21

19.8K 574 21
                                    

MARISA merenung cermin besar yang sedang memantulkan dirinya yang sudah lengkap berpakaian baju kurung berwarna putih. Dia tidak tahu hendak bereaksi apa, perasaannya terasa kosong.

Hari yang paling tidak dimahukannya akhirnya tiba. Hari di mana dia akan menjadi isteri kepada Arfan Daniel, lelaki yang paling dia benci.

Terasa bahunya disentuh, saat pandangan dikalih. Satu senyuman diberikan kepadanya, Marisa membalas dengan mengukirkan senyuman kelat.

"Apa pengantin baru ni termenung ni.. tak baik tau, mari sini Sakina betulkan makeup akak balik," berus kosmetik diambil lalu diletakkan ke bedak muka sebelum disapu rata ke wajah bersih Marisa.

Marisa hanya sekadar membiarkan.

"Akak beruntung sangat dapat abang Arfan sebagai suami.. dulu, masa Kina baru masuk sekolah menengah. Abang Arfan tu paling terkenal tau kak di kalangan budak-budak perempuan. Siapa je taknak? Hensem macam tu," gadis bernama Sakina itu membuka bicara, Marisa hanya tersenyum tawar.

Kalau dia boleh minta tukar posisi, dia tidak ingin menjadi isteri lelaki itu.

"Kalau Kina cakap akak jangan marah tau," suaranya sedikit berbisik, segera Marisa memandang ke arah gadis itu sedikit aneh.

"Kenapa Kina?" Sakina merapatkan bibirnya ke telinga Marisa sebelum dibisikkan sesuatu.

"Kina pun pernah crush dekat abang Arfan tau," ucapnya malu-malu, Marisa tertawa perlahan. Terhibur dengan sikap Sakina.

"Tapi itu dulu je kak Marisa.. sekarang Kina dah anggap abang Arfan tu macam abang sendiri je. Akak.. akak taknak bagitahu ke macam mana akak boleh terpikat dengan abang Arfan? Beruntung abang Arfan dapat isteri secantik kak Marisa," perlahan memudar senyuman Marisa, dia tidak tahu ingin membalas apa.

Cinta? Tidak ada secebis rasa cinta pun Marisa terhadap Arfan. Sayang? Tidak mungkin. Yang ada cuma rasa benci, benci dengan sifat suka mengawal Arfan.

"Akak.." seru Sakina selepas lama Marisa termenung.

Segera Marisa berdehem kecil.

"Akak tak tahu macam mana boleh jatuh sayang. Macam tu je kot Kina. Kina dah sudah ke betulkan makeup? Akak nak ke bilik air sekejap," segera Marisa menukar topik, Sakina terangguk-angguk kecil. Dibiarkan Marisa pergi.

Tidak mahu menyibuk lebih, Sakina segera mengemas peralatan kosmetiknya. Tugasnya hari ini adalah sebagai mak andam kepada Marisa memandangkan dia sangat pakar dalam hal berkaitan makeup. Kalsom yang mengupahnya.

MARISA menarik nafas dalam, debar yang semakin rancak cuba ditahan. Dia takut, dia tidak rela akan perkahwinan ini. Jari-jemarinya sudah terasa membeku.

"Tarik nafas.. hembus," ucapnya sendiri tanpa henti.

Macam mana kalau Arfan akan menyakitinya lebih teruk selepas ini? Macam mana kalau Arfan akan menyeksa hidupnya selepas ini?

Pelbagai sangkaan buruk bermain di minda Marisa.

Saat ketukan di daun pintu kedengaran, Marisa segera mengigit bibirnya kuat. Bisakah dia membatalkan perkahwinan ini sekarang? Tetapi bagaimana dengan maruah mak ngahnya?

"Mar.. majlis dah nak mula. Tok kadi pun dah sampai ni, mak ngah buka pintu ni." Suara Kalsom kedengaran di balik pintu sebelum wajahnya terpacul saat daun pintu dibuka.

"Cantiknya menantu ibu," pipi Marisa dielus sejurus wanita itu didapatkan. Marisa cuma tersenyum tawar, bibirnya seakan terkunci untuk mengatakan dia tidak mahu perkahwinan ini diteruskan.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now