70

10.3K 384 19
                                    

QAYRA segera memasuki bilik tidur selepas sahaja pulang dari hospital tanpa sebarang kata-kata yang terlahir di bibir mungil miliknya. Dato' Qamal runsing melihat sikap anaknya yang berubah menjadi pendiam sejak dimasukkan ke dalam hospital.

Dia sedar anaknya sedang kecewa dengan dirinya tetapi dia juga yakin segala aturannya ini boleh membahagiakan anaknya.

Datin Rose segera merapati suaminya.

"Abang.." seru sang isteri perlahan, segera lelaki itu memandang wajah manis milik datin Rose.

"Abang yakin ke dengan semua ni? Abang yakin anak kita boleh bahagia berkahwin dengan suami orang? Rose rasa.. tak sedap hati dengan semua ni. Rose juga.. tak sampai hati dengan isteri Arfan, tiada satu isteri pun rela dimadukan abang. Rose.." Dato' Qamal mengeluh perlahan, tangan mulus sang isteri diambil lembut.

"Abang tahu keputusan abang ni buatkan Qayra kecewa dengan abang tapi abang buat semua ni demi Qayra.. kalau esok, kita berdua dah tiada. Arfan pasti boleh jaga Qayra, lindungi Qayra. Tentang isteri Arfan tu... abang boleh minta Ahmad pujuk Arfan untuk ceraikan.." pantas datin Rose menarik tangannya, wajah sang suami dipandang terkejut.

"Abang... ini bukan apa yang Rose maksudkan? Abang sedar tak.. ini tentang rumahtangga sesebuah keluarga. Apa hak kita ada untuk hancurkan? Rose tak setuju!" Kini nada suara datin Rose sedikit meninggi. Kata-kata suaminya sebentar tadi kedengaran agak melampau, sampai begitu sekali pemikiran suaminya?

"Abang..."

"No! Rose tak setuju. Abang tak buat semua ni sebab kebaikan Qayra kan? Abang buat semua ni sebab abang fikirkan maruah abang. Abang malu kalau kita tundakan perkahwinan ni sebab nanti orang akan canang cerita pasal keluarga kita kan? Abang sebenarnya lebih fikirkan apa orang cakap berbanding perasaan anak kita. Rose.. Rose tak sangka abang pentingkan diri macam ni sekali. Rose kecewa dengan abang!" Tanpa menunggu balasan sang suami, kakinya segera diatur pergi.

Dato' Qamal terkedu.

Kata-kata sang isteri sedikit menyentapkan hati tuanya.

Bibirnya kelu hendak membalas memandang setiap bait perkataan sang isteri benar belaka. Egonya terlalu tinggi untuk dicalarkan, andai sahaja dia tahu dari awal Arfan sudah beristeri, tidak mungkin dia setuju hendak mengahwinkan mereka berdua.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur, dia tidak mungkin memutuskan perkahwinan ini. Dia tidak rela orang mengata berkaitan keluarganya. Reputasi syarikatnya boleh hancur.

Dahi diurut perlahan. Stress!

QAYRA segera melipat semua pakaian yang diperlukan ke dalam beg yang akan dibawanya ketika melarikan bersama Haikal nanti. Tidak lupa juga beberapa barang keperluan seperti kosmetik dan wangian.

Bibirnya melakar senyuman bahagia.

Dua hari lagi merupakan hari kebebasannya dari cengkaman keluarga serta perkahwinan yang tidak direlakan memandangkan hujung minggu ni merupakan hari pernikahannya berlangsung.

Secara tiba-tiba papanya mengatakan perkahwinannya disegerakan seminggu awal membuatkan dia semakin takut. Takut andai pelan melarikan dirinya bersama Haikal bakal gagal.

Dia tidak rela berkahwin dengan lelaki yang sudah dianggap seperti abang sendiri.

Beg yang sudah disiapkan disorokkan ke bawah katil lalu ditutup dengan cadar katil bagi memastikan tiada sesiapa sedar kewujudan beg tersebut.

Selesai sahaja, badannya segera dibaringkan ke atas katil bahagia. Qayra berasa senang hati, tidak lama lagi dia akan bebas dari semuanya. Bebas dari kongkongan, bebas dari papanya, bebas dari keluarga, bebas selamanya.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now