BAB 60👹

3.9K 159 5
                                    

AINA ADRIANA

Aku yang sedang khusyuk membuat susu untuk Sofea tersentak apabila Hakim datang menyerbu aku daripada arah belakang. Terperanjat anak si meon aku dibuatnya. Aku menepuk tangannya kasar. Kang aku terberanak dekat sini, baru kau menggelupur nanti. Haihhh, perut aku betul betul tak selesa sekarang ni. Bila kandungan aku semakin besar, semakin sakitlah perut aku ni. Hakim di sebelah aku sudah tergelak kecil.

" Terkejut ya isteri abang yang comel lagikan cantik ni?." Aku memandang dia meluat. Ingat aku boleh percaya ke dengan pujian manis lagikan palsu dia tu?. Dia duduk di atas kabinet memandang segala tingkah laku aku. Aku hanya berbuat bodoh saja. 

" Ouh Ainaku yang gemuk..... mukanya bulattt.....orangnya pendek lagikan katek... ." Dia memegang botol susu bagaikan dia memegang microphone sambil memandang ke arah aku. Dah kenapa dengan suami aku nih... . 

" Sayang, apa kata kalau lepas sayang habis pantang, kita pergi bercuti. Nak tak?." Huh.... bercuti!!. Orang gila mana yang tak nak?. Bercuti kau boleh tenangkan fikiran okay?. Kau boleh lepaskan segala kekusutan dalam kepala kau macam kau lepaskan cinta palsu kau.. cehh wahh.

" Suka hati abanglah." Aku pura pura tak teruja. Sedangkan dalam hati aku ni macam nak menjerit je suka dengan cadangan dia. Aku dah lama tak bercuti. Pergi pusat peranginan ke, luar negara ke. Aku pernah pergi Sabah je. Tu lah tempat yang paling jauh yang pernah jauh aku pergi. Itu pun dengan pihak sekolah dulu. Melawat sambil belajar.

" Kalau macam tu, sayang nak pergi mana?." Aku berhenti daripada membancuh sebelum aku buat riaksi berfikir. Hakim memandang aku dengan pandangan terujanya.

" Kita pergi hujung dunia lah. Best sikit." Hakim memandang aku bosan. Aku hanya tersengih sebelum kembali membancuh susu untuk Sofea yang sedang bermain berseorangan di ruang tamu. Nak suruh Hakim temankan Sofea, ada saja alasan dia buat. Sabar jelah. Sebelum anak perempuan aku ni tidur, dia kena minum susu dulu, baru dia senang nak tidur malam malam ni. 

" Orang tanya dia betul betul, dia ayam ayamkan kita pulak. Dah, taknak cakap dengan sayang lagi. Merrrrajuk." Hakim lantas turun daripada kabinet tadi sebelum menghentak hentak kakinya menuju ke dalam bilik. Pulak dah.... merajuk betul betul ke tu?. Dia ni sekejap macam budak budak, sekejap manja, sekejap garang. Complicated, kalah perempuan. Aku yang merumitkan pun tak serumit dia. 

Ouh ya, cerita tentang emosi Hakim, pagi tadi. Terkejut aku tegok tengok dia bawa lelaki yang aku tak kenal. Katanya, dialah lelaki yang bersekongkol dengan Erin untuk perangkap kak Dhia. Kan aku dah cakap, firasat aku memang betul mengatakan yang Erin tu memang something wrong. Dia baru 21 tahun kot, masih panjang lagi saki baki hidup dia. Tapi aku tak sangka, dia sanggup buat macam tu demi kepentingannya sendiri. Apalah khabar agaknya kak Dhia dan abang Hafiz. Harap haraplah urusan mereka dipermudahkan. Kalau ada jodoh, tak ke mana. 

***

Selepas Hakim membawa masuk tubuh kecil Sofea yang sudah tertidur di ruang tamu, aku pula yang sudah mula mengantuk. Menguap tak habis habis. Sejak sejak aku mengandung ni, aku dah semakin penat. Mungkin banyak tenaga aku bazirkan dengan mereka. Aku berjalan perlahan lahan memasuki ke dalam bilik sebelum aku lihat kelibat Hakim yang sedang duduk di birai katil bermain dengan Ipho**nya sambil membelakangi aku. Aku hanya hiraukan dia saja sebelum aku pura pura batuk, nak tengok, dia sedar tak kehadiran aku ni.

" Eh sayang, sini cepat." Belum sempat aku nak batuk, dia sudah menoleh memandang ke arah aku dengan senyuman terujanya. Aku tersengih sebelum menghampirinya. Sedar pun, ingatkan chat awek baru tadi, lupakan aku.

" Cuba sayang tengok ni. Cantik kan pantai ni?." Dia menarik aku supaya menghampirinya sebelum kaki aku dia kepit dengan pehanya. Aku memandang ke arah skrin telefonnya. Aku tersengih apabila melihat keindahan laut yang cantik berwarna biru laut. 

" Aah lah. Cantik." Aku tersengih kecil. Aduh, aku mengidam nak pergi pantai lah. Hakim menutup telefonnya lantas menarik aku supaya berbaring di atas katil. Aku hanya menurut saja. Dia naik di atas katil sebelum baring mengiring menongkat kepalanya mengusap perut besar aku ni. Dia tergelak kecil.

" Assalamualaikum anak papa." Dia menguncupkan bibirnya di atas perut aku.

"Waalaikumussalam." Hakim memandang ke arah aku. Dia tergelak kecil sebelum mencium lagi perut aku.

" Kita bagi salam dekat anak kita, mak dia pula yang jawab. Anak papa.. nanti bila Khairul dengan Adreana keluar, papa nak bawa korang pergi bercuti. Best kan?." Aku memandang pelik ke arah Hakim yang masih tersengih sengih suka. Aik, siapa panggil nama anak?.

" Abang dah nama untuk anak kita?." Dia mengangguk laju sebelum memandang aku dengan senyuman.

" Nama anak kita ni, Muhammad Khairul Ridzuan dan Nur Adreana Sofea. Nama anak lelaki kita, abang sendiri yang pilih tapi untuk anak perempuan kita, abang gabungkan nama sayang dengan sofea. Nama nama perempuan yang sentiasa ada dengan abang. Abang nak jaga kita semua dengan segala apa yang abang ada. Abang akan lindung keluarga kecil kita ni daripada sesiapa yang 'menyibuk'. Walaupun terpaksa guna kasar, asalkan kita semua selamat." Panjang lebar dia berkata. Aku terdiam memandang dia. Senyuman aku kuntum untuk dia.

" Abang mengaku yang abang tak sempurna tapi abang janji satu je dengan sayang." Dia mendekatkan wajahnya dengan muka aku sebelum anak rambut aku dia usap lembut.

" Abang janji.. yang abang akan cintakan sayang sampai abang mati." Dia menguncup atas dahi aku lama. Ya Allah, kenapa sedih sangat ni?. Aku mengiring perlahan menghadap dia sebelum aku tersengih lebar.

" Abang janji tau. Walaupun perasaan abang berubah untuk sayang suatu hari nanti, tapi sayang nak abang teruskan mencintai sayang sampai ajal yang pisahkan kita." Dia tergelak kecil sebelum kepalanya mengangguk laju.

" Abang janji." Dia menguncup dahi aku sekali lagi sebelum berbaring disebelah aku. Selimut dia tarik menutupi separu tubuh aku sebelum hidung aku cuit.

" Good night my love." Lampu dipadamkan membuatkan keadaan bilik menjadi gelap. Aku tersenyum gembira sambil memejamkan mata aku.

" Good night too." Dia memeluk pinggang aku erat dan tangannya diseluk di bawah tepi leher aku. Aku harap kebahagian tu milik kami berdua. Tiada sesiapa yang dapat memisahkan kami kecuali ajal. Dia lelaki pertama dan terakhir untuk aku. Aku sayang kau Hakim.

TAMAT


Tak tak, sis gurau je 🤣

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now