BAB 20 👹

4.9K 212 4
                                    

AINA ADRIANA

Aku membuka mata tetapi kepala aku terasa pening melampau. Kepala aku tersengguk sengguk menahan berat kepala aku. 

" Dah bangun?." Aku cuba membuka mata memandang lelaki di hadapan aku. Dia menunduk mengangkat dagu aku supaya memandang aku. Aku tersengih sinis ke arah aku. Bahu aku terasa lenguh. 

Darah mula mengalir di bahu kiri aku. Aku cukup takut di waktu ini tapi aku tak mengeluarkan air mata kerana berdepan dengan mamat 'psyco', takkan menyelesaikan masalah kau dengan tangisan. Aku tahu, lelaki yang menghidap penyakit ni tak suka sesuatu yang bising dan menganggunya.

" Kenapa kau tak bunuh aku lagi?." Aku bersuara lemah tapi cukup buat dia suka. Dia memegang pipi aku.

" Kenapa aku tak bunuh kau?. Sebab kau susah sangat nak mati. Banyak kali aku nak bunuh kau tapi tetap tak boleh. Kenapa ek?. Kau pakai tangkal eh?." Dia tergelak kecil. Rambut aku dia usap. Aku tersengih lantas ikut dia gelak.

" Aku pakai tangkal?. Taklah, aku memang tak ditakdirkan mati dekat tangan kau. Manusia macam kau tak layak bunuh aku." Aku cuba mengawal riak cemas aku supaya apa yang aku kata tadi, aku memang maksudkan. Wajahnya terus berubah. Daripada tergelak berhenti gelaknya. Dia memegang kepalanya lantas tergelak.

" Woi, aku yang akan bunuh kau lah. Dengan tangan aku ni !!. " Dia mencengkam pipi aku menyebabkan kepala aku terdongak. Aku menahan kesakitan di pipi aku demi berhadapan dengan dia.

" Kau tak percaya ke?. Kau nak aku bunuh kau sekarang nih?." Aku pegang tangannya. Dia memandang tangan aku lama. Darah yang mengalir di bahu, aku hiraukan.

" Kenapa kau berubah Haziq?. Dulu, kau orang pertama yang ada waktu aku sakit. Tapi sekarang kenapa kau sanggup tengok aku sakit macam ni?." Aku memandang Haziq, wajah lelaki yang dulunya seorang yang berhati lembut. Dia tersengih lantas melutut di hadapan aku.

" Dulu kan, kau ingat tak?. Kita keluar makan sama sama, kita keluar pergi tasik sama sama, kau belikan aku cincin, kita janji nak hidup bahagia sama sama." Dia tersenyum teruja menceritakan semua tu. Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum mengingati semua tu. Mana mungkin aku boleh lupa waktu aku bersama dengan dia. Mengalir air mata aku melihat dia begini.

" Tapi, kau tipu aku. Kau tak ikut apa yang aku suruh. Aku cuma nak kau layan je kawan kawan Michael tu. Kenapa susah sangat kau nak ikut apa yang aku suruh !!." Dia lantas berdiri memandang aku dengan pandangan tajamnya. Aku memandangnya dengan pandangan sedih.

" Haziq, mana ada perempuan suka macam tu. Dia cuma nak seorang lelaki yang dia betul betul cinta je yang boleh sentuh dia. Aku cuma nak bahagia dengan kau je. Haziq, aku tak pernah curang dengan kau, aku tak pernah sedetik pun lupakan kau, tapi sanggup kau jual aku. Haziq, kalau kau jual aku semata mata nak duit, banyak lagi cara kau boleh dapat duit. Bukan dengan cara kau jual aku." Aku menahan esakkan aku daripada keluar. Dia menjongketkan bahunya.

" Michael bagi aku duit untuk belanja kau, Michael bagi aku semua, kenikmatan, syurga dunia. Kalau dia sendiri sanggup beri duit dia dekat aku, aku tak rasa sia sia aku sanggup buat apa je yang dia nak." Aku terdiam. Hati aku. Hati aku sakit dengar dia cakap macam tu.

" Jadi, selama ni kau bukan betul betul cintakan aku?. Kau gunakan aku untuk balas jasa Michael tu?." Aku memandang dia dengan harapan dia menidakkan apa yang aku cakap tadi. Sejujurnya aku masih sayangkan Haziq. Aku rindukan dia. Aku sanggup beri dia peluang sebanyak mana pun asalkan dia berubah. Aku sanggup.

" YES. Yes, yes, yes. Kau dapat pun teka semua tu. Kenapa kau bodoh sangat ni?. Aku layan kau bersebab. SEBAB MICHAEL NAK KAU !!!" Dia teruja setuju dengan apa yang aku katakan tadi. Dia tergelak besar. Air mata aku, bagaikan bertindak balas dengan kata kata dia tadi. Jatuh beberapa titik air mata aku membasahi pipi yang dia cengkam. 

" Lepas semua yang kita lalui sama sama, kau sikit pun tak cintakan aku Haziq?. Kau lelaki pertama yang aku cinta Haziq. Aku sayang kau Haziq." Teresak esak aku memberitahu segala isi hati aku terhadapnya. Aku tertunduk tak sangka dengan semua ni. Aku kena terima hakikat yang Haziq tak cintakan aku. Haziq pergunakan aku. 

" Kau rindu ayah kau?." Dia memandang aku. Aku masih tertunduk. Tak mahu mendengarnya lagi.

" Kalau kau rindu ayah kau, aku boleh hantar kau jumpa dia. Pintu neraka terbuka luas untuk kau, Aina Adriana binti Fahmi." Dia mencapai pistol di atas meja sebelum menarik picu dan halakan kepada aku. Aku mengangkat perlahan kepala memandangnya lantas aku tersengih.

" Tembak je aku Haziq. Kau dah tak sayang aku lagi, kau dah tak cintakan aku lagi. Kau dah tak layan aku macam dulu dulu lagi. Aku terima hakikat tu semua. Tembak aku kalau itu boleh buat kau bahagia. " Aku mahu menguji dia buat kali terakhir. Aku tak tahu kenapa aku terlalu bodoh berharap padanya. Meminta dia mencintai aku.

" Tembak dia kalau berani." Aku menoleh memandang encik Hakim datang bersahaja ke arah aku. Aku terbeliak mata memandangnya. Macam mana?.

" Kau... macam mana kau ada dekat sini?." Dia terpinga pinga melihat encik Hakim yang datang dengan selamba menuju ke arah kami. Dia... tak takut di tembak ke?.

***

AMIRUL HAKIM

Aku berjalan mendekati dia. Aku cuba tidak buat dia mengeluarkan pelurunya untuk aku. Dia menghalakan pistolnya pada aku. 

" Kau gerak lagi selangkah, aku tembak kau dengan perempuan ni !!." Dia menghalakan pistol tadi ke arah aku. Langkah aku terhenti.

" Relax, Aku datang sebab aku nak minta maaf." Aina memandang aku. Dia menggeleng geleng tidak setuju aku mendekatinya. Aku memandangnya dengan senyuman. Aku pandang pula Hakimi yang menyelinap masuk daripada pintu belakang. 

" WOI !!." Muizzin menjerit. Haziq memandang ke arahnya lantas aku berlari menyepak lengannya. Pistol tadi aku tarik dan aku keluarkan segala peluru di dalamnya. Dia memandang aku marah. Aku tersengih kecil. 

Dia cuba mendekati Aina tapi lantas aku tendang kakinya membuatkan dia jatuh. Aku seret dia jauh daripada Aina supaya dia tak cederakan Aina. Hakimi membuka ikatan pada tubuh Aina. 

Haziq lantas berdiri perlahan lahan mengibas bajunya yang sudah kotor akibat seretan tadi. Dia memandang aku dengan sengihannya.

" Jadi, korang ni lah lelaki yang kacau aku masa tu?." Dia menegangkan saraf saraf ditengkuknya. 

" Takpe, hari ni biar aku kasi settle kau ni hidup hidup." Dia mengeluarkan pisau yang entah datang daripada mana dan berlari menuju ke arah aku. Aku mengelak serangannya. 

" ARGH!." Dia menjerit tidak puas hati kerana tidak dapat menikam aku. Dia cuba serang lagi tapi aku tahan tangannya dan mengilas tangannya ke belakang. Pisau di tangannya aku tarik dan aku campak ke arah dinding membuatkan mata pisau tadi terpacak di dinding kayu.

Dia melepaskan tangannya daripada genggaman tangan aku sebelum tepi bibir aku dia tumbuk kuat membuatkan kepala aku tertoleh. Aku memegang bibir aku sebelum wajahnya aku pandang. Hilang sengihan di wajah aku. Darah menyerbu naik ke muka aku menahan kemarahan.

" Okay, here we go." Aku dengar suara Muizzin sebelum aku hilang kawalan.



MR. SAVIORWhere stories live. Discover now