AMIRUL HAKIM
Aku tekan kod rumah sebelum pintu aku kuak. Aku memandang sekeliling rumah aku, senyap sunyi saja. Mana Aina?. Dia tak dengar ke aku dah balik?. Aku menapak ingin menuju ke bilik tetapi langkah aku terhenti apabila TV menyala sendiri tetapi Aina sedang tidur di sofa sambil Sofea sedang tidur di atas dadanya. Aku menuju ke arahnya sebelum senyuman aku ukir. Aku perlahan lahan ambil Sofea di dalam dakapannya. Aina sedikit pun tak gerak, punya lah lena dia tidur.
Aku dukung tubuh kecilnya menuju ke bilik dan aku letak di dalam katilnya. Blazer aku tanggalkan dan letak di dalam bakul baju kotor. Lengan kemeja aku tarik hingga ke siku sebelum aku kembali ke ruang tamu. Aku memandang Aina yang yang sedang lena diulit mimpi. Aku dengar dengkuran tidurnya. Patutlah aku call, dia tak angkat.
" Aina, bangun. Tidur lah dekat bilik. Sejuk dekat luar ni." Aku memegang bahunya. Dia hanya mengerutkan keningnya saja tapi mata tak buka. Ada aku picit juga hidung dia nanti. Aku goyangkan perlahan bahunya tapi tetap tiada riaksi daripadanya. Tidur mati ke?.
" Aina... ." Meleret saja suara aku memanggilnya. Dia 'hm' saja. Aku mengeluh kecil. Kalau tadi aku dukung bayi, sekarang aku kena dukung 'bayi besar' pulak. Perlahan lahan tangan aku menyelinap ke bawah tengkuk dan pehanya sebelum aku angkat tubuhnya ke bilik. Sumpah, dia tidur mati. Aku perlahan lahan meletakkan tubuhnya di atas tilam katil. Aku menanggalkan tali leher dan butang kemeja aku tanggalkan satu persatu sebelum kemeja tadi aku letak di dalam bakul baju kotor.
Aku mencapai baju dan tuala sebelum aku menuju ke bilik air. Inilah rutin aku, kalau balik lambat, memang aku gemar mandi tengah malam walaupun mama larang aku atas faktor peparu berair. Tapi nak buat macam mana, aku dah terbiasa?. Air pancutan yang membasahi rambut dan tubuh aku amat menyegarkan. Aku rasa segala bebanan aku jatuh mengalir bersama air. Aku pejamkan mata, merasai kenikmatan mandi di tengah malam.
Aku keluar dengan pakaian yang aku ganti tadi. Kesejukkan penghawa dingin menusuk ke setiap liang roma kulit aku. Tuala muka yang aku sangkut di tengkuk dibawa ke kepala untuk keringkan rambut aku yang basah. Aku duduk di birai katil kerana kaki aku terasa sakit akibat terlalu lama berdiri. Aku mengeluh keletihan. Penat juga jadi orang yang bekerja ni. Aku memandang Aina yang sedang tidur. Dia juga tertidur kerana kepenatan menjaga Sofea.
Aku baru saja mendarat di atas katil, Aina mengiring memeluk aku. Aku rasa sedikit tak selesa. Mana taknya, dia peluk aku macam taknak lepas. Aku cuba leraikan pelukannya tapi nak buat macam mana, tak boleh.
" Wanginya awak, bau macam flower." Aku tersentak lantas memandang Aina yang sedang tersenyum memandang aku. Tangannya masih memeluk dada aku. Dia tak tidur lagi?.
" Kau tak tidur lagi ke?." Aku cuba lepaskan tangan dia tapi dia tak mahu lepas. Aku memandang dia yang menggeleng. Mungkin dia tersedar sebab bunyi air atau dia saja saja tidur tadi.
" Biarlah saya peluk awak. Awak wangilah." Dia mendekatkan lagi wajahnya dengan tepi muka aku. Aku memejamkan mata aku aku, cuba mengawal perasaan aku. Dia ni...
" Kau nak peluk sampai bila ni, aku rimas lah." Aku mengeluh. Terasa nafas panasnya yang terkena kulit aku. Aku biarkan saja dia peluk aku. Aku terlalu penat nak bergelut dengan dia hari ni.
" Awak, kenapa awak lamar saya?." Dia bersuara dengan suara serak. Matanya masih tertutup. Aku terdiam. Nak jawab apa?. Sebab mama suruh atau sebab aku sendiri yang memang terbuka hati nak lamar dia?. Aku biarkan saja soalannya sebab suatu hari nanti dia akan tahu juga.
" Awak, jangan tinggalkan saya eh?. Saya dah sayang awak." Lagi sekali aku tersentak mendengar jawapan berani mati dia. Aku menoleh memandangnya. Dia tersengih.
" Tak salah kan saya sayang awak?. Saya nak duduk dengan awak, saya nak berborak dengan awak, saya nak rasa bahagia dengan awak dan saya nak ada anak anak dengan awak. " Aku toleh sedikit kepala aku memandang dia tanpa berkedip. Apa yang dia sedang buat ni?. Dia sengaja buat hati aku rasa tak selesa.
"Awak buat saya selesa. Awak layan je kerenah saya yang macam budak budak ni, awak .. ." Aku lantas menguncup bibir bawahnya sekilas sebelum dia terdiam. Mata dia memandang aku sebelum senyuman dia ukir.
"Jangan cakap apa apa kalau kau taknak kena lagi." Aku bersuara perlahan selepas dia cuba luahkan isi hati dia. Dia tergelak kecil lantas menggigit bibir bawahnya.
" Kalau saya nak cakap jugak?." Mata aku memandang anak matanya sebelum aku tolak tubuhnya. Dia cabar aku..... . Penat aku buang ke tepi.
**********
Aku meniup lembut mocha panas buatan aku sebelum aku mencicip perlahan. Malam tadi sampailah pagi ni, hujan tak henti henti menitis membasahi bumi. Sejuknya tak boleh bawa bincang. Semalam aku sudah selesaikan kerja aku yang tergendala dengan bantuan mereka, jadi hari ini aku tak perlu ke pejabat. Bolehlah aku mengisi tenaga aku dengan berehat di rumah.
Aku memejamkan mata aku menarik nafas menenangkan fikiran aku. Aku bawa cawan tadi ke ruang tamu. Disebabkan sejuk, aku terpaksa memakai baju sejuk.
"Now I'm shaking, drinking all this coffee. These last few weeks have been exhausting. I'm lost in my imagination. And there's one thing that I need from you. Can you come through?."
Aku mengangkat kaki aku dan letak di atas meja sambil mulut aku menyebut setiap bait lirik lagu daripada Jeremy Zucker. Mata aku bawa ke arah dinding kaca yang menampakkan bangunan disebelah bangunan rumah aku. Awan yang mendung membuatkan keadaan di luar suram kerana tiada cahaya matahari yang dipancarkan.
Aku menoleh memandang Aina yang membawa cadar ke arah mesin basuh sebelum memasukkannya ke dalam. Dia yang perasan aku memandangnya melemparkan senyuman ke arah aku. Awal pula dia bangun hari ni?.
" Awak tak pergi kerja ke hari ni?." Dia menuju ke arah dapur yang berdekatan dengan ruang tamu sebelum menghampiri aku.
" Semua dah settle jadi aku nak duduk rumah je hari ni." Dia mengangguk faham. Aku menoleh memandangnya yang sudah tersengih. Aku mengerutkan kening aku. Kenapa?.
" Kenapa kau pandang aku macam tu?." Dia tergelak kecil sebelum menggeleng perlahan.
" Awak berseri seri je hari ni, tu yang nampak hensem." Nak tersedak aku dengar dia puji aku sampai macam tu sekali. Amboi, hari ni je ke aku hensem?. Aku hanya tersengih nipis saja. Sekali sekala dia puji aku, tak salah kan?.
" Ouh ya, saya memang nak bagi ni dekat awak tapi saya lupa." Aku menoleh ke arah Aina. Dia sudah berkerut mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya sebelum dia tersengih suka.
" Mini love from Aina Adriana to Amirul Hakim. " Dia menunjukkan jari mini love dia pada aku. Aku tersenyum.
" Sini aku simpan." Aku tarik tangannya dan bawa ke dalam poket baju aku. Dia tergelak suka. Aku buat tak tahu saja sebelum tangan sebelah aku membawa mulut cawan ke bibir aku. Kami duduk di sofa tanpa mengeluarkan apa apa suara. Tangannya masih di dalam poket aku dan aku masih menghabiskan sisa baki air minuman aku. Kadang kadang tangannya naik bermain dengan tepi rambut aku, bermain dengan zip baju aku. Aku cuma mahu luangkan masa berdua dengan dia saja hari ni. Sofea pula seperti memahami aku, dia sedang tidur di dalam bilik.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...