81

10.4K 398 12
                                    

SEKALI-SEKALA matanya melirik ke arah jam tangan berwarna rose gold yang terletak cantik di pergelangan tangannya, meskipun begitu, wanita berambut ikal mayang itu masih fokus melakukan kerjanya walaupun dia sedar, dia sudah lewat untuk pulang. Jam sudah hampir menghampiri waktu pukul 8 malam, waktu untuk menjemput anak lelakinya bakal tiba.

Fail-fail diperiksa sekali lagi buat kali terakhir, risau ada perkara-perkara yang dia terlepas pandang. Dia tidak mahu menyusahkan bosnya di kemudian waktu.

Saat sudah yakin bahawa kerjanya sudah lengkap, segera kakinya dibawa menuju ke daun pintu pejabat bosnya. Pantas  jemari kurus dan panjang miliknya mengetuk pintu, selepas sahaja suara garau dari arah dalam bilik membenarkannya masuk, segera Marisa melangkah masuk. Kasut tumitnya rancak berdetak di setiap saat dia memijak lantai marmar tersebut.

Segera badannya ditunduk menghormat sebelum fail di tangan diletakkan di hadapan lelaki muda yang sedang tersenyum memandangnya.

"Ini fail berkenaan projek pangsapuri di area Cheras tu tuan Gabriel," lembut sahaja nadanya memasuki gegendang lelaki bernama Gabriel tersebut. Gabriel pantas berdehem kecil.

"Berapa kali perlu I ulang Marisa? No need tuan bagai bila you dengan I je tinggal. Lagipun, I lagi suka kalau you panggil I Gabriel je. Sound sexy," ujarnya dengan nada mengoda, Marisa sekadar tersenyum pendek. Sudah terbiasa dengan perangai kuat mengatal milik Gabriel.

"Tapi saya tak selesa tuan Gabriel. Tuan Gabriel ni bos saya, saya ni cuma kuli tuan Gabriel. Lagipun, apa pula orang cakap kalau tahu saya cuma menggelar tuan mengunakan nama sahaja." Tolak Marisa. Gabriel tersenyum, sudah acap kali dia ditolak Marisa. Sejak wanita itu berkerja dengan dirinya tiga bulan lalu, tidak pernah sekalipun, Marisa melayannya mesra. Wanita itu terlalu sukar hendak ditawan.

Membuatkan Gabriel semakin inginkan Marisa memandangkan Marisa, wanita pertama menolak dirinya.

Gabriel Furqan, seseorang yang memiliki wajah yang tampan. Berkulit berwarna tan membuatkan lagi personaliti Gabriel terlihat lebih tampan, bibirnya yang merah jambu jelas menunjukkan dia bukan seorang perokok. Beralis tebal menambahkan ketampanan di wajahnya.

Sudah pasti dengan ketampanan yang dia miliki, dia boleh mendapatkan mana-mana perempuan sahaja tetapi bukan Marisa. Wanita itu terlalu dingin dengan dirinya, bagaikan kutub ais. Ais yang mengelingi Marisa terlalu tebal sehingga Gabriel susah hendak memecahkan tembok antara mereka.

Marisa terlalu jual mahal dan itu membuatkan Gabriel semakin bersemangat hendak memiliki wanita itu.

"Uhmmm.." Gabriel mengurut bibirnya perlahan sebelum dua keping tiket berwarna emas dikeluarkan dari laci mejanya, Marisa segera memberikan pandangan tidak mengerti.

"How about dinner dekat Ethan's Cloud? You tahukan susah nak dapat tiket dekat restaurant tu? Nak-nak lagi golden ticket," pelawa Gabriel, Marisa segera menarik senyuman pendek sebelum menggeleng.

"Bukan niat saya nak menolak tapi saya banyak kerja tuan Gabriel. Saya perlu sediakan jadual tuan untuk minggu depan juga jadi saya tak rasa saya ada waktu untuk dinner. Lagipun, tuan Gabriel boleh ajak cik Jasmine. Dia kan tunang tuan," tolak Marisa tenang. Tuan Gabriel mengeluh, tiket emas digenggamnya segera dikerenyok geram sebelum dicampak masuk ke dalam tong sampah di sisi mejanya.

Sakit hati dengan penolakan Marisa.

Sia-sia dia mengeluarkan hampir RM 20k demi dua keping tiket emas yang akhirnya tidak digunakan. Marisa sekadar memperhatikan tanpa menghalang memandangkan bukan wangnya yang digunakan untuk membeli tiket tersebut.

"Fuck.." carutnya geram, jelas kelihat urat-urat tegang di dahinya.

"Kalau macam itu, saya minta izin untuk pulang." Melihat Gabriel seakan tidak berminat hendak bersuara, Marisa segera menunduk tanda hormat lalu berlalu pergi.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now