HAIKAL menarik tangan Qayra lalu dipaksa gadis itu menghentikan langkahnya, saat wajah mereka bertemu, segera hati Haikal dipalu rasa bersalah saat wajah Qayra sudah dibasahi dengan air mata.
"Sayang.."
"Apa abang nak? I nak balik," tegas gadis itu sambil menghapus air matanya. Beg Gucci yang hampir jatuh disangkutkan kembali ke bahu.
Wajah Haikal langsung tidak dipandang.
Sakit hatinya melihat sikap Haikal sebentar tadi.
"Abang nak berbincang dengan Qayra.. Abang minta maaf. Abang tadi.." katanya terhenti, lidahnya kelu hendak membalas.
Qayra segera memandang tepat wajah buntu Haikal.
"Abang tadi apa? Abang tak sayangkan I kan.. Kalau abang sayangkan I kenapa abang tak bagi apa-apa reaksi bila Hanif cakap macamtu? Kenapa? Abang rela tengok I kahwin dengan Arfan atau berkahwin dengan lelaki lain ke!" Dada bidang Haikal ditumbuk kuat bagi melepaskan rasa sedihnya.
Haikal pantas menggeleng.
"Abang sayangkan Qayra.. Abang.." tangan Qayra diambil lalu digenggam erat sebelum air mata gadis itu dihapus lembut menggunakan ibu jarinya.
"Abang tak rela lepaskan Qayra pada sesiapa pun termasuk Arfan sendiri. Sayang maafkan abang.. Abang sayangkan sayang." Pujuk Haikal sebelum ditarik tubuh genit Qayra ke dalam pelukan, lama Qayra menahan tangisnya sebelum dia kalah dalam pelukan Haikal.
Segera pelukan lelaki itu dibalas, teresak-esak di dalam pelukan Haikal.
"I ingat you tak sayang I, I ingat abang mengalah dengan hubungan kita. I sayangkan abang sangat-sangat, I tak rela berkahwin dengan orang lain selain abang. Abang kena pertahankan I tak kira apa pun berlaku," Haikal terdiam tidak membalas.
Pertahankan? Dia mahu pertahankan tetapi dia kenal perangai papanya.
Perjuangannya akan menjadi sia-sia sahaja.
"Abang dengar tak I cakap apa!" Suara Qayra sedikit meninggi di saat Haikal hanya diam tidak membalas, Haikal segera mengangguk. Rambut lurus Qayra dielus lembut.
"Abang dengar sayang.. Sudah, sayang jangan merajuk lagi, abang belanja sayang makan yogurt kesukaan sayang nak?" Pelukan dilepaskan, wajah Qayra yang kemerahan dek kerana menangis dipandang. Gadis itu laju mengangguk, senyuman lebar terlakar di wajah gadis itu.
"Nak! Sebab salah abang besar tadi.. Qayra pau abang saiz besar punya," perut Haikal dicubit manja, lelaki itu segera tertawa perlahan sebelum mengaku salah.
"Baik tuan puteri Qayra, nak ambil saiz berapa pun.. Ambillah, tuan hamba rela membayarnya asalkan tuan puteri Qayra janji dah tak merajuk dan maafkan tuan hamba," Qayra memandang lama wajah Haikal sebelum lengan lelaki itu dipeluk, beg tangan Guccinya diberikan kepada lelaki itu.
"I maafkan you kalau you bagi I makanan tu dulu," Haikal laju mengangguk.
"Baik, jom tuan puteri. Lagi cepat lagi bagus," segera Haikal memimpin Qayra menuju ke keretanya, sempat pipi gadis itu dicubit manja. Qayra segera melentokkan kepalanya ke lengan Haikal.
Meskipun dia mudah terasa hati dengan Haikal tetapi lelaki itu juga mudah memujuk hatinya. Kerana itulah, Qayra sayangkan Haikal. Baginya tidak lelaki mampu menjadi seperti Haikal.
ARFAN segera membuka topi keledarnya yang dipasangkan ke kepala isterinya lalu rambut Marisa yang sedikit berantakan dibetulkan.
Dek kerana Marisa hendak mengikutnya ke warung hari ini membuatkan Arfan meminta pinjam pada Adam beberapa hari motor lelaki itu.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...