Mata aku pisat perlahan lahan sebelum terduduk apabila tubuh Aina tiada di sebelah aku. Dengan keadaan aku yang masih mamai, mata aku melilau mencari kelibatnya di dalam bilik tapi bayangan Aina tetap tiada. Aku bingkas bangun daripada katil dan menyarungkan T shirt lengan pendek sebelum melangkah keluar. Bukan Aina saja yang tiada, malah Sofea yang tidur di dalam buaian juga sudah hilang.
Aku menggosok belakang kepala aku sebelum menguap. Penatnya... Aku menyelak langsir pintu bilik. Ruang tamu yang tadi menempatkan mereka semua juga sudah kosong. Aik, diorang pun tak ada?. Tokki datang ke arah aku dengan senyuman. Aku bingkas menyalami tangannya kerana aku tak jumpa dia pagi tad. Sejid kot?.
" Kamu ni siapa?. Saya tak pernah nampak pun?." Aku tersenyum kecil. Malu pula nak kenalkan diri padanya. Aku tak pandai bercakap dengan orang yang aku tak pernah kenal.
" Saya.. saya suami Aina." Terus terbeliak dia mendengar jawaban aku. Dia tergelak kecil sebelum menepuk bahu aku.
" Lah, yeke. Cucu tokkilah ni. Kenapa duduk sini sorang sorang?. Tokma kamu ada dekat Dusun. Aina ada, mak Mizah, semua ada dekat sana. Makan buah. Ranum ranum buahnya." Aku terdiam. Nak je aku jawab Aina tinggalkan aku tadi. Tapi... aku dengar buah yang ranum.... erm macam sedap je?. Aku cuma tersengih je.
" Jom, ikut Tokki naik motor. Kita ke sana. Aina naik kereta tadi dengan Wildad." Wildad?. Siapa tu. HAH!!!. Lelaki ke?!!!!. Aku membesarkan mata aku memandang Tokki sebelum mengangguk perlahan. Tokki memandang takut melihat mata aku yang sudah terbeliak.
***
" Eh abang!!." Aku turun daripada motor dan menuju ke arah Aina yang sedang duduk di atas bangku sambil menggoyangkan kakinya. Dia tersengih menayangkan giginya.
" Ouh, sayang bangun tak kejutkan abang pun kan?. Sampai hati." Aina tergelak kecil mendengar omelan aku. Dia memeluk lengan aku dengan senyuman manisnya tapi aku acah acah merajuk.
" Alah, tadi sayang tengok abang lena je tidur, sebab tu lah sayang tak kejutan." Dia mencebikkan bibir memandang ke arah aku dengan pandangan bersalahnya. Aku tersengih sebelum memeluk kepalanya.
" Abang tak merajuk dah." Kami sama sama tergelak. Hazim yang sedang mengendong Sofea datang ke arah kami dengan gelak tawanya.
" Nah, ambil anak korang ni. Gelak je dia daripada tadi, sebaik aku tak bawa dia jauh jauh, kalau tak, sesat dah." Aku tergelak kecil sebelum mendapatkan Sofea. Belum sempat aku jejakkan kakinya di atas peha aku, dia terus melalak. Aik, dah tak suka aku ke?.
" Eh Sofea... papa ni. Janganlah menangis." Aku kuncup pipinya tapi semakin kuat tangisannya. Sudah kenapa dengan anakku ini. Sudah bencikan aku kah?. Dia mendepakan tangannya ke arah Hazim dengan wajah simpatinya. Terus tergelak Aina dan Hazim melihat tindakan Sofea yang bagaikan sudah tertarik dengan Hazim.
" Dia nak aku lah. Meh sini, Sofea...." Hazim mencapai semula Sofea. Terus dia berhenti menangis. Aina memegang bahu aku dengan senyumannya. Hazim kembali menghilang mendukung Sofea.
" Jangan sedih sangat. Ni, makan buah ni." Dia menarik sebakul buah ke arah aku. Terus terbeliak mata aku memandang Aina. Banyaknya!!!.
" Wahhh, banyaknya. Dah lah sedap sedap." Aku capai buah manggis atau dalam dialek terengganu, dipanggil buah smeta. Selepas aku masukkan saja sesemua isinya ke dalam mulut aku, pergh.. manih leting.
" Sedaplah sayang." Aku teruja mengupas sebiji lagi buah manggis. Sedap dia.. tak boleh bawa bincang. Riuh rendah bunyi budak budak membuatkan suasana di dusun ni nampak menyeronokkan.
" Tadi tokki cakap sayang datang dengan Wildad. Siapa hah?. Lelaki ke perempuan?." Aku mengecilkan mata memandang ke arah Aina. Aku tengah cemburu ni. Dia tergelak kecil sebelum menampar lembut lengan aku sambil menutup mulutnya menahan gelakkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/159820767-288-k576291.jpg)
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomansaApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...