DUA TAHUN BERLALU,
Harini Marisa genap berusia 17 tahun, tahun di mana dia harus lebih fokus dengan pelajarannya memandangkan tidak lama lagi dia bakal menduduki peperiksaan besar iaitu SPM.
"Mak ngah..." seru Marisa sambil perutnya digosok perlahan, bau lauk masakan mak ngahnya kuat dari luar. Terasa tak sabar hendak menikmatinya memandangkan perutnya menjerit-jerit meminta diisi.
Namun hampa setelah berulang kali diseru, mak ngahnya masih tidak muncul jua.
Marisa menapak mendekati periuk yang berada di atas dapur, baru sahaja tangannya hendak membuka penutup periuk, satu tangan memeluknya dari belakang.
Marisa meneguk air liur kesat, dia kenal bau ini. Siapa lagi kalau bukan Arfan? Lelaki itu pulang hari ini ke? Soalnya sendiri.
Selepas sahaja Arfan habis menduduki peperiksaan setahun lepas, lelaki itu terus sahaja menyambung pelajaran di Kuala Lumpur. Arfan jarang pulang ke rumah kerana sibuk belajar membuatkan Marisa berasa senang memandangkan dia tak perlu rasa dikongkong oleh lelaki itu.
Tetapi seperti sekarang Arfan akan muncul bila-bila masa sahaja yang dia mahu dan setiap kali itu, Marisa berasa takut.
"Hai sayang.." Marisa mengeluh kecil mendengar panggilan Arfan kepada dirinya. Entah sejak bila, Arfan mulai memanggilnya dengan panggilan sayang atau Honey.
"Abang Arfan.. bila balik? Kenapa Mar tak tahu," nadanya kedengaran janggal. Tubuh Arfan cuba ditolak menjauh darinya. Dia sebenarnya tidak selesa dengan apa yang Arfan lakukan pada dirinya.
Arfan tersenyum sinis sebelum lagi mengetatkan pelukan di pinggang ramping Marisa. Hidungnya menghidu perlahan leher jinjang Marisa.
Sungguh rindunya pada Marisa tiada siapa yang tahu, angkara sambung belajar dia terpaksa menjauhi dari Marisa meskipun tidak rela.
Masakan rela? Hari-hari dia merindui diri Marisa setengah mati.
"Abang saja buat suprise dekat Honey. Sayang baru balik sekolah ke? Wanginya sayang abang ni," hidungnya menjalar di atas bahu Marisa yang ditutupi baju sekolah. Marisa laju mengganguk, dalam hati dia tidak sabar hendak melarikan diri.
Menyesal datang dapur terus tadi! Desis hati kecilnya.
"Abang Arfan, Mar nak minta izin masuk bilik. Mar penat, nak rehat," ujarnya perlahan, Arfan segera memusingkan badan Marisa mengadap dirinya.
Pipi Marisa dielus perlahan.
Senyuman segera dicarik.
"Boleh tak kalau abang nak tidur dengan sayang sekali? Abang penat juga, Honey." Ujar Arfan selamba yang membuatkan Marisa tersentak, segera gadis itu sedikit menjauh membuatkan Arfan tertawa sendiri.
Hidung Marisa dicuit perlahan.
"Abang gurau je Honey sayang.. pergilah rehat dulu, nanti kalau dah petang sikit. Abang kejut sayang okey," pipi Marisa dielus lembut, Marisa mengangguk laju lalu segera membawa diri.
Jantung yang berdegup kencang tadi dipegang.
Kenapa Arfan bergurau sebegitu dengan dirinya?
Arfan memeluk tubuh, bayangan Marisa yang semakin hilang dipandang tidak henti.
Aih rindunya dengan kekasih hati tu! Jeritnya perlahan di dalam hati.
Senyumannya tidak berhenti menghiasi wajah kacaknya.
KALSOM mencedokkan lauk ke dalam pinggan anak lelakinya.
"Sejak bila Arfan pandai sorok rahsia dari ibu ni? Balik tak cakap dengan ibu pun," bebel Kalsom, wajah selamba anaknya dipandang geram. Sebaik sayang kalau tidak, sudah dibebelnya sampai esok.
"Arfan nak buat suprise dekat ibu.. dengan Marisa. Salah ke, ibu?" Tenang sahaja nadanya membalas. Kalsom menggeleng perlahan sebelum pandangannya dibuang ke arah Marisa yang hanya diam merenung nasi di dalam pinggannya.
"Mar kenapa diam je? Tak selera ke dengan lauk mak ngah, sayang?" Tegur Kalsom membuatkan Marisa segera mengangkat pandangannya dan menggeleng laju.
"Mar masih kenyang mak ngah, takpe Mar boleh habiskan nasi ni," balasnya perlahan. Arfan tersenyum sinis sebelum bibirnya merapati telinga Marisa.
"Makan sayang.. abang tahu sayang kenyang tapi makan. Abang taknak sayang sakit," ujarnya perlahan tapi tegas. Marisa tahu Arfan sedang memberinya arahan.
Marisa mengangguk akur.
Nasi disumbat paksa ke dalam mulut meskipun tekaknya terasa pahit. Hilang seleranya dengan kehadiran Arfan di rumahnya.
Dia pasti dua tiga hari ini hidupnya akan kembali dikongkong.
Marisa tabahlah!
"JOM sayang.. abang hantar pergi sekolah," beg sekolah Marisa diambil dan diletakkan ke dalam kereta Myvi miliknya.
"Abang Arfan err Mar boleh pergi dengan kawan Mar," senyuman di wajah Arfan segera mati. Wajahnya berubah ketat.
"Siapa?" Soalnya senada.
"Syafiq, dia..." katanya segera dipotong oleh Arfan.
"Fuck! Aku takde dekat sini, kau dah pandai menggatal. Pergi ke sekolah jantan bawa eh?" Tingkap kereta dipukul kuat. Tersentak Marisa dibuatnya.
"Mar..."
"Mar apa! Eh dengar sini, kau tu aku punya! Aku takde dekat sini bukan bermaksud mana-mana jantan boleh usung kau hulur ke hilir! Aku ni dah cukup baik izinkan kau habis sekolah kalau tidak aku suruh ibu aku kurung kau dekat rumah tau! Siapa Syafiq tu!" Tengking Arfan kuat. Bahu Marisa digenggam kuat.
Marisa menahan sebak. Air matanya ditahan dari mengalir.
"Kawan.. kawan Mar abang Arfan," bohongnya meskipun dia dengan Syafiq mempunyai ikatan yang lebih dari seorang sahabat. Syafiq, lelaki pertama yang memiliki sekeping hati Marisa.
Dia takut hendak memberitahu siapa Syafiq sebenarnya kepada Arfan.
"Aku taknak dengar nama lelaki tu lagi dan aku taknak kau ada hubungan apa-apa pun dengan lelaki tu. Faham tak, sayang?" Pegangan di tangan Marisa dilepaskan, wajahnya mulai berubah lembut.
Pipi Marisa dielus.
"Iya abang.." Marisa tidak berani hendak memandang anak mata Arfan. Dia takut.
"Good girl. Sekarang masuk kereta abang. Abang hantar Honey okey.." tubuh Marisa ditolak masuk ke dalam tempat duduk di hadapan, gadis itu cuma mengikut sahaja apa yang disuruh Arfan.
SYAFIQ mengejar langkah Marisa. Geram betul dia pagi tadi masa datang nak jemput Marisa seperti biasa, gadis itu dikata sudah bergerak ke sekolah.
"Hani... kejap," tangan Marisa ditarik.
"Syafiq.." seru Marisa perlahan.
"Awak ikut saya sekejap, ada benda nak tanya." Marisa hanya mengalah, dibiarkan Syafiq menarik tangannya sehingga ke tangga sekolah yang jarang dilalui oleh orang.
"Syafiq pasal pagi tadi Hani minta maaf, abang sepupu Hani nak hantarkan, Hani.." Syafiq tersenyum sambil mengangguk.
"Takpe Syafiq faham, Syafiq cuma risau. Selalunya Hani ada tunggu Syafiq.. ni takde, Syafiq tanya mak ngah Hani, dia kata Hani dah gerak." Marisa hanya diam tidak membalas.
"Hani okey ke ni? Syafiq ada buat salah ke?" Laju Marisa menggeleng.
"Bukan cuma Hani rasa tak sedap badan sikit Syafiq.. err Hani minta diri dulu Syafiq, nanti rehat Hani cari Syafiq." Sejurus lelaki itu mengangguk, Marisa segera melangkah pergi.
Syafiq hanya membiarkan Marisa pergi sebelum dia memasuki kelasnya.
****
bersambung
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...