ARFAN terduduk di stesen bas yang terakhir, air mata yang mengalir tidak dihiraukan. Semua jenis stesen bas yang terdapat di Kuala Lumpur sudah dia pergi. Bukan setakat stesen bas malah LRT, MRT serta komuter sudah dia pergi untuk mencari keberadaan isteri dan anaknya namun pencariannya berakhir sia-sia.
Dia seperti orang hilang akal saat ini.
Dia mahukan Marisa serta Adrian untuk kembali ke pangkuannya semula. Dia rela melutut di kaki Marisa sehingga wanita itu rela memaafkan kesilapannya agar Marisa mahu kembali bersamanya.
"Sayang... mana sayang pergi? Abang dah cari seluruh tempat.." ujarnya teresak-esak. Hanya tinggal dia sahaja di stesen bas tersebut memandangkan hari sudah larut malam.
Hendak menelefon isterinya, Marisa meninggalkan beg tangannya di rumah. Wanita itu keluar hanya sehelai sepinggang sahaja saat membawa diri pergi membuktikan Marisa benar-benar kecewa pada dirinya.
"Pulanglah sayang.. abang berjanji abang akan terangkan segalanya pada sayang. Abang tak boleh hidup tanpa cinta ataupun Adrian," tambahnya lagi, Tuhan sahaja betapa hancurnya seorang Arfan Daniel saat ini.
Dia sedar dia yang salah dalam hal ini.
Dia tidak sepatutnya merahsiakan semuanya daripada Marisa.
"Abang... Allah," Hanif segera merapati Arfan bersama Kalsom, tubuh sasa Arfan dipegang. Pertama kali dia melihat Arfan selemah ini.
Sebaik Kalsom menelefonnya dek kerana wanita separuh baya itu khuatir dengan keadaan Arfan yang langsung tidak berhenti untuk berehat dari mencari sang isteri dan anaknya.
"Abang Arfan..." seru Hanif, pipi Arfan ditepuk perlahan bagi menyedarkan lelaki itu dari dunianya sendiri. Keadaan Arfan sekarang tidak ubah seperti orang yang sedang kematian isteri.
"Hanif... isteri aku, tolong carikan Mar Hanif. Aku sayangkan isteri aku, aku sayangkan Adrian Hanif. Tolong aku Hanif. Kalau Marisa dengan Adrian pergi, aku tak boleh hidup. Tolong.. aku merayu," tangan Hanif dipegang. Nadanya benar-benar lirih. Hanif semakin kasihan dengan nasib abangnya.
Manakala air mata Kalsom semakin deras melihat keadaan anak lelakinya. Dia tidak sanggup melihat Arfan sebegini, dia sedar cinta Arfan kepada menantunya sangat besar.
"Hanif tahu tapi abang kena berehat juga. Hanif tak rasa sekarang ini ada mana-mana stesen bas yang masih beroperasi. Hanif juga rasa kak Mar bukan dekat Kuala Lumpur lagi... takpe, esok kita usaha cari lagi. Abang kena balik rehat, ibu risau dengan keadaan abang Arfan. Abang tak kasihan ke tengok ibu risaukan abang?" Balas Hanif, Arfan laju menggeleng.
"Tak... aku taknak balik selagi tak jumpa isteri dengan anak aku Hanif. Isteri aku tak bawa duit, tak bawa telefon dia. Macam mana dia nak makan Hanif? Aku takut dia dalam masalah sekarang ni... Marisa juga masih dalam pantang, luka jahitan dia pun masih belum sembuh. Kalau dia sakit macam mana? Kau nak tanggung ke Hanif.. Kalau kau taknak tolong aku. Biar aku pergi sendiri. Kau tolong bawa ibu aku pulang." Tangan Hanif ditolak lalu tubuhnya dipaksa bangkit.
Hanif segera mengejar abang tirinya.
"Abang Arfan.. kau tahu tak dalam keadaan macam ini, kau kena berfikiran waras! Kalau kau nak cari kak Mar, kau kena simpan tenaga. Aku tahu kau sayangkan kak Mar tapi jangan sampai berfikiran sempit macam ini. Kau tak fikir ke apa ibu rasa sekarang ni? Kau cuba tengok ibu.." segera kolar abangnya dicengkam lalu dipaksa memandang Kalsom. Arfan terdiam, segera lelaki itu terduduk di atas lantai.
"Aku takut kehilangan Marisa, Hanif. Kau tahu dia dengan Adrian ibarat nyawa aku, aku sayangkan diorang. Aku..." Hanif segera menepuk bahu Arfan bagi menenangkan Arfan.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...