BAB 26 👹

4.2K 192 1
                                        

Aku memandang ke arah mak yang sedang berbual dengan mereka di hadapan. Yang aku takut sekarang ni, ramai sangat orang di depan. Hazim dan mak berada di hadapan meninggalkan aku keseorangan di dapur. Malunya nak ke depan. Aku gugup sekarang ni. Aku tak pernah terima tetamu seramai macam ni, sebab tu aku gementar. 

Aku beriya bantu mak masak tadi apabila Datin kata dia dan keluarganya mahu datang rumah hari ni, katanya nak lawat aku, terharu aku dibuatnya. Akhirnya aku bawa juga dulang yang berisi cawan dan sedikit manisan yang sempat Hazim beli tadi ke hadapan. Apabila semua mata memandang aku, aku rasa macam nak terlepas je dulang air ni. It's okay. Cool Aina..... don't nervous.

Aku meletakkan dulang tadi di atas meja dan duduk di sebelah mak. Mata aku memandang sekejap beberapa orang di hadapan aku. Aku nampak Datin Nawarah duduk di sebelah suaminya, sepasang suami isteri, dua orang lelaki dan 3 orang perempuan.

"Ya Allah, Aina makin cantik sekarang. Macam mana dengan luka dekat bahu dengan kepala Aina, dah sembuh?." Aku tersengih kecil apabila dia memuji aku semakin cantik. Aku lantas mengangguk. Aku sudah salam mereka tadi sewaktu mereka melangkah masuk ke dalam. Tapi perempuan je lah yang aku salam, nak salam lelaki, kau dah gila?.

" Alhamdulillah. Dah tak sakit sangat tapi dah boleh angkat barang berat berat." Aku mengeluarkan suara aku.. Aku cuba kawal perasaan takut untuk berbual dengan mereka.

" Baguslah. Saya harap Aina cepat sembuh." Aku mengukir senyuman di bibir aku. Mereka tetap memandang aku.

" Aina okay kerja dekat sana?." Dia menyoal aku pula. Lantas aku mengangguk. Sejujurnya, aku memang suka kerja dekat sana sebab dapat berbual dengan Dian tu. Walaupun mulut dia macam longkang, tapi aku suka cara dia menarik kawan dekat dengan dia. Dia lah satu satunya kawan aku dekat sana.

" Okay. Suasana dia menarik, kerja dekat situ pun ada kawan, boleh tolong saya." Aku tersengih suka. Sukalah sebab aku dapat kerja dekat situ. Bukan senang tau nak kerja dengan Datin Nawarah ni.

" Aina lepas ni, jangan panggil saya datin lagi, panggil mama je." Aku terdiam lantas mengangguk perlahan sambil tersengih. Mama?. Macam janggal je?. Mak disebelah aku menepuk lembut lengan aku sambil tersenyum. 

" Jangan malu malu, panggil je. Nanti terbiasa lah tu." Aku tergelak kecil. Baiklah wahai mamaku.

" Dah lama tak dengar khabar Nawarah. Dapat juga tengok muka Nawarah hari ni." Mak dan Datin tergelak kecil. Aku hanya tersengih.

" Iyalah kan, rindu nak berborak dengan Mizah macam dulu dulu. Kita kalau berborak, tak pernah berhenti kan Mizah ?." Mereka tergelak lagi. Aku duduk terdiam. Mendengar saja perbualan mereka.

" Saya minta maaflah datang tak beritahu. " Datin membetulkan posisinya. 

" Eh takpe, pintu rumah ni selalu terbuka untuk Nawarah sekeluarga. " Mereka tergelak lagi. Aku pula, tersengih........ Mereka berbisik satu sama lain sebelum memandang aku.

" Macam ni puan Mirzah. Saya minta maaf sebab tempoh hari isteri saya ada beri cadangan nak merisik Aina tanpa beradab, tapi kali ini, saya datang dengan keluarga saya dengan niat yang baik. Niat kami sebenarnya nak meminang Aina bagi pihak anak keempat saya, Muhammad Amirul Hakim. " Mak dan Hazim memandang aku tak percaya, siap tersenyum Hazim dengar tadi. Aku terdiam, Aku tak tahu kenapa sekarang ni tangan aku menggigil kesejukkan. Walaupun cuaca di luar panas, tapi kesejukkannya mengancam lagi lagi bila dengar apa yang Datuk katakan tadi. Aku nak jerit sekarang ni. 

" Kami terima dan hormat segala jawapan daripada pihak perempuan. Jadi, tak perlu risau, kami tidak akan memaksa Aina." Datuk bersuara memandang aku. Aku nak jawab apa ni?. Aku mengangkat kepala aku memandang mereka sebelum aku angguk perlahan.

" Saya terima pinangannya." Kata aku lembut sebelum aku dengar keluhan gembira mereka. Tak lekang senyuman daripada bibir mak dan mereka yang lain. Sumpah aku terkejut, aku tak tahu apa yang aku tengah rasa sekarang ni, suka, gembira nak nangis nak jerit pun ada. Encik Hakim terima aku. Aku harap keputusan aku ni betul. Aku tak henti daripada terus tersenyum teruja. Mak memegang lengan aku. 

" Alhamdulillah. Lega hati saya dengar Aina terima. Selepas dengar persetujuan pihak perempuan, kita sudah boleh ke peringkat seterusnya. " Datin berkata dalam nada gelaknya. Mereka semua mengangguk. Datuk tersenyum, Waktu pertama kali Datin merancang untuk merisik aku, riak wajahnya tak berapa senang. Aku sendiri tak tahu kenapa. 

Mak dan Hazim berbual dengan mereka semua tentang soal peribadi Hakim seperti umur, kerja dan sikapnya di rumah. Baru aku tahu, encik Hakim tua 2 tahun atas aku. Dia mula kerja dengan ayahnya selepas dia menamatkan pelajarannya di peringkat Diploma sebelum mengambil sijil perniagaan dan pengurusan projek.

Encik Hakim juga anak bongsu dalam empat adik beradik. Perempuan yang bertudung bersama suaminya yang aku nampak tadi, itu adalah kakaknya dan mereka yang lain adalah sedara encik Hakim yang turut membantu Datin. Ouh, banyak betul perkara yang aku tak tahu tentang encik Hakim. Aku rasa ni baru sikit, nanti banyak lagi rahsia aku tahu tentang diri dia yang menarik bagi aku.

Selepas mereka habis berbual, mak mengajak mereka semua ke dapur untuk menjamah sedikit hidangan yang mak dan aku masak tadi. Alhamdulillah, semua komen yang baik baik saja. Tak sia sia aku menambah kasih sayang aku membuat lauk tadi walaupun aku tahu, aku tak begitu pandai dalam memasak tapi selepas mak bantu aku, adalah sikit ilmu aku belajar. 

Aku jujur, aku bukan perempuan yang rajin masuk dapur, tapi aku suka bantu mak masak contohnya potong potong ke, goreng goreng ke sambil tu, mata aku tengoklah apa yang mak buat. Dari situlah aku belajar. Semua orang bermula daripada bawah kan?.

" Kami minta maaflah sebab Hakim tak dapat datang sebab dia sekarang sibuk dengan tugas dia dekat pejabat. Dia minta saya dan ahli keluarga yang lain supaya menyampaikan hasratnya nak menyuntik anak dara Mizah ni." Kami semua tergelak kecil. Alahai, lembut saja bahasa Datin. Iyalah, aku tak nampak encik Hakim pun. Hm, takpelah, dia kan sibuk sekarang ni. Mak menggeleng.

" Eh takpelah, lagipun saya boleh kenal kenal dengan Hakim tu bila dah sah mereka berdua ni nanti. Semuanya boleh dipermudahkan. Lagipun saya tahu, Hakim tu baik budaknya. " Mak bersuara. Aku memandang mak lantas tersenyum. Suka betul dia tadi. Terharu agaknya melihat anak dara dia dah nak kahwin. Aku tak kisah kalau apa yang aku buat ni boleh buat mak gembira macam mak yang sekarang. Tengoklah, dia senyum saja daripada tadi.

**********

" Terima kasih Aina sebab percayakan Hakim. Tak putus putus doa saya untuk dipermudahkan semua urusan ni." Datin mengusap belakang badan aku. Selepas makan bersama tadi, mereka meminta diri untuk pulang. Banyak sungguh topik yang kami bualkan tadi. Peramah sangat mereka semua ni. Aku jadi senang dengan mereka.

" Saya cuba buat yang terbaik untuk diri saya dan mak saya, Datin..erm,..mama. " Dia tergelak kecil mendengar aku membetulkan panggilannya. Dia memegang bahu aku sebelum melepaskan tubuh aku. Senyuman dia kuntum untuk aku. Aku salam tangannya dan beberapa wanita yang lain termasuk kakak encik Hakim.

" Tahniah ye Aina. Kak harap, Aina terima Hakim dengan hati yang terbuka." Aku cuba mengangguk. Buka hati terima dia?. Nama encik Hakim memang perlahan lahan tertulis dekat hati aku. Tapi selagi dia tak sah dan bukan mahram bagi aku, aku tak boleh suarakan hati aku untuk dia. Aku juga seorang perempuan yang mempunyai malu. Biarlah Allah yang aturkan perancangan hidup aku. Jika aku benar benar dijodohkan dengan encik Hakim, aku terima dia dengan hati aku. Seikhlas ikhlasnya.

MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang