BAB 6 👹

7.3K 265 7
                                    

AMIRUL HAKIM

Aku hanya makan tanpa bersuara. Suasana di ruang tamu hanya diam sunyi. Semua orang di dalam rumah ini hanya diam membisu menikmati makanan. 

" Mama nak Hakim kahwin." Terhenti pergerakan tangan aku. Aku meletakkan sudu dan garfu di tepi. Aku cuma diam tidak terkata. Papa memandang aku tanpa berkata apa apa. Dia juga terdiam dengan keputusan mama.

" Hakim takde calon." Aku cuba beri alasan. aku sambung makan.

" It's okay, mama boleh carikan." Aku mengehmpas sudu dan garfu tadi di atas meja.

" Kalau itu niat mama nak suruh Hakim datang, Hakim nak balik." Aku menolak kerusi ke belakang dan ingin berlalu pergi.

" Amirul Hakim !!!. Don't you dare to get out of this house !!! . " Langkah aku terhenti. Aku memejamkan mata aku menahan kesabaran aku. Aku menoleh memandang mama yang berdiri memandang aku dengan pandangan tidak puas hatinya. Aku mengeluh kecil.

" Why  mama, Hakim ikutkan apa yang mama nak selama nih. Dulu mama tak bagi Hakim ikut abang belajar luar negara, Hakim terima. Sekarang mama paksa Hakim kahwin pulak?. Hakim penatlah kena kongkong macam nih. Hakim nak cari kehidupan Hakim sendiri macam abang abang Hakim yang lain." Aku memandang mama simpati. 

Aku mahu mama sentiasa sokong dengan semua keputusan aku, bukan dengan kongkong hidup aku macam nih. Aku mahukan kebebasan. Aku sudah besar. Umur seperti aku sudah layak membuat keputusan sendiri.

" Mama buat semua nih untuk kebaikan Hakim jugak. Cubalah Hakim tengok sisi yang baik pula?. Mama taknak Hakim menyesal nanti. Itu je tujuan mama buat semua nih." Mama memegang tangan aku. Aku mengalihkan pandangan aku daripada terus memandang mama. 

" Hakim nak balik. " Aku melepaskan genggaman tangan mama dan terus menuju keluar rumah. Papa mengejar aku.

" Hakim." Aku yang baru mahu membuka pintu kereta menoleh memandang belakang. 

" Ouh papa." Aku tersenyum nipis memandangnya. 

" Kalau ye pun, tidurlah sini. Boleh jagakan Sofea. Mama tu cuma marah sikit je." Aku menggeleng tetapi cepat cepat papa pegang tangan aku.

" Kalau Hakim taknak pun, tolonglah tidur sini jaga Sofea. Kesian dia rindukan pak usu dia. Eh?." Aku mengeluh kecil lantas mengeluh. Papa tersenyum dan aku mengikuti langkah apa menuju ke dalam rumah. 

Walaupun hubungan aku dengan mama regang, tetapi aku masih ada papa yang memahami aku. Biarlah kali ini aku beralah.

****

AINA ADRIANA

Aku berhati hati meletakkan minyak wangi di atas dulang hantaran. Aku melihat kesemua dulang hantaran di sekitar aku. 

" Wau semuanya cantik cantik. Macam saya." Makcik makcik berdekatan dengan aku terus tergelak mendengar lawak tak sedar diri aku.

" Aah, semuanya cantik macam kamu. Lagi cantik kamu." Aku tersengih sengih malu apabila makcik Kiah berkata begitu. Mak menampar lembut peha aku.

" Jangan dilayan sangat anak aku nih. Merapu je kerjanya." Mereka semua tergelak. Aku mencebikkan bibir aku. Mak cemburulah tu. Makcik Yani datang menuju ke arah kami.

" Dah siap ke bunga sirih tu?." Makcik Yani duduk di atas kerusi.

" Alhamdulillah. Canti ni hah." Makcik Kiah menunjukkan hasil bungan Sirih yang cantik dihias dengan bantuan mak dan yang lain.

" Bakal menantu kau tu macam mana orangnya?." Mak mula bertanya. Aku sudah siap pasang telinga. Makcik Yani menyinsing lengan bajunya menayangkan gelang emasnya yang banyak nak mati sampai ke tengah lengannya. Dia buat apa tayang malam malam macam nih?. Huh, fikir positif jelah.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now