BAB 61 👹

3.9K 153 5
                                        

MUIZZIN

" Kalau baju ni, kau rasa cantik tak?." Indira berdiri di hadapan aku dengan gaun ketat yang mendedahkan sedikit lurahnya.... erk, tak sesuai langsung. Walaupun dadad dia tak terlalu nampak, tetapi tetap tak sesuai.

" Ketat sangat lah. Dah lah warna merah, nampak pulak....  tukarlah, kau nak tunjuk dekat siapa?. Sengaja nak buat aku teransang ke?." Dia menjulingkan mata ke atas sambil mengeluh kecil sebelum dia berjalan memasuki semula ke dalam bilik persalinan.

 Tak silap aku, dia masuk tadi dengan banyak baju tau, tapi kenapa baju tu juga dia pilih?. Aku masih memeluk tubuh di hadapan pintu menunggu dia menukar baju.

" Okay... aku rasa ni cantik untuk aku." Dia keluar dengan sehelai lagi baju yang terus buat aku tertoleh. Ya Allah, kau kuatkan lah iman aku menghadap kekasih aku sorang ni....Dia berpusing pusing menayangkan gaun yang mendedahkan bahagian atas bahunya. Dia ni kenapa, memang suka baju seksi seksi ke?. Ada yang mengandung ni karang tak pasal pasal.

" Okay tak?." Dia cuba menarik lengan aku untuk menolehnya tapi cepat cepat aku geleng. 

" Kau tukar sekarang. Cari baju yang kau rasa selamat untuk kau. Kalau baju jenis macam ni, aku tak rasa sesuai untuk kau. Cuba try jeans pulak. " Aku masih menoleh ke belakang tidak memandangnya. Dia mengeluh lagi.

" Yelah telah. Kau tunggu sini tau." Aku mengangguk. 

" Eh Muizzin, You buat apa dekat sini?. Ni bukan baju untuk wanita ke?" Aku memandang ke arah seorang wanita yang menghampiri aku dengan senyuman lebarnya. Aku tersengih kecil.

" Ouh Najwa." Aku mati akal. Pergh, dia ni ex aku tau. Tak sangka aku boleh jumpa dia dekat sini. Aku nak cakap apa ni?. Takkan nak diam je?.

" You dah makin hensem sekarang. Tak silap I, sini tempat baju yang mahal mahal je?." Dia tersenyum. Senyumannya seakan akan menggoda aku. Masih sama dengan senyumannya yang dulu. Bibir merahnya membuatkan sesiapa yang memandang, akan tak tentu arah.

" Baby!!." Aku menoleh ke arah Indira yang menuju ke arah aku dengan senyumannya. Baju tadi dia masih pakai tak tukar tukar. Aku terdiam. Aduh parah, dia still pakai baju ni?. Dia datang memeluk lengan aku membuatkan aku tersentak. Aku memandang wajah dia yang sedang menguntum senyuman.

" Hm, siapa ni Muizzin?." Kami berdua sama sama memandang ke arah Najwa yang nampaknya sedikit terkejut. Indira tergelak kecil.

" Baby, You kenalkan lah I dekat dia." Aku tersenggih janggal. Apa yang sedang berlaku ni?.

" Ouh.. Najwa. Kenalkan, ni bakal isteri I." Aku menggaru belakang kepala aku yang tak terasa gatal. Terus berubah riak wajah Najwa mendengar aku memanggil Indira bakal isteri aku. Dia tersenyum kecil sebelum mengangguk.

" Ouh ye ke?. Yelah, I ni pun busy. Nanti nanti kita call eh?." Dia meminta diri untuk pergi sebelum aku memandang Indira disebelah, aku tenung anak matanya lama. Dia membalas renungan aku dengan senyuman sebelum lengan aku dia tampar kasar. Aduh, sakit mat.

" Siapa tu?." Dia mencekak pinggang memandang ke arah aku dengan pandangan tajamnya. Aku menjongketkan bahu. 

" Entah, aku tak kenal pun dia." Aku membohongnya. Kalau aku bagitahu dia tu ex aku, dia mesti marah punya. Biarlah aku jaga hati dia sikit. Duh.

"Kau jangan nak tipu aku lah. Macam mana kau boleh tahu nama dia?. Kau ingat aku tak nampak ke kau pandang dia lain macam tadi?." Kantoi kau Muizzin... . Apa aku nak jawab ni?. Aku tergelak kecil.

" Apa kau cakap ni?. Bila masa aku pandang dia macam tu?. Aku kan ada kau sorang je?." Aku menolak lembut bahunya dengan bahu aku. Dia memandang aku meluat.

" Ye lah tu. Macam mana aku nak percaya dengan kata kata kau?." Haih, siap main bukti bukti bagai. Men'cabar' aku ke?. Aku tersengih nakal sebelum aku memandang sekeliling memastikan tiada sesiapa yang nampak aku. Selepas memastikan tiada sesiapa, aku mendekati dia perlahan lahan sebelum pinggangnya aku rangkul. Dia terdiam.

" Kau nak bukti ke?." Dia memegang lengan aku sebelum menolak kasar badan aku. Aku tergelak kecil. 

" Dah lah kau. Aku nak tukar baju." Dia memasuki semula ke dalam bilik persalinan. Lidah aku bermain dengan tepi dinding mulut aku. Aik, takut ke?. Aku tergelak kecil sebelum kembali duduk di atas kerusi lembut menghadap pintu bilik persalinan tadi. Haih, Indira....Indira. Banyaklah bersabar ye dengan perangai aku ni?. Aku sayang kau tau. Aku hanya mampu tergelak dalam hati saja. 

***

DHIA AULANA

Aku memejamkan mata apabila aku terasa langkah aku diikuti. Oksigen aku tarik sedalam dalamnya. Aku memusingkan badan aku memandang ke arah wajah Hafiz yang nampaknya sedang tersengih ke arah aku. Kenapa dengan dia ni?. 

" Saya dah cakap dengan awak semalam kan?. Jangan cari saya lagi lah." Dia menjongketkan bahunya.

" Suka hati abanglah." Dia buat riak wajah tak bersalah. Tak bersalah dengan kejadian semalam. Aku mengeluh kecil sebelum aku memusingkan badan aku kembali. Aku sekarang ni berada di bahagian letak kereta di bawah. Aku mahu ke pasar tapi laluan sini saja yang menjadi laluan kekerapan aku. Aku suka lalu di sini kerana kawasannya yang sunyi. 

Aku meneruskan langkah aku tanpa menoleh kebelakang tetapi semakin tak sedap hati kerana aku tidak dengar bunyi tapak kasut Hafiz. 

Dia dah tak ikut aku lagi ke?. Semakin jauh langkah, aku terus menolehkan badan aku memandang ke belakang ingin memastikan yang Hafiz betul betul sudah pergi tinggalkan aku. Kosong. Tiada sesiapa yang berada di belakang. Aku mengeluh kecil.

"Kenapa kau mudah mengalah pujuk aku Hafiz?." Aku berkata perlahan. Aku sendiri tak faham dengan diri aku. Mulut kata lain, hati kata lain. Jujurlah, untuk orang yang sudah berakhir hubungannya, perasaan sayang itu masih tetap ada terselit di dalam hati cuma kau tak mampu untuk berbuat apa. Kau hanya mampu sayang dia saja. 

" Dhia cari abang ke?." Terus tertoleh aku mendengar suara Hafiz yang sekarang ni berada di hadapan aku. Senyuman manisnya dihadiahkan kepada aku yang sudah terdiam. Dia.. dia ada lagi?. 

" Abang ada je dekat sini tengok mata Dhia." Mata hitamnya merenung anak mata aku membuatkan aku semakin hanyut dengan renungannya. Aku dapat rasakan yang darah mula menyerbu muka aku yang sudah kepanasan. Ya Allah, apa ni?. Aku pantas mengalihkan pandangan aku apabila aku tersedar daripada terus merenungnya. Dia tergelak kecil.

" Tepilah." Aku tolak tubuhnya ke tepi memberi ruang untuk aku. Pipi yang kemerah merahan aku pegang. Jahat punya Hafiz. Dia perbodohkan aku. 

" Bagi abang peluang Dhia!!." Dia menjeritkan sedikit suaranya memanggil nama aku. Langkah aku terhenti. Peluang kedua?.

" Abang minta maaf sebab hancurkan hati Dhia. Abang minta satu je lagi peluang daripada Dhia. Dhia maafkan abang!!." Dia jerit lagi. Bila orang minta peluang, tak salah untuk kau beri kepercayaan pada dia. Berilah dia peluang sebanyak mana pun, kerana aku juga manusia. Aku juga pernah meminta orang peluang. Tapi aku takut dia ulang benda yang sama pada aku. Aku nak dia sentiasa ada dengan aku tapi bagaimana kalau dia berubah semula?.

Aku menoleh memandangnya yang berjalan perlahan lahan menuju ke arah aku. Aku cuma terdiam. Tak menjauhi dan tak mendekatinya. Aku hanya membatukan diri.

"Dhia!!." Hafiz berlari ke arah aku sebelum dia menarik aku ke dalam dakapannya. Aku terkejut dengan tindakan drastiknya.

'Buk!!.'

Terbeliak mata aku apabila Hafiz yang sedang memeluk aku mengerang kesakitan. Lengannya masih merangkul tenguk aku. Wajah Erin yang ketakutan lantas mencampak kayu tadi di atas lantai sebelum dia melarikan diri. Kepala belakang Hafiz aku pegang. Tiada darah yang mengalir tapi dia cuma memejamkan mata mengerutkan kening.

" Abang?." Perasaan aku mula tak tentu arah apabila Hafiz sudah tidak sedarkan diri dan jatuh perlahan lahan. Aku membaringkan dia di atas peha aku sebelum pipinya aku pegang. Dia masih mengerutkan kening, menahan kesakitan.

" Abang?. ...Tolong!!!." Ya Allah, apa dah jadi ni?. Mata aku melilau mencari kelibat sesiapa yang boleh aku meminta tolong. Tangan aku bergetar getar memegang kepala Hafiz. Aku meneguk liur menahan getaran. Tolong aku selamatkan dia Ya Allah.



MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang