A lil warning : this story will have 18sx scene so read at your own risk ⚠️
and also, who doesnt like a rough love story can go and find another novel that suit your taste
MARISA mengelap peluh yang terdapat di dahinya mengunakan kain napkin kecil yang sentiasa dibawa ketika ada aktiviti sukan di sekolah.
Bahunya terasa disentuh, terus Marisa mengalihkan pandangan mengadap si pemilik tangan.
"Mar, hebat kau tadi. Tak terkejar Aina aku tengok." Ujar Rafiq sambil terkekeh kecil, geli hatinya saat terbayang wajah Aina tidak puas hati saat sahabat baiknya menang di dalam perlawanan lari 400 meter sebentar tadi.
Marisa tersenyum kecil.
Air botol sejuk yang diberikan Rafiq diambil baik.
"At least tak sia-sia aku latihan selama ni untuk juarakan rumah sukan kita tahun ni," balas Marisa sejurus itu punggungnya dihenyak ke rumput. Penatnya angkara lari tadi masih belum hilang.
Rafiq mengganguk menyejutui. Mana tidaknya dia bersetuju, setiap petang dia yang akan menemani Marisa latihan di padang sekolah. Bukan dia tak tahu Marisa seorang yang amat mementingkan kecemerlangan dalam bidang bersukan mahupun pelajaran.
Dua-duanya Marisa aktif. Dalam diam, Rafiq mengkagumi sifat tidak putus asa Marisa. Dia bangga dengan sahabat baiknya.
"Eh Mar," segera bahu gadis itu dipeluk.
Marisa menjungkit kening tanda mengapa, anak matanya diarah mengikut arah mata Rafiq.
"Itu Arfan dengan awek baru dia kan?" Bibirnya dimuncungkan ke arah pasangan tersebut. Marisa menjungkit bahu.
"Tak tahu.. Fiq, aku tak urus life Arfan. Dia dengan aku tak sebulu," balas Marisa malas, air sejuk diteguk lagi.
Ya, walaupun mereka sudah duduk sebumbung sejak kecil tetapi layanan dingin Arfan terhadapnya tidak dapat disangkal. Sejak kecil, Arfan kelihatan bencinya terhadapnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa.
Bukan Marisa tidak cuba menegur Arfan tetapi lelaki itu terlalu sombong.
"Kau untung tau Mar dapat abang sepupu kacak dan popular macam tu," Marisa menggulingkan mata ke atas tanda menyampah, iya semua orang menjumpainya akan mengatakan sedemikan kepadanya.
"Iyalah, Fiq aku gerak dulu. Dah petang ni," beg sekolah diambil sebelum dipaut ke bahu, Rafiq mengangguk mengiyakan. Sempat mereka membuat melagakan penumbuk mereka satu sama lain, perbuatan yang acapkali mereka lakukan setiap kali berpisah.
Marisa sempat berkalih sebentar ke arah Arfan Danial, abang sepupunya yang sedang rancak melayan mesra buah hatinya. Keluhan perlahan dikeluarkan, kakinya segera diatur pergi.
TUDUNG sekolah yang berbalut di kepala ditanggalkan dari kepala sebelum rambutnya diikat dibuat sanggul.
Punggung dihenyak ke tilamnya yang lembut.
Segera nafas lega dilepaskan.
Hilang sedikit penatnya selepas sampai ke rumah, peluh yang melekat di sekitar kawasan leher dilap menggunakan tangannya sahaja.
Satu deheman kecil mematikan perbuatan Marisa, terkejut dia saat wajah Arfan muncul.
Bila Arfan pulang? Bukankah lelaki tu masih di sekolah tadi?
"Err abang Arfan," Arfan yang sedang berpeluk tubuh di daun pintu biliknya dipandang. Timbul rasa tidak selesa direnung sebegitu oleh abang sepupunya.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...