Warning: contain hot scene 🔞
DATO' AHMAD segera bangkit sejurus mendengar berita yang disampaikan oleh orang upahannya, surat khabar di tangan dilemparkan jauh bagi melepaskan marah. Segera lelaki bertopi hitam itu menunduk.
"Kau pasti perempuan sedang kandungkan cucu aku?" Pantas lelaki bertopi hitam itu mengangguk.
"Saya pasti bos, saya memang dah dapatkan maklumat dari klinik itu sendiri, saya siap dapatkan ini.." satu fail berisi berwarna coklat cair diletakkan ke atas meja, Dato' Ahmad segera mengambil dan membacanya. Perlahan-lahan giginya diketap kuat.
Fail tersebut dicampak menjauh.
"Aku nak kau teruskan intip diorang.. Aku nak kalau ada apa-apa berita baru, sampaikan pada aku." Tegas lelaki separuh baya itu, lelaki bertopi hitam itu segera bangkit lalu menunduk patuh.
"Baik bos,"
"Kau boleh beredar,"
Sejurus hilang orang upahannya, Dato' Ahmad segera menghempaskan punggung di atas kerusi empuk miliknya. Pelipisnya diurut, kepalanya sakit memikirkan berita yang baru dia dengar. Dia tidak rela menerima cucu dari menantu yang dia tidak ingini.
Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah.
"Aku kena pastikan perempuan dan anak dia berambus dari kehidupan anak aku," bisiknya penuh kejam, langsung tiada perasaan belas kasihan terhadap nasib menantu meskipun cucunya.
Dia harus segera mencari akal. Dia harus memastian Arfan menikahi Qayra agar impiannya mengembangkan empayarnya tercapai.
SYAFIQ yang sedang termenung segera tersentak sejurus bahunya dipegang oleh seseorang.
"Ceh.. Termenung jauh nampak. Fikirkan siapa? Kekasih hati ke," usik seorang lelaki berkaca mata petak, segera kerusi milik orang di sebelah Syafiq diambil lalu punggungnya dihempaskan ke situ tanpa meminta izin terlebih dahulu.
Syafiq segera menggeleng. Wajah Irfan dipandang sebelum keluhan dilepaskan.
"Kau rasakan besar tak peluang nak miliki cinta seorang wanita yang dah bersuami," soalan Syafiq secara mengejut membuatkan Irfan segera membesarkan mata. Soalan gila apakah yang sedang cuba ditanya oleh sahabatnya ini?
Segera bahu Syafiq dipegang.
"Kau gila ke Fiq? Dosa besar cintakan isteri orang.. Kau ni, banyak-banyak perempuan.. Isteri orang kau nak," kaca matanya ditolakkan ke batang hidung. Sejujurnya dia masih tidak percaya dengan soalan tidak berasas dari Syafiq.
Syafiq segera duduk tegak.
"Aku bukan saja-saja nak suka bini orang Irfan. Cuma.. Dia ni dulu bekas kekasih aku. Aku menyesal putuskan dia sebab ego aku je, sekarang dia dah kahwin.. Berkahwin dengan musuh aku, aku nakkan dia balik." Luah Syafiq dengan sayu, Irfan pantas menggeleng.
Bahu Syafiq dipaut.
"Macam ni Fiq.. Aku tahu kau masih sayangkan dia, tak boleh nak lupakan dia tapi kau cuba juga sebab dia dah jadi milik orang.. Milik suami dia. Dia sekarang dah jadi masa lalu kau, korang dah tiada apa-apa hubungan. Nak taknak kau terima fakta ni Fiq.. Kau jangan buat gila cuba nak culik bini orang pula sudah," sempat Irfan berseloroh, Syafiq mengeluh dengar nasihat sahabatnya.
"Janji dengan aku.. Jangan buat kerja gila, cuba teruskan kehidupan. Banyak lagi perempuan cantik-cantik luar sana," tambah Irfan lagi, nadanya berubah serius. Dia tidak mahu sahabatnya membuat kerja gila.
Syafiq segera mengukir senyuman nipis, dia tidak boleh berjanji sekarang ini memandangkan dia masih tidak rela hendak melupakan Marisa.
"Hmm teman aku makan Irfan," segera Irfan mengangguk akur, tubuhnya bangkit dari kerusi lalu tangannya dihulurkan kehadapan Syafiq. Segera lelaki itu menyambut baik lalu punggungnya diangkat.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...