AMIRUL HAKIM
Aku bergegas keluar daripada cafe tadi apabila aku teringat yang mereka mengajak aku makan di restoran Aqil. Gelabah punya pasal sampai aku lupa mana aku letak kunci kereta aku. Aku meraba raba poket seluar. Aku memegang dahi aku. Asal aku jadi pelupa nih?. Dekat cafe tadi kot.
" Encik, kunci kereta." Aku menoleh ke belakang apabila seorang perempuan datang berlari ke arah aku. Dia menyerahkan aku kunci kereta. Dia memegang lututnya apabila dia seperti penat berlari. Aku baru nak je pergi ambil.
" Ouh terima kasih." Aku terus masuk ke dalam perut kereta dan memandu segera. Aku nampak pantulannya memalui cermin sisi kereta. Dia seperti tercengang. Ah lantaklah, aku nak cepat.
********
Aku menolak pintu restoran sambil mata aku melilau mencari kelibat mereka. Aku berlari anak menuju ke arah mereka yang sedang duduk berbual.
" Weyh sorry my boys. Aku lupa tadi." Aku ambil tempat duduk di sebelah Hakimi.
" Awal doh kau sampai. Tengok, makanan aku dah jadi comel dah." Muizzin menunjuk makanannya yang sempat dia hias. Kentang goreng dia hias menjadi 'orang lidi'. Kami tergelak melihat telatahnya. Umur semakin meningkat, tetapi akalnya masih tersangkut waktu kanak kanaknya.
" Kau buat apa sampai lambat nih?." Aqil datang menyoal aku sambil tangannya membawa pesanan yang selalu aku makan di restorannya. Aku hanya tersengih.
" Aku terlupa. Berangan je kerja aku tadi, tu yang ke bulan. Lupa jalan balik." Aku menghirup air minuman aku. Mereka buat buat ketawa menyambut lawak takde akal aku tadi.
" Macam mana boleh balik sini. Awek dekat bulan hantar naik rakit ke?." Hakimi yang mendiamkan diri tadi membuka mulut. Aku menggeleng.
" Naik kuda." Aku tergelak tetapi apabila mereka tidak menyambut lawak aku kali ni, aku terus diam. Siot punya kawan.
" Apa kau nak cakap dengan kitaorang tadi?." Hakimi menyoal aku. Ouh baru aku teringat. Aku mengeluarkan telefon yang Aqil beri kepada aku tempoh hari.
" Cuba korang tengok nih. Ada bangsat tak sunat nak ceroboh akaun syarikat aku. Dah lima kali aku tukar password, tapi tetap dia dapat pecah." Aku letak telefon tadi di atas meja supaya mereka semua boleh melihat. Mereka semua terus berhimpit ingin melihat. Muizzin siap bangun menolak kawan kawannya yang lain.
" Lepas tu kau nak buat apa ?. Nak laporkan pada polis ke?." Hakimi memandang aku. Aku menggeleng.
" Memang tak lah aku report polis. Diorang semua tak membantu." Aku memeluk tubuh. Aku pernah sekali membuat laporan, tetapi tetap tiada jawapan daripada mereka. Akhirnya 500 ribu aku lesap macam tu je, tetapi dengan bantuan Aqil dan mereka yang lain, aku dapat tangkap tikus tu. Aku hanya serahkan mereka kepada polis selepas aku berjaya tangkap mereka.
" Aku nak minta tolong korang." Aku memandang wajah mereka satu persatu. Muizzin tersengih.
" Aku okay je. Setakat tangkap mamat nih, cilok masuk seluar dia je lah." Muizzin tergelak jahat. Aqil memandang aku pelik.
" Tapi kau tak rasa ke dia ni orang yang sama dengan orang yang rompak kau tahun lepas?." Hakimi mengangguk setuju dengan apa yang Aqil kata. Aku menjongketkan bahu aku. Aku sendiri tak pasti kerana ramai je yang pandai dalam selok belok nih. Tepati mereka bodoh, mereka salah orang untuk merompak.
" Takpe. Nanti aku try cari alamat dia. Kau datang rumah nanti. " Aqil bersuara memberi cadangannya. Aku dan yang lain hanya mengangguk dan menyambung makan sambil berborak. Duduk dengan mereka adalah ubat untuk kebosanan aku.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...