ARFAN yang sedang berbincang dengan tuan rumah diperhatikan sekilas sebelum dia mendekati wanita yang sedari tadi hanya diam tanpa berbicara, dari atas sampai bawah dia menilik Marisa. Dalam diam, dia memuji selera Arfan memandangkan lelaki itu memilih seorang wanita yang memiliki wajah yang manis.
Adam berdehem kecil, segera senyuman manis diberikan saat Marisa memandang ke arahnya.
"Saya Adam, kawan baik Arfan." Bicaranya, Marisa sudah tidak keruan, bagaimana dia hendak membalas memandangkan dia kenal sikap Arfan yang cemburu.
Adam mengaru kening.
Bisu ke? Bisik hati kecilnya.
"Ehem." Arfan muncul, Adam segera memeluk bahu Arfan menggunakan lengannya. Bibirnya merapati telinga Arfan.
"Arfan.. Isteri kau bisu ke?" Arfan segera menjentik kuat dahi Adam sehingga lelaki itu meringis kesakitan, segera dahinya disentuh.
"Bisu otak kau! Aku tak izinkan dia bercakap dengan lelaki, nak-nak lelaki macam kau. Buaya," seusai mengatakan sebegitu, Adam ditolak menjauhi darinya lalu isterinya dirapati. Pipi Marisa dibelai lembut seketika.
"Kau ni macam tak kenal member sendiri. Tak mungkin aku nak isteri kau, aku cuma nak tahu nama dia je. Salah ke?" Balas Adam tidak puas hati, dia yang baik ini digelar buaya oleh Arfan?
Arfan menggulingkan mata.
"Sayang abaikan dia tu, gila sikit otak dia. Sayang panas ke? Maaf abang lambat sikit deal dengan tuan rumah. Sayang okey ke duduk rumah kecil macam ni? Buat masa sekarang kita duduk sini dulu," Marisa mengukir senyuman pendek, kepalanya dijatuhkan. Rumah tingkat satu dihadapannya dipandang sekilas, baginya kelihatan baik-baik sahaja rumah ini.
"Sayang masuk dulu, ini kunci."
"Barang-barang biar abang dengan Adam angkat," ujar Arfan, pegangan di pipi sang isteri dilepaskan lalu gugusan kunci diberikan kepada Marisa.
"Tapi abang.. Banyak beg tu, biar Mar tolong sekali," Arfan pantas menggeleng.
"Biar abang angkat, Adam tu ada. Sekali-sekala biar jantan tu berguna sikit," sindirnya, Adam tercengang. Bibirnya diketap geram, Arfan dipandang tajam. Punyalah dia membantu pun masih digelar tidak berguna? Sabar jelah. Bebelnya geram.
Arfan dijeling menyampah, segera bagasi diangkat keluar.
Lama Marisa terdiam, ragu-ragu hendak mengikut kata-kata suaminya.
Arfan mencubit pipi Marisa.
"Abang boleh buat, sayang masuk rehat dulu ke? Abang nampak sayang penat," tambah Arfan lagi, lembut sahaja nadanya. Marisa lambat-lambat mengangguk akur. Dia rasa bersalah membiarkan Arfan mengangkat segalanya sedari tadi lagi.
"Good girl,"
"Sekarang sayang pergi masuk," hidung Marisa ditarik lembut sebelum kakinya mengatur menuju Adam. Segera dibantu lelaki itu mengangkat sisa bagasi di dalam bonet.
Marisa membuka kunci pintu pagar mengunakan gugusan kunci yang diberikan suaminya sebelum kakinya melangkah masuk.
"Berapa sebulan Arfan?" Soal Adam, bantal panjang kepunyaan Arfan dihulurkan kepada lelaki itu.
"Hmm bolehlah, RM 550 sebulan," balas Arfan, nadanya sedikit kedengaran susah hati. Segera Adam melabuhkan punggung di bonet keretanya lalu wajah runsing Arfan dipandang.
"Papa kau ada chat aku pagi tadi, dia kata ada hal penting nak bincang dengan aku berkaitan syarikat dia. Arfan.. Apa kata kau jujur dengan aku, apa masalah kau dengan papa kau ni?" Segera tangannya memeluk tubuh, Arfan mengeluh.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...