AINA ADRIANA
Aku membuka mata apabila tubuh aku mula rasa tidak selesa. Aku memandang seorang doktor datang ke arah aku dengan membawa sebatang picagari . Dia membuka topeng mukanya sambil tersengih.
Mata aku terbeliak besar. Aku berasa resah apabila melihat Haziq sedang tersenyum lebar memandang aku dengan matanya seperti ingin membunuh.
Aku cuba menggerakkan tangan tapi terasa seperti terkunci. Aku cuba mengeluarkan suara tetapi suara aku juga seperti tersekat di kerongkong aku.
" Rest in peace babe." Dia mencucuk cecair menggunakan picagari di dalam IV bag yang menyalur di tubuh aku.
" ALLAH !!." Aku membuka mata. Nafas aku turun naik mengawal pernafasan aku. Aku melihat tangan aku, masih boleh digerakkan.
" Aina, kau okay?." Aku memandang Hanis yang terkejut dengan jeritan aku tiba tiba tadi. Dia baru tersedar daripada tidurnya.
Aku menggeleng sambil mengusap wajah aku yang sudah berpeluh. Hanis bangkit mengambil tisu dan dia lap peluh yang mengalir di leher aku.
" Kau lapar ke?. Aku boleh belikan kau something dekat 7E. " Aku menggeleng. Aku cuma terkejut dengan mimpi ngeri tadi. Kenapa lah aku mimpi dia.
" Kau nak pergi toilet?." Aku memegang lengannya lantas aku geleng. Dia terus duduk semula.
" Aku taknak apa apa. Kau tidur jelah." Aku melihat jam di telefon aku. Sudah pukul 2 pagi. Hanis mengeluh kecil.
" Kau kalau nak pergi tandas ke, nak makan ke, panggil aku tau." Dia memegang tangan aku. Aku mengangguk faham. Aku cuba menutup mata tetapi pinggang aku mula sakit. Aku cuba menahan kesakitan.
Butang wayar yang bersambung dengan Picagari yang terisi morfin aku tekan supaya melegakan sedikit rasa sakit aku. Akhirnya aku terlelap. Hanis mendodoikan aku lembut sambil matanya tertutup. Kesian kawan aku....
****
AMIRUL HAKIM
Aku mengetuk pintu rumah lelaki itu. Rumahnya yang terletak di tingkat 4 membuatkan keadaannya sedikit suram. Bangunan rumah sewa ini hanya ada 5 tingkat saja.
" Siapa tu?." Dia membuka pintu dan terus kami berempat berpusu pusu masuk dan mengunci pintu. Aku memandangnya dengan sengihan.
" Korang buat apa ni hah?!?." Dia melangkah ke belakang tetapi pergerakannya terhalang dengan meja makan. Dia menoleh ke belakang dan mencapai pinggan kaca dan mencampak ke arah aku tapi aku sempat elak.
" Perh, kalau kena muka aku tadi." Muizzin bersuara. Dia berada di belakang aku tadi. Pinggan tadi betul betul jatuh di hadapannya.
Dia cuba mencapai pinggan lagi dan ingin mencampak ke arah aku tapi lantas aku tahan lengannya dan aku layang satu penumbuk di mukanya. Dia melepaskan pinggan tadi. Muizzin dan Aqil memegang erat lengannya lantas tubuhnya di tolak di atas kerusi.
" Aku tanya kau satu soalan je, siapa upah kau?." Aku berdiri di hadapannya. Dia menggeleng ketakutan. Aku tersengih cuba bersabar dengannya.
" Aku tanya kau last. Siapa hantar kau rompak akaun aku?." Aku mencengkam rambutnya ke belakang. Dia terdongak.
" Aku... aku tak tahu apa kau cakap nih?." Aku melepaskan cengkaman. Aku menundukkan sedikit tubuh aku memandang anak matanya.
" Kimi, ambilkan aku pisau." Mata aku masih lagi memandangnya tajam. Dia mula resah. Dia menggeleng laju. Hakimi menyerahkan aku pisau.
Pisau tadi aku genggam dan aku hulukannya di atas pehanya. Dia meronta ronta ingin dilepaskan tetapi genggaman Muizzin dan Aqil terlalu kuat membuatkan dia hanya bermimpi untuk dilepaskan sehinggalah dia memberitahu apa yang aku mahukan.
" Siapa..... hantar.... kau?." Aku perlahan mengangkat pisau tadi dan ingin membenamkan pisau tadi di pehanya tetapi lantas dia menjerit ketakutan.
" Okay okay, aku bagitahu !!!." Dia akhirnya mengangguk. Mereka memandang aku. Aku memandangnya tajam.
" Lepaskan aku, aku tunjukkan kau. " Aku memandang Aqil dan Muizzin supaya melepaskan tangannya. Dia mengusap usap atas lengannya. Dia bangun dan menuju masuk ke dalam biliknya. Aku memandang Aqil supaya berjaga jaga dengan lelaki tadi. Dia mengangguk.
Dia duduk di kerusi berhadapan dengan beberapa komputer yang skrinnya dipenuhi dengan banyak pandangan CCTV. Nampaknya lelaki ni bukan saja buat satu kerja dan dia bukan orang yang biasa biasa.
" Agak agaklah bro nak buat kerja." Aqil pantas merampas butang signal di tangan lelaki itu. Dia sudah kalut memandang sesuatu di tangan Aqil. Aqil memberikan aku kotak tadi. Aku membelek perlahan sebelum memandang lelaki tadi. Kolar bajunya aku cengkam.
" Kau memang suka cari pasal eh?." Aku merenungnya tajam. Dia menggeleng laju dan mengangkat tangannya.
" Okay okay, aku menyerah." Aku lantas melepaskan tangan aku daripada terus mencengkam kolar bajunya. Dia memaparkan sejumlah angka yang dia berjaya curi si akrin komputernya. Aku mengetap rahang. Jadi selama ni kerja dia?. Muizzin menyepuk belakang kepalanya kuat.
" Banyak lagi kerja halal yang kau boleh cari, mencuri jugak yang kau nak buat." Dia memegang belakang kepalanya.
" Bukan aku yang nak curi." Dia memandang aku.
" Serius, bukan aku yang buat." Dia cuba mendapatkan kepercayaan aku. Aku mengeluh geram.
" Habis tu, siapa?." Dia terdiam. Matanya memandang mata aku lama.
" A... abang kau. Amirul Irfan." Aku membesarkan mata. Aku memandang mereka. Mereka juga nampaknya seperti terkejut.
" Kau jangan tipu akulah bodoh !!." Aku mencengkam kolar bajunya lagi sekali, tetapi kali ini aku tarik sehingga dia terdiri. Aku mengetap kasar rahang aku. Sabar aku mula hilang tahap. Nafas aku turun naik menahan kemarahan. Dia cuba mengotorkan nama abang pertama aku.
" Aku.... aku tak tipu. " Dia menggeleng.
" Yang aku nampak kau keluar dengan lelaki botak tu , siapa pulak?.' Muizzin menyoal pula. Hakimi mengangguk, setuju dengan apa yang Muizzin kata.
" Dia tu customer aku. Tapi dia tak suruh aku rompak akaun kau. Serius. Memang abang kau sendiri yang suruh aku." Aku melepaskan kolar bajunya. Aku hilang kata.
Mana mungkin Irfan sanggup buat aku macam tu, dia tak akan tergamak buat macam tu dekat aku. Aku mengusap belakag kepala aku. Hakimi memegang bahu aku faham dengan situasi yang aku rasa.
" Kita nak buat apa nih ?." Muizzin bersuara. Aku memandang lelaki tadi.
" Kau dah masukkan dalam akaun dia ke?." Dia menggeleng.
" Aku cuma... ke.. keluarkan je." Takut aku marahkannya, tergagap dia memberitahu aku.
" Kau masukkan duit tu dalam akaun dia, kau jangan bagitahu aku datang jumpa kau, buat macam kau tak tahu apa apa. Aku bayar kau. " Aku terus berlalu pergi. Mereka berlari mengejar aku.
Sanggup kau tikam belakang aku Irfan. Aku anggap kau orang yang paling aku percaya dan paling aku sayang.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
Roman d'amourApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...