SETAHUN KEMUDIAN
ARFAN sedang fokus membaca fail-fail yang diberikan oleh setiausahanya sebentar tadi, setiap informasi yang dicatit dibaca dengan penuh teliti bagi memastikan tiada kesalahan yang dilakukan oleh setiausahanya sebelum tandatangan diturunkan.
Dia tidak mahu mengalami masalah di kemudian hari. Dahinya sedikit berkerut di saat membaca, sekali-sekala dia berdecit di saat menyedari ada beberapa maklumat yang salah di fail tersebut.
Segera telefon yang menyambungkan ke setiausahanya ditekan. Tidak sampai beberapa saat, panggilan bersambung.
"Kayla. My room now," Kayla segera menelan air liur berpasir sejurus mendengar arahan tegas dari majikan, dia sedar dia telah melakukan kesalahan sekarang ini.
Segera ketukan diberikan, saat suara garau dari dalam bilik membenarkannya masuk. Segera Kayla menunduk memberi hormat kepada bos besarnya.
"Apa yang kau buat ini? Macam mana maklumat sepatutnya tentang Indra Emas boleh bercampur dengan Indra Kayangan? Masalahnya.. bukan setakat proposal dia salah tapi ni maklumat dekat ledgar dia juga salah. Kayla..." Arfan terhenti, matanya tajam memandang ke arah wajah setiausahanya yang sudah ketakutan.
Jari-jemari Kayla turut bergetar hebat, hampir sahaja dia mengalirkan air mata mendengar tengkingan bos besarnya.
Dia sering ditengking tetapi ini pertama kali suara majikan kuat sehinggakan Kayla sedar banyak mata sedang memandangnya sekarang ini dari arah luar bilik majikannya.
"S-Saya minta maaf, tuan muda Dani. Saya mengaku saya salah sebab dah campur dua syarikat. Saya j-janji saya akan betulkan," ucapnya terketar-ketar, Arfan segera mencampak fail-fail yang berada di tangannya di hadapan Kayla, tepat.
"Betulkan dalam masa 24 jam.. esok aku nak dah ada atas meja aku, kalau kau masih silap. Aku akan pecat kau. Faham tak?" Tengking Arfan, laju Kayla mengangguk. Segera dia menunduk dan mengutip semua kertas yang bertaburan di atas lantai. Menggigil dia sendiri.
Arfan segera mengurut dahinya perlahan, dia sedikit stress dengan sikap para pekerjanya. Sering melakukan kesalahan kecil.
Kayla yang sedang menangis ketakutan diluar dipandang bagai tiada perasaan sebelum pandangannya dibuang kepada skrin komputernya.
Itulah Arfan Daniel sekarang. Seorang majikan tidak berhati perut, kejam, tiada langsung senyuman yang mengukir di wajah tampannya. Siapa tidak kenal sifat kejam Arfan, hampir seluruh staf di dalam bangunan syarikat yang dia miliki sekarang ini mengenal baik Arfan Daniel bagaimana. Salah sedikit pasti tengkingan menjadi makannya.
Sampai-sampaikan Arfan memiliki nama panggilan iaitu Tuan Muda Hitler memandangkan sikap kejamnya yang tidak boleh dibawa toleransi. Sudah ramai yang menangis disebabkan sikap Arfan namun Arfan tidak peduli. Jiwanya sudah lama mati sejak setahun lalu, sejak sang isteri tercinta hilang entah kemana bersama cahaya mata mereka.
Arfan Daniel mati setahun lalu, yang ada cumalah Tuan Muda Dani sahaja.
Semua orang yang rapat dengan dirinya tahu, Arfan sekadar mengunakan itu sebagai alasan untuk terlihat kuat sedangkan lelaki itu masih mengharapkan kepulangan sang isteri bersama anak lelaki mereka.
Sejak Dato' Ahmad disahkan lumpuh kekal setahun lalu membuatkan semua syarikat lelaki separuh baya itu jatuh kepada Arfan. Lagipun, datin Halimah memang mengharapkan Arfan yang bakal menjaga syarikat memandangkan kedua-dua anak lelaki sibuk dengan kehidupan masing-masing.
Ahmad Empayar sudah bertukar nama menjadi Aris Company sejak Arfan bertukar menjadi pemilik mutlak syarikat tersebut dan sejak duduk di bawah kendali Arfan, syarikat tersebut menjadi syarikat terkenal dan terkaya di Malaysia selepas syarikat milik Dato' Qamal.
Arfan menanggalkan cermin mata bulat yang dipakainya sebelum mengosok perlahan mata yang terasa pedih. Kerana terlalu kerap melihat skrin komputer membuatkan Arfan disahkan rabun beberapa bulan lalu menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata bagi mendapatkan pandangan yang jelas.
Ketukan di pintu menganggu perbuatan Arfan yang sedang mengurangkan pedih matanya.
Namun bibirnya mengukir senyuman lebar saat orang yang dia kenal muncul di pintu biliknya.
"Tuan muda Hitler tengah buat apa tu?" Ujar wanita itu sambil tertawa mesra, Arfan sekadar menggeleng mendengar usikan wanita berambut panjang di hadapannya ini. Di saat menyedari wanita turut membawa anaknya membuatkan Arfan pantas bangkit, segera dia melutut di hadapan baby stroller yang sedang menempatkan seorang bayi yang tertidur pulas.
"Rindunya pada Qhazif Ghibran," sempat dicubit lembut pipi montok bayi lelaki tersebut.
"Aik mana hitler nya, I tak nampak pun." Segera Arfan memandang tajam wanita yang sedang tertawa rancak di hadapannya ini.
"Suka betul Qayra usik abang kan," Qayra segera mengangkat tanda dia mengalah. Baby stroller segera ditolak merapati sofa yang terdapat di dalam pejabat Arfan.
"Betul apa... satu pejabat ni. Eh silap, satu Malaysia ni termasuk surat khabar Hangat ni duk sibuk cakap pasal Tuan Muda Hitler. Itu I nak tengok betul ke? Tapi.." Arfan yang sedang fokus bermain dengan pipi anak lelakinya dipandang atas bawah, segera menggeleng laju.
"Tiada pun rupa Hitler, rupa bapak orang ada." Seloroh Qayra yang membuatkan Arfan tertawa perlahan.
Segera tempat bersebelahan Qayra diambil.
"Orang yang duk panggil abang Hitler, abang tak suruh pun." Balas Arfan tenang. Qayra segera merapati Arfan.
"Abang tu garang sangat. Cuba senyum, ini tidak kalau boleh semua orang nak dimakinya." Bebel Qayra, suaranya kembali dipelannya di saat sedar anaknya sedikit bergerak. Takut Qhazif tersedar, sudahlah anak lelakinya liat hendak tidur.
"Mana ada. Abang baik je,"
"Yakin? Yang Qayra tengok setiausaha abang sampai teresak-esak dekat luar tu apa tuan muda Hitler?" Perli Qayra yang mendapat jentikan perlahan dari Arfan.
"Seronok sakat abang guna panggilan tu eh?" Qayra sekadar menjelirkan lidah.
"Ha kenapa datang pejabat abang ni? Selalunya susah je nak datang. Ini siap bawa Qhazif sekali? Bukan ke Qayra susah nak bawa si montel ni berjalan," Qayra tersengih memandangkan Arfan menangkap maksud sebenar kedatangannya kemari.
"He he, nak minta teman ke klinik jumaat ni? Qhazif ada checkup tapi waktu tu Haikal kena pergi meeting dekat Sabah." Sengihan diberikan, lengan Arfan dipeluk manja mengharapkan lelaki itu akan menemaninya.
"Hmmmm..."
"Please abang? Demi Qhazif. Abang tak kesian ke tengok Qhazif," matanya dikedipkan berulang kali, puas dibulatkan matanya.
"Uhmmm abang kan hitler, mana boleh teman Qayra." Ujar Arfan sengaja mengusik Qayra, nadanya turut dibuat seakan merajuk.
"Ok ok Qayra akan berhenti panggil abang hitler, please abangku sayangku?" Dikedip lagi matanya, kali ini lebih manja dari sebelumnya. Arfan tertawa perlahan, segera dia mengangguk. Dahi Qayla sempat dijentik manja.
"Yeay! I dah kena gerak," segera baby stroller dipegang lalu ditolak merapati pintu bilik pejabat Arfan, sempat Arfan memberikan kucupan terakhir buat Qhazif.
Sebelum daun pintu tertutup, Qayra sempat melaungkan sesuatu yang membuatkan Arfan tertawa perlahan.
"Bye tuan muda Hitler, terima kasih."
Ada-ada sahaja tingkah Qayra. Sempat Kayla yang sedang mengelap sisa baki air mata dipandang sebelum gadis itu seperti lipas menyambung kerjanya sebelum. Wajah tegasnya kembali terhias sejurus hilang sahaja Qayra dari pejabatnya.
Punggung dilabuhkan semula ke kerusi empuk, matanya tertancap pada nota yang diletakkan dalam frame gambar di atas meja kerjanya. Nota yang meninggalkan rasa sakit yang mendalam pada dirinya setahun yang lalu.
Perlahan-lahan matanya berkaca, Arfan tidak sekuat yang dia tunjukkan sekarang ini. Dan cuma dia sahaja yang tahu itu.
***
Bersambung.
Apa agaknya yang berlaku pada Marisa and baby Adrian?
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...