SUDAH dua minggu berlalu, hubungan Arfan dan isterinya mulai membaik. Walaupun masing-masing belum membuat keputusan hendak membincangkan hubungan mereka lebih lanjut namun Arfan sudah cukup bahagia dengan apa yang dia miliki sekarang. Cukuplah Marisa melayannya baik sudah membahagiakan hatinya.
Disebabkan Arfan tidak mahu berpisah dengan Adrian, dia suruh sahaja Marisa membawa anak lelaki mereka ke tempat kerja lalu diupahnya pengasuh untuk menjaga Adrian semasa mereka berdua sedang berkerja. Adrian dibiarkan sahaja duduk di dalam pejabat Arfan.
Sekali-sekala senyumnya melebar melihat anaknya yang sedang diagah oleh pengasuh yang diupahnya.
Adrian yang sudah mulai pandai merangkak segera ditahan oleh pengasuhnya sejurus kanak-kanak itu hendak menuju ke arah papanya. Sejak bersama dengan Arfan, Adrian bagaikan tidak mahu beregang dengan papanya.
"Hana.. beri Adrian pada saya," ujar Arfan, kaca mata yang dipakai segera ditanggalkan lalu Adrian yang dihulurkan pengasuhnya segera disambut baik.
Dikucup-kucup berulang kali pipi montel Adrian, hanya Tuhan sahaja tahu betapa sayangnya dia pada Adrian.
"Anak papa rindu papa ya,"
"Papa juga rindu Adrian," sempat Adrian diagah ke udara membuatkan anaknya tersenyum sehingga menampakkan gusi yang mulai hendak tumbuh gigi. Suka sekali dilayan sebegitu oleh papanya.
"Sekejap kita call mama,"
Gagang telefon diangkat lalu nombor yang menghubungkan panggilannya ke meja isterinya ditekan. Tidak sampai sesaat, Marisa sudah mengangkat panggilannya.
"Kenapa abang dukung Adrian?" Soal Marisa sambil matanya tepat memandang ke arah Arfan yang sedang tersenyum ke arahnya. Arfan segera menahan gagang telefon menggunakan bahunya lalu tangan Adrian disuruh melambai ke arah Marisa.
"Hello mama,"
"Adrian cakap hello mama," ucapnya, Adrian hanya tersenyum suka. Seronok bila papanya mengangkat telapak tangannya. Marisa tertawa melihat telatah suami dan anaknya.
"Adrian suruh abang call sayang supaya dia boleh cakap hello mama," seloroh Arfan yang membuatkan Marisa semakin terhibur. Ada sahaja idea nakal lelaki itu, Arfan segera memberikan Adrian kepada Hana.
Gagang telefon kembali dipegang.
"Selain dari Adrian nak cakap hello mama.. abang pun nak cakap something." Marisa yakin pasti Arfan memiliki idea nakal lain memandangkan dari riak wajah lelaki itu yang sudah jelas kelihatan.
"Apa?"
"Abang nak cakap..."
"Hmm?"
"Nak cakap.." sengaja dijedakan ayatnya memandangkan dia hendak melihat wajah cemberut Marisa. Dia rasa hidupnya tidak lengkap jikalau tidak mengusik Marisa sekali dalam sehari.
"Nak cakap apa encik Arfan Daniel.." soal Marisa geram. Arfan semakin melebarkan senyumannya tatkala wajah yang ingin dia lihat sudah terlakar di wajah Marisa.
"Taknak encik... panggillah abang lagi romantik dari tu," perangai mengada Arfan sudah keluar. Kalau orang melihat dia sekarang ini, pasti orang sudah mengatakan dia bertingkah seperti sotong. Hana yang melihat bosnya bertingkah manja dengan isterinya membuatkan Hana tersenyum. Keluarga kanak-kanak lelaki yang dijaga ini memiliki keluarga yang bahagia.
Beruntung Adrian. Bisik hati kecilnya.
"Nak romantik?" Soal Marisa lembut, sengaja hendak mengusik suaminya kembali.
"Yup. Romantik sampai abang terkena kencing manis," balas Arfan, jiwanya sudah meronta-ronta saat mendengar nada lembut Marisa. Boleh terkena serangan jantung dia jika Marisa bersikap begini dengan dia setiap hari.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...