TIBA sahaja di pejabat, Arfan dikejutkan dengan kehadiran Dato' Ahmad. Wajah lelaki tua kelihatan ketat, Arfan menghela nafas berat. Apa lagi yang dimahukan oleh papanya? Masih tidak puas hati dengan jawapannya beberapa hari lepas? Mengapa papanya masih berkeras tentang isu Qayra?
Kakinya diatur menuju ke kerusi, kehadiran Dato' Ahmad dibuat-buat seperti tidak wujud, segera lelaki separuh baya itu bangkit dan menghempas kuat surat khabar di tangannya ke atas meja Arfan.
"Papa, apa masalah papa ni?" Suara Arfan sedikit menengking. Anak mata mereka berlawan antara satu sama lain.
"Apa Arfan buat balik kampung?" Soal Dato' Arfan, akhirnya anaknya kembali semula ke Kuala Lumpur setelah hilang beberapa hari. Arfan tidak membalas sebaliknya duduk di atas kerusi kerjanya.
"Arfan datang jemput isteri Arfan," tenang sahaja nadanya membalas.
"What!"
"Papa arahkan Arfan untuk ceraikan Marisa! Arfan memang tak faham bahasa ke? Arfan kena kahwin dengan Qayra. Dia satu-satu perempuan yang layak jadi isteri Arfan." Suara Dato' Ahmad memenuhi segenap bilik pejabat Arfan sehingga menarik perhatian pekerja-pekerja yang berada di luar.
Ada antara mereka sudah berbisik antara satu sama lain.
Arfan mengeluh, buat ke sekian kali isu yang sama dibangkitkan.
"Berapa kali Arfan perlu cakap? Arfan taknak kahwin dengan Qayra. Dia bukan perempuan yang Arfan cintakan! Marisa, satu-satu isteri Arfan. Arfan takkan ceraikan dia atau madukan dia dengan Qayra!" Arfan masih mengawal nadanya meskipun suaranya sudah sedikit keras.
Dato' Ahmad menahan amarah.
"Arfan memang uji kesabaran papa ke?" Soal lelaki tua itu serius. Anak matanya tajam menikam wajah Arfan.
"Arfan tetap dengan keputusan Arfan. Arfan takkan ikut kehendak nafsu gilakan harta papa! Arfan takkan korbankan kebahagiaan Arfan semata demi duit yang papa gilakan! Arfan cintakan Marisa dan sampai bila-bila Arfan takkan kahwin dengan Qayra!" Dato' Ahmad tertawa sinis. Lucu mendengar kata-kata anaknya.
Bodoh kerana cinta.
Kerusi di hadapan Arfan ditarik lalu punggungnya dilabuhkan, Dato' Ahmad menyandar badannya tenang. Sebelum senyuman sinis diukir.
"Arfan benar-benar menguji papa!"
"Duit takkan mampu beri kebahagiaan pada Arfan melainkan Marisa. Tidak kira papa paksa Arfan macam mana sekalipun, Arfan takkan tinggalkan Marisa. She's my wife." Tegas Arfan, wajah tenang Dato' Ahmad ditatap berani.
Dato' Ahmad menepuk kuat tangannya.
"Woah tak sangka anak papa ni romeo," sinis sahaja nadanya, Arfan mengetap gigi geram. Dia menahan geram memandangkan lelaki tua di hadapan ini merupakan ayah kandungnya dan dia harus menghormatinya. Jikalau tidak, sudah melayang penumbuk miliknya.
Dato' Ahmad bangkit, wajah Arfan ditatap tepat.
"Kalau Arfan masih bertegas.. Seperti papa cakap haritu, papa akan rampas segala hak milik Arfan. Arfan kata Arfan tak perlukan harta papa? Jadi, papa rasa Arfan boleh hidupkan tanpa duit papa?" Soalnya sinis, Dato' Ahmad berpeluk tubuh. Jika cara baik tidak dapat memujuk Arfan untuk mendengar perintahnya, dia akan mengunakan cara kasar.
Arfan menyeringai sinis.
Decitan kasar dilepaskan.
"Kalau papa nak ambil semua harta papa sekalipun, Arfan takkan bertukar arah. Arfan tetap memilih Marisa," tegas Arfan, Dato' Ahmad mengetap gigi geram meskipun riak wajahnya masih kelihatan tenang.
Kenapa anaknya terlalu cintakan anak saudaranya sedangkan perempuan itu hanya perempuan biasa.
"Tch! Arfan cabar papa. Baiklah, papa akan bekukan semua duit Arfan dan rampas segala harta benda Arfan memandangkan Arfan kata Arfan boleh hidup tanpa duit papa. Papa nak tengok sejauh mana cinta boleh buat Arfan bahagia. Arfan boleh miliki segalanya semula jikalau Arfan sudi menceraikan Marisa dan berkahwin dengan Qayra!" Tegas Dato' Ahmad. Urat tegang kelihatan di dahinya.
Arfan tersenyum sinis.
"Baiklah, sikit pun Arfan tak takut. Arfan akan buktikan cinta terhadap manusia lebih indah berbanding pada cinta terhadap harta benda," balasnya berani. Tubuhnya diangkat dari kerusi.
"Memandangkan papa dah rampas segala harta Arfan, Arfan rasa Arfan dah tak perlu uruskan hal syarikat kan? Kalau macam tu Arfan minta diri dulu," sejurus itu kakinya diatur keluar, Dato' Ahmad mengetap gigi. Jiwanya disabarkan.
Dia yakin Arfan akan kembali dan merayu untuk memulangkan semula segala duit yang dirampasnya.
Tiada manusia mampu hidup tanpa duit dan harta.
Telefon pintar dikeluarkan dari poket, punggungnya dilabuhkan kembali ke kerusi lalu badannya disandarkan tenang. Bibirnya tidak berhenti mengukir senyuman sinis.
Nama seseorang dicari lalu panggilan dibuat. Tidak lama selepas itu, panggilan bersambung.
"Helo,"
"Tolong bekukan segala duit dan kad dibawah nama Arfan Daniel bin Ahmad. Tarik kereta dan rumah yang dibeli mengunakan duit Dato' Ahmad bin Shamsudin. Secepat mungkin, dalam masa 24 jam. Saya tidak mahu lewat sedikitpun. Kalau dah selesai, maklumkan pada saya," sejurus itu panggilan dimatikan, senyuman sinis terlakar.
"You're asking for game, papa tunaikan. Arfan akan menyesal," ucapnya yakin. Sejurus itu segera dia bangkit dan melabuhkan punggung di kerusi yang barusan ditinggalkan oleh Arfan.
Sementara menunggu Arfan kembali, dia akan menyuruh Adam mengantikan tempat Arfan menjadi CEO sementara dibawah kendalinya.
ARFAN yang baru sahaja ingin menaiki keretanya semula ditahan oleh beberapa orang lelaki. Kunci kereta di tangannya dirampas begitu sahaja, Arfan segera bertindak ingin mengambilnya kembali namun sia-sia setelah wajahnya ditumbuk secara tiba-tiba oleh salah seorang lelaki di situ.
"Kereta ini sudah menjadi hak milik Dato' Ahmad semula, kau dah tak berhak atas kereta ini," Arfan berdecit, bibirnya yang berdarah disentuh.
Licik sungguh permainan papanya, tangkas papanya melakukan kerja.
"I see," Arfan mengukir senyuman sinis.
"Kau cakap dengan Dato' Ahmad, aku tak hairan sikit pun dia nak kereta ni semula. Tolong bagitahu dia, aku boleh hidup tanpa harta dia," sejurus itu Arfan meludah tepat di hadapan lelaki itu, darah sudah bercampur dengan air liurnya.
Sejurus itu, Arfan melangkah pergi bersama sebungkus plastik berisi ayam bakar yang dibeli buat isterinya. Licik sungguh permainan Dato' Ahmad, dia baru keluar dari pejabat, papanya sudah mengarahkan orang untuk merampas keretanya.
Telefon pintar dikeluarkan, nombor teksi dicari. Nampaknya dia harus pulang mengunakan teksi.
***
Bersambung.
Dato' Ahmad ni kejam :)
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...