7

23.4K 579 5
                                    

SYAFIQ menahan lengan Marisa lembut, wajah gadis itu kelihatan panik. Syafiq tidak mengerti mengapa Marisa seakan mengelak darinya dua tiga hari ini, apa salahnya?

"Sayang.." panggil Syafiq lembut. Marisa segera menggeleng.

"Syafiq dah janji takkan panggil Hani sayang dekat kawasan umum macam ni," ujarnya sedikit tegas, bukan dia malu tapi dia ada sebab tersendiri. Matanya meliar memandang sekeliling. Dia sedang takut, takut dirinya sekarang ini sedang diperhatikan oleh Arfan.

Dia tidak mahu Syafiq diapa-apakan oleh Arfan.

"Okay fine Syafiq salah, Hani tapi kenapa Hani layan Syafiq macam ni? Dah tiga hari Hani macam larikan diri dari Syafiq? Syafiq ada buat salah ke? Hani dah tak sayangkan Syafiq ke?" Jelas wajah Syafiq sugul, dia sendiri buntu salah apa yang dilakukan sehingga Marisa menggelak darinya.

Hani dipagut rasa bersalah.

Bukan dia sengaja tetapi dia tidak mahu hubungan sebenarnya dengan Syafiq kantoi di pengetahuan Arfan.

"Syafiq, ikut Hani kejap. Err Fiq kau tolong tengokkan abang Arfan ada datang ke tak jap lagi. Kalau ada panggil aku tau," Rafiq mengangguk akur.

Marisa segera menarik tangan Syafiq menjauhi perhentian bas.

"Bukan Hani tak sayang Syafiq tapi buat masa sekarang ni Hani rasa kita patut jauh dulu dari satu sama lain, Hani janji dengan Syafiq sekejap je benda ni." Syafiq terdiam.

"Hani ajak putus ke ni? Lepas Syafiq sayangkan Hani, Hani nak tinggalkan Syafiq macam tu je ke, Hani?" Tuduhnya tiba-tiba. Laju Hani menggeleng.

"Bukan macamtu maksud Hani. Maksud Hani buat masa sekarang Hani tak boleh ikut Syafiq balik macam selalu, abang sepupu Hani yang hantar dan jemput. Hani harap Syafiq faham," pujuk Hani lembut, wajah Syafiq direnung dalam.

"Kita tak putus kan?" Hani mengekek kecil, comel juga kekasih hatinya ini.

"Tak Syafiq, Hani sayangkan Sya..."

"Mar, Arfan dah sampai," jeritan dari Rafiq segera mematikan senyuman Marisa, dia kembali gelisah. Dia takut hubungannya dengan Syafiq diketahui Arfan.

"Syafiq, Hani pergi dulu. Bye!" Belum sempat dibalas, gadis itu terlebih dahulu berlari meninggalkannya.

Syafiq berkerut dahi. Dia dipalu rasa aneh, kenapa kekasih hatinya seakan takut dengan abang sepupunya sendiri?

"Sayang pergi mana tadi?" Soal Arfan tegas sejurus Marisa melabuhkan punggung di tempat duduk sebelahnya.

Sempat diberikan pandangan tajam ke arah Rafiq bersama seorang lelaki tinggi lampai yang berada di sisi Rafiq.

"Err Mar pergi tandas abang Arfan, sakit perut tadi," segera tangannya diletakkan ke perut Marisa tanpa menunggu. Terkejut gadis itu namun dibiarkan sahaja.

"Makan apa tadi dekat sekolah, sayang? Patutlah muka Honey nampak pucat. Abang pesan apa dekat sayang.." dalam kegarangannya, jelas nampak risau dan prihatinnya.

"Mar makan roti je abang Arfan, Mar.. Mar tak rasa lapar," balasnya perlahan. Arfan berdecit perlahan.

"Sayang kalau sehari tak degil memang tak sah, takpelah jom abang bawa ke klinik pastu kita singgah makan dekat mana-mana tempat yang Honey nak tau," pipi Marisa dielus lembut.

"Takpe abang.. Mar okey je, sakit perut biasa je," tolaknya meskipun dia tahu yang Arfan tidak akan menerima tolakannya.

"Sekali lagi Honey bantah, abang akan cium sayang dekat sini," bibir merah jambu Marisa dipegang. Terkedu Marisa dibuatnya, wajah dingin Arfan tidak berani langsung dipandang.

"Berani nak bantah lagi ke, Honey?" Soal Arfan sedikit mengusik. Laju Marisa menggeleng.

Arfan mengekek perlahan. Comel sungguh perangai Marisa yang naif ini, macam mana dia tak tertawan?

"Good girl. Sayang ikut je abang okey,"

KALSOM merapati Arfan lalu bahu anak tunggalnya ditepuk.

"Ibu," serunya perlahan, pandangannya segera dialih ke arah ibu tersayang.

"Ibu ada benda nak tanya Arfan ni," Arfan menjungkit kening sedikit. Segera diberikan ruang sedikit buat Kalsom untuk duduk di sebelahnya.

"Lagi 5 bulan, Arfan nak habis belajar.. Arfan dah fikir ke nak kerja dekat mana ke?" Soal Kalsom, Arfan menggeleng. Dia masih tidak fikir hendak berkerja di mana, yang ada di dalam fikirannya hendak mengahwini Marisa sahaja.

"Arfan tahu papa ada call ibu.. dia min.." Arfan menggeleng.

"Apa lagi papa nak lepas apa dia dah buat dekat ibu dengan Arfan? Masa Arfan perlukan papa. Mana papa, ibu? Sekarang bila perlukan orang untuk jaga syarikat dia, Arfan juga orangnya? Arfan tak minat dengan harta papa. Suruh isteri kedua dia jagakan," suara Arfan meninggi. Rasa benci terhadap papanya semakin hari semakin menebal.

Kerana harta, papanya sanggup meninggalkan dia dan ibunya di kampung. Tidak cukup dengan itu, papanya sanggup menduakan ibunya. Arfan tidak terima.

"Arfan, Arfan tahu keadaan papa tak berapa nak elok. Arfan masih berdendam dengan papa untuk perkara yang dah lama berlalu ke? Ibu tak pernah salahkan papa atas apa yang jadi, Arfan. Arfan pun patut belajar maafkan papa ya," pujuk Kalsom lembut.

"Arfan tak sedia lagi, ibu. Cakap dengan papa, suruh anak kesayangan dia gantikan." Tegas Arfan sebelum melangkah pergi.

"Arfan,"

"Arfan nak tidur, ibu." Kalsom tidak membalas sebaliknya hanya memandang bayangan anak yang hilang di balik daun pintu.

SYAFIQ merapati Marisa lalu bahu gadis itu dicuit perlahan.

"Hani.." bisiknya perlahan.

Marisa tersenyum malu sebelum mengadap Syafiq.

"Syafiq nak tanya ni... majlis reunion untuk semua form 5, Hani datang tak?" Marisa terdiam mengigit bibir, dia sebenarnya tidak tahu sama ada hendak pergi atau tidak.

Rafiq memeluk bahu Syafiq.

"Mar, kau pergilah sekali eh? Rasa tak seronok kalau geng kita tak lengkap," pujuk Rafiq. Syafiq laju mengangguk bersetuju kata-kata Rafiq.

Marisa semakin buntu. Dia ingin pergi tapi macam mana dengan Arfan? Lelaki itu pasti tidak mengizinkan dirinya pergi.

"Hani," seru Syafiq.

Marisa mengangkat pandangan.

"Please, untuk Syafiq." Rayu Syafiq perlahan membuatkan Marisa lemah, lama dia diam sebelum mengangguk. Dia akan fikirkan cara ingin melepaskan diri dari Arfan nanti.

Syafiq melompat keriangan.

"Yes! Tapi nanti Syafiq jemput Hani tau, takde tolakan! Bye! Syafiq pergi dulu," tanpa menunggu balasan Marisa, Syafiq berlalu pergi.

Marisa mengigit kuku perlahan.

Macam mana ni Marisa?

****

bersambung

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now