BAB 52 👹

3.6K 164 0
                                    

AINA ADRIANA

Tak sangka perempuan yang aku jumpa di mall semalam rupaya ibu kepada Sofea. Sumpah, ini kali pertama aku tengok muka bekas isteri Hafiz yang dulunya aku nak sangat tengok. Aku hanya mampu memandang sayu ke arah wanita yang dipanggil Dhia sedang melangkah keluar daripada rumah mama kerana ditampar kuat oleh bekas suaminya tadi. Aku dapat rasakan yang hatinya sangat hancur. Ya Allah, kau kuatkanlah hati dia untuk terima semua ni. Kalau semua ni jadi dekat batang hidung aku sendiri, aku rasa aku dah tak mampu nak teruskan tapi dia masih berani menjelaskan semuanya. Aku tak tahu apa yang sebenarnya berlaku diantara Hafiz dan kak Dhia.

Selepas saja perempuan tadi keluar, Hafiz menjerit bagaikan orang yang disampuk. Mengila tak tentu arah. Aku tak mampu masuk campur selain hanya memerhati. Saat aku memandang ke arah koridor di atas, Erin sedang memerhati dengan senyuman jahatnya sambil memeluk tubuh. Dia akhirnya lenyap daripada situ. Dia ada dekat situ daripada awal pergaduhan tadi ke?. Entah lah, aku rasa sesuatu yang tak baik pada Erin tu. Bukan aku nak buruk sangka tapi, aku rasa ada sesuatu pada Erin tu.

" Sudah sudahlah tu Hafiz. Sampai bila kamu nak benci Dhia?. Niat dia baik Hafiz. Dia nak minta maaf dekat kamu. Janganlah marah dia lagi." Mama mengusap belakang anaknya yang bagaikan dirasuk sesuatu tadi. Seram sangat dia mengamuk tadi. Aku memang pernah nampak Hafiz marah tapi, taklah sampai mengamuk nak pukul pukul macam tu. 

" Hakim, bawa Hafiz naik atas. Biar dia tenang sikit." Belum sempat Hakim nak mencapai lengan abangnya, Hafiz terlebih dahulu merentap tangannya daripada pelukkan mama. 

" Aku boleh naik sendiri." Dia perlahan lahan menaiki tangga menuju ke biliknya. Belum sempat dia melangkah anak tangga, badannya terlebih dahulu terjatuh sebelum dia sedaya upaya menahan tubuhnya pada tempat pemegang. Mama mengeluh kecil memegang dadanya. Hakim tersenyum sebelum bahu mamanya dipegang.

" Biarlah Hafiz tu mama. Bagi dia tenangkan fikiran dia dulu. Dia serabut tu." Mama memandang ke arah Hakim dengan senyuman kecilnya. 

"Kesian kak Dhia kamu tu Kim. Jauh jauh dia datang, alih alih Hafiz layan dia macam tu je. Memang salah Dhia tapi dia kan terpaksa. Mungkin dia ada sebab sebab dia yang tertentu." Hakim mengusap belakang mama dan membawa ke arah sofa. Sofea di tangan aku hanya memandang saja. Dia juga sama macam aku, hanya mampu tengok. Kami berdua tak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. 

" Aina macam mana?. Sihat?." Mama menguntum senyuman kecil pada aku. Aku lantas mengangguk. Hakim mengambil tempat di sebelah aku.

" Alhamdulillah. Semuanya baik baik je." Aku memegang perut aku yang hampir masuk enam bulan tapi tengoklah, besar dia lain macam tau. Macam lebih sembilan bulan.

" Kitaorang singgah je dulu sini sebab nak gerak balik kampung Aina." Hakim disebelah menyambut Sofea di tangan aku.

" Lah ye ke. Kenapa tak balik je terus?. Dah malam ni. Sempat ke sampai sana?." Mama memandang pelik ke arah Hakim. Suami aku hanya tersengih bangga. Mama tahu ke rumah tokma aku dekat Terengganu?.

" Anak mama ni kan memang power dalam gelap gelap. Dracula." Hakim menayangkan giginya. Ingat comel ke buat macam tu?. Mama tergelak kecil sebelum dia memandang aku lama.

"Mama nak minta maaf dekat Aina sebab terpaksa tengok semua tu tadi. Mama sendiri tak sangka angin Hafiz teruk sampai macam tu sekali." Mama mengeluh kecil sambil menggeleng geleng kecil kepalanya. Aku tersengih sebelum aku mengangguk faham dengan keadaan tadi.

" Mama. kitaorang gerak dulu lah." Hakim bingkas bangun setelah lama berbual sebelum menyalami tangan mama. Aku juga turut menguncup tangannya sebelum kami berselisih pipi. Hakim ingin memandu di waktu malam dan sampai di sana mungkin dalam pukul 5.30 pagi macam tu?.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now