KETUKAN bertalu-talu di daun pintu yang kedengaran membuatkan Marisa berlari anak untuk membuka pintu. Saat dibuka, dia tersentak melihat insan tersebut. Sudah bertahun dia tidak melihat lelaki tersebut.
"Pakcik.." serunya perlahan.
"Mar.. Siapa data—" suara Kalsom terhenti saat matanya terpaku pada insan tersebut. Segera tangannya menggapai tangan lelaki tersebut sejurus sedar.
"Abang.." Dato' Ahmad berdehem kecil.
"Som, abang datang ni ada benda nak tanya." Tanpa berkias, Dato' Ahmad segera membuka sebab mengapa dia pulang ke kampung. Kalsom mengangguk akur.
Marisa segera menyalami tangan Dato' Ahmad penuh hormat sebelum diberi laluan kepada lelaki separuh baya itu untuk masuk.
"Kak Limah tak datang sekali ke?" Soal Kalsom, lelaki itu hanya sekadar menggeleng.
"Abang nak tanya Som pasal Arfan—" segera Marisa memandang ke arah ibu serta bapa mertuanya sejurus nama Arfan naik.
"Isu tentang—"
"Mar.. Sediakan air." Potong Kalsom yang membuatkan Marisa segera mengangguk akur. Langkah diatur menghala dapur. Baru sahaja dia ingin mendengar isu yang ingin diperkatakan Dato' Ahmad berkaitan suaminya.
Marisa menggeleng.
Dia tidak patut ambil tahu, laju tangannya mengambil jag bersama kordial lalu dibancuhkan air buat bapa mertuanya.
"Betul ke Arfan dah bernikah?" Soal Dato' Ahmad serius, Kalsom diam lama sebelum mengangguk. Segera Dato' Ahmad memukul meja di hadapannya kuat. Wajah isterinya dipandang tajam.
"Kenapa awak tak cakap dengan abang? Siapa izinkan Arfan bernikah tanpa abang?" Suara suaminya mulai meninggi. Nampaknya kata-kata Arfan benar belaka.
Kalsom mengeluh.
"Sekali-sekala abang kena benarkan Arfan buat keputusan sendiri? Som tak nampak salahnya kalau Arfan nak beristeri dengan pilihan hati dia? Kalau nanti kita kahwinkan dia dengan Qayra.. Kita tak boleh yakin anak kita bahag—"
"Bahagia atau tidak bukan di tangan awak Som! Abang yakin anak kita boleh bahagia dengan Qayra. Qayra tu bakal isteri yang sempurna! Abang tak peduli, pernikahan antara Arfan dan Qayra harus tetap dijalankan!" Dato' Ahmad sudah berkeras. Dia ingin bermenantukan Qayra.
"Abang.. Boleh tak sekali je abang biarkan anak kita bahagia, bebas membuat keputusan? Som yakin, tanpa Qayra, Arfan boleh bahagia. Som yakin Marisa boleh bahagiakan anak kita," segera Dato' Ahmad mengalihkan pandangan ke arah isterinya sejurus nama Marisa naik.
"Marisa? Awak cakap Marisa?"
"Iya. Marisa isteri kepada anak kita, abang." Dato' Ahmad menarik nafas dalam, hatinya semakin panas mendengar berita baru ini.
Rupanya anak saudaranya sendiri yang menjadi menantunya.
"Arfan—"
"Pakcik, jemput minum." Muncul Marisa dengan dulang berisi jag dan gelas di atasnya. Saat anak mata mereka bertemu satu sama lain, Dato' Ahmad menatapnya tajam.
"Abang.."
Dato' Ahmad segera mengangkat badan. Tidak langsung dijamah air yang baru diberikan oleh Marisa, menantunya. Hatinya sekarang ini sedang meluap-luap menahan api kemarahan.
"Abang tak kira.. Arfan tetap akan bernikah dengan pilihan abang." Putus Dato' Ahmad. Kakinya melangkah pergi tanpa menghiraukan isterinya dan menantunya.
Tersentak Marisa mendengar kata-kata bapa mertuanya. Apa maksud lelaki itu?
"Abang.." Kalsom tidak sempat mengejar langkah suaminya, lelaki itu terlebih dahulu pergi. Kalsom mengeluh.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...