39

14.6K 462 3
                                    

ARFAN segera mengangkat pinggan-pinggan kotor yang terletak di atas meja, tangkas tangannya meletakkan pinggan-pinggan kotor tersebut ke dalam besen berisi air sabun.

"Arfan.. Meja 10," jerit Shah, segera ibu jarinya diangkat tanda mengerti. Segera buku nota yang terletak dalam poket apron diambil lalu kakinya menuju ke meja 10 untuk mengambil order.

"Hi, nak makan ke nak bungkus?" Soalnya mendatar, buku menu di meja sebelah diambil lalu diberikan kepada dua orang gadis muda yang sedang tersenyum miang melihatnya. Arfan hanya sekadar tersenyum nipis tanda menghormati pelanggan Hassan.

Gadis tadi mulai memandang antara satu sama lain lalu tertawa gedik.

"Nak bungkus, nak bungkus awak boleh?" Ucapnya dengan nada gedik, Arfan menarik nafas dalam. Bukan sekali dua, dia jumpa pelanggan gatal macam ini. Dan setiap kali itu, dia harus melayan mereka.

Segera menu ditunjuk.

"Aku tak boleh dibungkus sebab aku bukan makanan. Ini.. Semua dalam ni boleh bungkus. Jadi, nak makan apa?" Suara Arfan sedikit tegas membuatkan dua orang gadis tadi tercengang.

Segera kedua mereka mengangkat punggung. Wajah Arfan ditatap geram.

"Kau ingat kau hensem sangat ke? Kitorang pun tak terhegeh-hegeh nak makan sini," Arfan menghela nafas, segera menu diangkat lalu tangan menunjukkan ke arah jalan raya.

"Kalau macam itu, cik dua orang dipersilakan keluar. Jangan risau, warung ni takde pintu. Cik boleh keluar begitu sahaja." Sejurus itu, Arfan bergerak ke meja lain untuk mengambil pesanan. Kedua mereka tergamam dengan jawapan Arfan.

Arfan bagai menghina hak mereka sebagai pelanggan.

Kedua mereka segera mendengus kasar dan menghentak kasut tumit tinggi mereka kuat lalu melangkah pergi.

Arfan sekadar menggeleng.

"Bang.. Nak makan ke nak bungkus?" Soalnya semula ke pelanggan yang lain, buku menu diberikan kepada lelaki muda yang sedang bersama isteri dan anak mereka.

"Sayang nak makan apa?" Soal lelaki tadi kepada isterinya, sempat tangannya naik dan mengelap air liur anaknya yang sedang meleleh. Tanpa disedari, Arfan menarik senyuman nipis. Dia pasti satu hari nanti, dia turut akan merasai ini juga bersama isterinya.

Memiliki keluarga bahagia, itu cita-cita Arfan.

"Ehem bang.."

Segera Arfan tersedar dari lamunannya, senyuman diberikan kepada lelaki itu.

"Maaf bang.. Anak abang comel sangat. Berapa tahun tu?" Soal Arfan, lelaki di hadapannya ini sekadar menggeleng lalu senyuman Arfan dibalas.

"Teringat anak dekat rumah ke, bang? Anak saya ni baru lima bulan," laju Arfan menggeleng.

"Tak, tak. Saya masih menunggu rezeki," lelaki itu mengangguk faham. Segera Arfan berdehem kecil.

"Tadi nak order apa, bang?" Pen sudah bersedia hendak mencatit di buku nota.

"Saya nak nasi kosong dua, tomyam satu. Telur bistik dan udang masak pedas. Kalau untuk air.. Kopi o ais satu dengan teh ais, dua gelas air kosong." Arfan mencatit laju.

"Itu je bang?"

"Tu je,"

Seusai itu, Arfan segera meminta diri bersama buku menu yang diberikannya tadi. Sempat dia berkalih sekilas memandang semula keluarga kecil tadi, bagaimana lelaki itu melayan anak dan isterinya dengan penuh kasih-sayang.

"Shah.. Order meja 12," segera nota yang dicatit tadi diberikan kepada Shah.

"Teringin nak anak ke, Arfan?" Usik Shah, tangannya masih fokus mengacau nasi goreng yang sedang dimasaknya. Arfan tertawa perlahan, wajah Shah dipandang sekilas. Kain yang tersangkut di lehernya dibuat untuk mengelap sisa peluh.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now