MARISA menatap jam tangan yang berada di pergelangan tangannya. Jam sudah melepasi pukul 10 pagi namun kelibat Arfan masih belum muncul. Kalsom meminta Marisa untuk duduk di salah satu bangku di khemah sementara menunggu kepulangan Arfan. Awalnya dia fikir urusan berkenaan aqiqah masih belum selesai namun kelibat Haikal sudah kelihatan tadi dan sekarang adik iparnya itu sedang sibuk membantu para-para lelaki yang sedang berkumpul di khemah memasak untuk memulaikan acara memasak.
Keluhan dilepaskan, seketika otaknya kembali teringat akan Dalia. Dia masih tidak nampak kelibat gadis muda itu sedari tadi, seketika dia berfikir jika Arfan sedang bersama Dalia tetapi tidak mungkin. Dia kenal Arfan dan selepas semua yang terjadi, dia percaya lelaki itu bukanlah jenis lelaki yang akan melayan perempuan lain selain dirinya.
Sekali-sekala matanya memandang ke arah pagar rumah agam milik keluarga Qayra, berharap dia nampak kereta milik Arfan memasuki kawasan perkarangan rumah namun hampa bayangan keretanya masih belum muncul.
Sekali-sekala Adrian yang sedang didukung dipandang. Senyuman diberikan buat si cilik membuatkan Adrian turut tersengih sehingga menampakkan barisan gusi.
"Mana papa ni Adrian? Adrian rindu papa kan?" Soalnya pada anak lelakinya yang sedang terkebil-kebil memandang dirinya.
Qayra muncul bersama Qhazif yang berada di dalam baby stroller.
"Kak.. makanlah dulu lauk yang dah siap tu. Kesian akak dari pagi tadi datang, Qay tengok tak sentuh apa-apa pun." Pelawa Qayra mesra, kerusi di sebelah Marisa diambil. Wanita itu sekadar menggeleng. Dia tidak mahu makan dahulu tanpa suaminya.
"Akak tunggu abang Arfan dulu Qayra." Qayra sekadar mengangguk faham.
"Kak Mar," seru Qayra selepas lama mendiamkan diri, pantas Marisa memandang ke arah isteri adik iparnya.
"Kenapa Qayra?"
"Qay nak minta maaf pasal apa yang berlaku setahun lepas sampai memecah belahkan keluarga akak dengan abang Arfan. Qay minta maaf atas kesalahan papa dan mama Qay, Qay minta maaf sebab buat hubungan akak dengan abang Arfan regang macam ni. Qay harap akak boleh maafkan Qay and kita boleh jadi macam adik dan kakak," ujar Qayra, jelas nadanya kedengaran serba-salah. Marisa tersenyum, segera kepalanya diggeleng.
"Akak tak pernah marahkan Qayra ataupun keluarga Qayra. Akak yang patut minta maaf sebab akak dah salah sangka pada Qayra selama ni. Qayra lupakan sahaja perkara yang lepas okey, kita teruskan sahaja kehidupan yang sekarang. Akak pun harap sangat Qayra dengan akak boleh jadi macam kakak dengan adik." Qayra segera mencarik senyuman lebar. Senang hatinya mendengar kata-kata Marisa memandangkan keadaan salah faham di antara mereka sudah dijernihkan.
Tambahan lagi, dia gembira tatkala mendengar ayat terakhir Marisa. Dia merupakan anak tunggal di dalam keluarganya, dia tidak memiliki abang, kakak mahupun adik jadi dia tidak pernah rasa memiliki perasaan memiliki adik-beradik. Dia senang jika Marisa boleh menerimanya dan menganggapnya seperti adik kepada wanita itu.
"Terima kasih akak,"
Kedua mereka saling berbalas senyuman sebelum satu suara garau yang sudah lama ditunggu oleh Marisa muncul.
"Sayang.." Marisa segera bangkit ingin mendapatkan suaminya namun Arfan pantas menghalang.
"Abang berbau sayang. Bau darah ni kuat, abang taknak sayang terkena bau ni sekali." Ujar Arfan, baju t-shirt kosong lengan pendek berwarna putih yang dipakai Arfan jelas kelihatan beberapa kesan berwarna merah.
"Mar tak kisah." Segera tubuh suaminya didapatkan, Marisa kasihan dengan keadaan Arfan saat ini. Lelaki itu terlihat seakan penat, jelas kelihatan butir-butir peluh di wajah suaminya.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...