih." Mak tersenyum ke arah Hakim dan aku. Suami aku pula sudah tergelak menggaru belakang kepalanya. Dia duduk disebelah aku.

" Hah, baguslah kalau Hakim ada dekat sini. Mak keluar sekejap, rebuskan daun daun herba ni untuk Aina mandi petang ya?." Hakim mengangguk kecil sebelum kelibat mak hilang disebalik langsir bilik aku. Hakim menoleh memandang aku dengan senyuman manisnya.

" Esok mama dengan papa datang lawat Aina." Aku mengangguk kecil. Hakim beralih tempat duduk disebelah anak anaknya. Perlahan lahan tangannya naik mengusap pipi kecil anak kembar kami. Dia tergelak kecil menutup mulut anak perempuannya yang menguap. Aku hanya memandang tingkah lakunya dengan senyuman nipis. 

" Tak sangka Adreana ni cantik macam mama dia." Matanya masih merenung wajah anak anak kami. Aku tergelak kecil. Dah kalau anak aku, memang cantik macam aku lah. 

" Aina." Kami berdua menoleh ke arah pintu apabila nama aku dipanggil oleh mak. Mak memandang aku dengan senyuman kecilnya.

" Raudah datang ni, nak lawat Aina." Aku terdiam. Raudah....datang lawat aku?. Hakim memandang aku tanpa riak sebelum dia lantas turun daripada katil. Perlahan lahan susuk tubuh Raudah masuk ke dalam bilik dengan pandangan bersalahnya. 

" Abang keluar dulu. Sayang berbual lah. Nanti apa apa, panggil abang." Hakim mengusap dahi aku sebelum aku mengangguk perlahan. Dia sempat melemparkan senyuman ke arah Raudah sebelum dia melangkah keluar. Raudah duduk di birai katil menghadap aku.

" Kau macam mana?. Sihat?." Dia menguntum senyuman kecil. 

" Alhamdulillah. Aina sihat je. Raudah macam mana?. Aina teringin nak datang lawat Raudah dengan anak Raudah tapi Aina selalu lupa." Aku mencebikkan bibir, kesal dengan sikap pelupa aku ni. Memang aku nak datang lawat dia haritu apabila mak beritahu aku yang Raudah selamat melahirkan. Dia tertunduk sebelum esakkannya perlahan lahan terdengar. Aku terdiam sebelum menegakkan badan. Aku ada salah cakap ke?. Tangan aku pegang bahunya.

" Raudah?. Kenapa menangis ni?. Aina ada salah cakap ke?. Aina minta maaf." Bahunya aku usap perlahan. Dia menggeleng geleng sebelum mengangkat wajahnya menghadap aku. Air matanya jatuh perlahan mengalir di pipi gebunya. 

" Tak.. Kau tak perlu minta maaf dekat aku pun. Aku yang sepatutnya minta maaf dekat kau. Aku banyak sakitkan hati kau, kutuk kau, marah marah kau dengan Imran. Aku cemuh kau macam aku ni sempurna je." Dia menggenggam tangan aku erat. Aku mengeluh kecil.

" Apa Raudah cakap ni?. Aina sikit pun tak ambil hati dengan apa yang Raudah cakap lah. Kalau Raudah ada buat salah dengan Aina sekalipun, Aina dah lama maafkan Raudah. Semua orang ada sebab yang tersendiri nak membenci. Aina tak pernah salahkan Raudah. Sikit pun tak. Kalau Imran hidup lagi sekarang ni, Aina rasa dia pun cakap benda yang sama." Betul apa yang aku cakapkan. Dia mungkin ada sebab sampai dia nak benci benci aku dulu. Aku tak boleh marahkan dia. Lagipun, aku memang dah lama nak kawan dengan dia cuma... dia saja yang menolak. Semakin kuat esakkannya. Aku terdiam. Kenapa ni?. 

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now