AMIRUL HAKIM
"Tengoklah anak mama ni." Aina mendukung tubuh kecil Khairul sebelum pipi kecilnya dikuncup beberapa kali. Geram dengan kecomelannya. Dia meletakkan semula anak lelakinya ke dalam baby stroller.
Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua sebelum menyambung menjilat aiskrim kon ditangan aku. Adreana yang aku peluk menggunakan sebelah lagi tangan aku memandang aiskrim di tangan aku.
" Naaaa." Dia menghulurkan tangannya sebelum aku jauhkan aiskrim tadi daripadanya sambil menggeleng laju.
" No, no. Ni papa punya." Aku memandang dia yang terdiam. Dia mengalihkan pandangannya sebelum berusaha melepaskan dirinya daripada pelukkan aku. Dia merengek minta dilepaskan apabila aku semakin eratkan pelukan. Dia nak pergi mana?.
" Mama... ." Dia merengek kecil sebelum tangisannya semakin kuat. Melalak minta dilepaskan sambil tangannya didepakan ke arah Aina. Terus tergelak aku melihat dia seperti 'membenci' aku. Aina disebelah memandang aku tak percaya. Dia mengeluh kecil sebelum mengambil Adreana di dalam pelukan aku.
"Kesian anak papa ni. Kenapa menangis ni?. Papa buat eh?." Aku mengusap belakang badannya, cuba menenangkan dia daripada terus menangis walaupun aku sendiri yang buat dia menangis. Hakim....Hakim. Aina memandang ke arah aku dengan pandangan tak puasnya.
" Abang janganlah buat anak kita macam tu. Kesian Adreana ya?. Alololo." Aina kuncup lagi pipi anaknya. Aku tergelak kecil sebelum peha kecil Adreana aku genggam sambil bibir aku kemam. Geram !!.
Suara kanak kanak yang riuh rendah di sebelah menambahkan keceriaan taman reaksi ini. Biasalah, hari minggu, mak bapak mesti bawa anak anak datang sini.
Ada yang duduk berkelah, ada sepasang suami isteri, keluarga, main buih, main layang layang. Tu semua benda biasa yang akan dilakukan di sini. Tak sangka aku manusia masih suka melepak di sekitar sini.
" Aina!!." Aku menoleh ke arah suara perempuan yang memanggil nama Aina. Kelibat Hanis, Hakimi, Muizzin dan isterinya kelihatan daripada jauh. Hanis melambai lambai ke arah kami sebelum Aina disebelah aku tergelak kecil. Punyalah kuat suara dia tu.
" Wah...., syoknya kau duduk sini dengan anak anak kau." Aku lantas berdiri sebelum tangan Hakimi dan Muizzin aku sambut. Mereka tersengih janggal ke arah aku sambil berjabat tangan. Biasanya, kalau kitaorang berjumpa, lain cara salamnya. Tapi bila keluar dengan pasangan ni, lain pula caranya. Sopan sikit.
" Lambatnya kau datang. Wah... Indira!!. Lama tak nampak!!." Apa yang lamanya, semalam baru jumpa. Aina memeluk tubuh mereka berdua sebelum pipi berselisih. Biasalah, perempuan. Wajib buat, kalau tak buat, tak sah.
" Aku singgah klinik tadi, check up." Hanis memegang perutnya yang semakin membesar. Aku yang dibelakang hanya mendengar saja perbualan mereka bertiga. Tak nak masuk campur.
" Sebaik aku sempat nampak diorang tadi. Tu yang kitaorang datang sini sama sama." Indira membuka mulutnya. Mereka bertiga menjadi terlalu rapat sampaikan Aina selalu keluar dengan mereka berdua.
Aku tak berapa kenal sangat dengan Indira tapi aku tahu dia sebab Muizzin cakap, dia kawan Suraya dan bercakap pasal Suraya, dah lama aku tak dengar cerita tentang dia. Hakimi dan Muizzin datang berdiri disebelah aku dengan sengihan.
" Mana Aqil. Dia cakap nak sampai sini sebelum aku?." Muizzin menyoal aku. Aku cuma menjungkit bahu. Aqil juga cakap benda yang sama dengan aku. Tapi tengoklah, dasar janji di mungkiri. Itulah dia.
" Dia pun cakap benda yang sama dengan aku. Entah, janji manislah tu. Nah, habiskan, aku dah muak." Aku sumbat aiskrim tadi ke dalam mulut Hakimi, memandangkan dia yang paling dekat dengan aku.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomansaApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...