HAKIMI
Aku memandang perempuan yang dikenali sebagai Nadine. Dia sedang duduk di kerusi meja makan di dalam sebuah restoran sama sama dengan aku dan Muizzin. Selepas Hakim beritahu kami ciri ciri orangnya, memang sah, dialah orangnya. Aku dan Muizzin berjaya dapatkan alamat rumahnya melalui resume kerja. Bagaimana aku dapatkan, hehe, tu semua kerja Aqil. Dia kan tikus.
" Rupa dah cantik tapi hati busuk." Muizzin disebelah aku menyedut minumannya. Aku memandang dia meluat sebelum memukul bahunya. Siap berspek bagai, ingat ni drama ke?.
" Kau order untuk kau sorang je ke, aku punya?." Dia menjongketkan bahunya sambil memandang aku dengan pandangan Ya Allah.... aku nak pijak muka dia sekarang ni.
Aku berdegus kasar sebelum menoleh memandang perempuan tadi. Dia masih duduk bermain dengan telefonnya. Selepas hampir 20 minit menunggu, akhirnya seorang lelaki datang duduk dihadapannya. Aku menepuk lengan Muizzin. Dia sudah kalut.
" Tunduk tunduk." Muizzin menolak nolak kasar kepala aku supaya menunduk sebelum kepalanya aku sepuk.
" Sakit bodoh. Dia bukannya nampak kita pun. Kita dekat hujung." Muizzin tergelak tanpa suara melihat aku mengusap dahi yang dihentaknya tadi. Malaun ni kalau tak sakitkan hati aku sekali, memang tak sah. Muizzin memandang ke arah perempuan tadi sebelum ternganga. Aku memandangnya pelik.
" Asal weyh?." Dia memuncung ke arah perempuan tadi menyuruh aku memandangnya. Aku menoleh memandang ke arah perempuan itu juga dan aku pun sekali terkejut. Nak mati.
" Irfan?." Aku mengerutkan kedua kening aku. Abang Hakim?. Apa dia buat dekat situ?. Jangan jangan.....
" Tangkap gambar cepat." Aku menolak tangan Muizzin. Dia terus tergesa gesa mengeluarkan telefon dan memulakan lakonannya. Nak tangkap gambar kenalah berlakon dulu. Selepas selesai, kami terus berlalu menuju ke dalam kereta. Muizzin memandang aku tak percaya.
" Entah entah si Irfan tu bersubahat dengan Nadine tu tak?." Aku menggeleng. Aku sendiri tak tahu.
" Takpe, kita balik dulu." Muizzin mengangguk dan aku terus memandu meninggalkan kawasan restoran tadi.
**********
AMIRUL HAKIM
Aku dengar bunyi kereta yang memasuki kawasan rumah teres yang disewa oleh kami sejak13 tahun yang lalu. Pintu rumah dikuak kasar sebelum kelibat Hakimi dan Muizzin masuk dengan gopoh gapah dan mendapatkan aku.
" Korang kenapa ni lari lari ni?." Mereka mendapati aku.
" Kau jangan terkejut." Muizzin mengeluarkan telefonnya dan tunjuk ke arah aku. Gambar seorang lelaki dan Nadine sedang duduk berdua di satu meja yang sama.
" Lelaki ni Irfan." Muizzin dan Hakimi memandang ke arah aku dengan pandangan terkejutnya. Aku hanya tersengih.
" Kau tak terkejut ke?." Mereka memandang aku pelik.
" Buat apa aku nak terkejut. Aku dah tahu lama dah." Aku menyelukkan tangan aku ke dalam poket seluar. Mereka membesarkan mata.
" Kalau kau dah tahu, kenapa kau suruh kitaorang ikut perempuan ni?." Hakimi pula membuka mulut menyoal kenapa aku menyuruh mereka. Ada sebab aku suruh mereka ikut perempuan tu. Aku tersengih.
" Aku nak korang tangkap gambarlah sebagai bukti. Bila kita dah ada gambar, takde masalah nak pergi next level." Aku duduk di sofa. Mereka pula duduk disebelah aku sambil memandang aku pelik.
" Maksud kau?. Aku tak faham. Kenapa tak beritahu je mak ayah kau terus?. Biar padan muka dia ni." Apa yang Hakimi cakap tu betul. Aku boleh je serahkan gambar tu pada mama dan papa.
" Kita tak cukup bukti lagi nak buktikan yang berita tu semua palsu tapi apa yang aku tahu sekarang ni, kita kena dapatkan perempuan tu dulu." Mereka memandang aku.
" Tapi macam mana kita nak dapatkan dia?. Kita pun tak tahu dia dekat mana sekarang ni?" Aku mencekak rambut depan aku yang sudah memanjang. Aina ada suruh aku potong, tapi aku sibuk. Takde masa.
" Kan ada alamat dia tu?."
" Ouh ya tak ye jugak?." Muizzin tergelak sebelum memandang aku semula.
" Kau nak buat apa dengan perempuan tu?." Aku tersengih.
" Jangan risau. Aku dah plan semuanya daripada A sampai Z." Semuanya aku dah rancang. Aku tahu apa aku perlu buat dan apa yang aku tak perlu buat. Aku harap, semuanya jadilah sebiji macam apa yang aku plan.
"Mana Aqil?." Muizzin bersuara sambil matanya melilau mencari kelibat Aqil.
***
NADINE
Aku keluar daripada perut kereta. Skirt paras atas lutut, aku betulkan supaya tak nampak terlalu 'seksi' sebelum ingin menuju ke rumah aku. Selepas berbual dengan Irfan, aku terus takde mood.
Dia nak aku goda adik dia sampai Hakim tu betul betul buat hubungan sulit tu dengan aku. Kau agak agak?. Aku takde sebab nak buat semua tu. Aku pun ada maruah juga.
Sejujurnya, aku tak mengandung dan tak pernah bersetubuh dengan adik dia pun. Itu semua tipu belaka. Aku tak pernah 'disentuh' oleh mana mana makhluk yang dipanggil lelaki
. Aku cuma mahukan duit untuk sara adik beradik aku je. Itu yang aku terpaksa ikut arahan Irfan. Walaupun itu semua dosa, tapi aku tiada jalan lain selain menipu. Rambut panjang yang melepasi bahu aku selak kebelakang.
Keadaan di kawasan letak kereta agak sunyi kerana sekarang waktu malam. Hanya lampu di hadapan pintu masuk saja yang menerangi di sekitar bawah ini. Baru aku nak buka langkah, aku dengar bunyi tapak kaki seseorang cuba mendekati aku. Aku terdiam sebelum memandang sekitar. Tiada sesiapa di sini melainkan aku. Aku mula tak sedap hati dan mempercepatkan langkah aku.
Semakin laju langkah aku, semakin laju bunyi tapak kaki itu dan akhirnya aku buat keputusan untuk lari. Belum sempat aku mahu menolak pintu masuk ke dalam bangunan kondo, seseorang menarik kasar lengan aku daripada arah belakang.
Tertoleh aku dibuatnya. Degupan jantung aku tak usah cakap, laju sehingga buat aku tak selesa. Aku memandang ke arah wajahnya yang ditutupi dengan topinya. Dia mengukirkan sengihan jahat sebelum aku menjerit meminta tolong.
" Tolo... ." Mulut aku ditekup kasar. Aku meronta ronta meminta dilepaskan, tapi pelukkannya terlalu kuat. Dia mengheret aku memasuki sebuah kereta sebelum keretanya dipandu keluar daripada kawasan parking.
Aku cuba membuka pintu kereta walaupun aku tahu kereta ini sedang dipandu di atas tar. Kalau aku keluar, aku mati juga tapi aku sanggup mati daripada diapa apakan lelaki ini. Lelaki yang berada disebelah aku menahan pergerakkan aku. Aku tahu dia siapa. Aku kenal dia. Aku sudah menggigil ketakutan. Apa semua ni?.
" To.. tolong lepaskan aku." Akhirnya air mata aku jatuh membasahi pipi apabila keretanya masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah teres. Tangan yang kesejukkan membuatkan aku semakin takut.
Aku cuba menjerit tapi dia menutup mulut aku kasar. Dia merenung anak mata aku dengan pandangan tajamnya.
" Kalau kau keluarkan suara kau walaupun sikit, aku takkan teragak agak nak siat kulit kau macam kulit haiwan tau." Aku sudah teresak esak menangis mendengar dia kata begitu. Renungannya cukup buat aku kecut. Aku takut. Sumpah aku takut sekarang ni.
Dia mengheret tubuh aku menuju ke dalam sebuah rumah teres tadi. Pintu rumah dikuak dan dia menolak aku supaya duduk di atas sofa. Topi yang menutup kepalanya di campakkan di atas lantai. Aku terdiam tapi air mata masih mengalir. Dia duduk di atas meja berhadapan dengan aku.
" Nadine eh?." Dia meraup rambut depannya yang jatuh di dahinya kebelakang. Aku mengawal nafas aku supaya kitaran oksigen aku lancar. Terasa sesak di dada aku memandang wajahnya yang jelas terpampang di hadapan aku.
" Aku tahu kau kenal aku. Mustahil kau tak kenal aku kan?." Dia tersengih jahat menayangkan gigi taringnya. Dia memandang salah seorang lelaki yang berada di sisinya sebelum memandang aku semula.
" Amirul Hakim, takkan kau tak kenal?." Ya, aku tahu nama tu. Dia masih mengukir sengihannya pada aku.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...