SYAFIQ menatap gambar Marisa yang disimpannya ketika mereka masih bersama, senyuman manis wanita itu tidak pernah luput dari fikirannya. Saat terasa bahunya dipegang, Syafiq segera mematikan skrin telefonnya dan memasukkan telefonnya ke dalam poket.
Wajah sahabatnya Fikri dipandang.
"Tengok apa tu?" Lelaki itu mengambil tempat bersebelahan dengan Syafiq. Lega perutnya kerana dapat melepaskan hasrat yang diinginkan.
Syafiq sekadar menggeleng.
Kedua-dua mereka membuang fokus saat suara sang ustaz mulai kedengaran untuk memberikan ceramah agama.
Dek kerana tidak mahu lagi kerap memikirkan perihal Marisa, Syafiq semakin kerap ke Masjid. Baginya, berada di Masjid sahaja mampu membuat hatinya tenang.
Ada benar nasihat sahabatnya Fikri, lebih baik melupakan kenangan lama. Masa lalu akan sentiasa menjadi masa lalu.
"Bro.. Aku tahu kau masih ada rasa rindu tapi kalau nak betul-betul lupakan dia. Kau kena buang semua tentang dia," Syafiq segera mengalihkan pandangan kepada Fikri. Riak wajah lelaki kelihatan tenang. Syafiq mengeluh perlahan.
Nampaknya Fikri nampak segalanya.
"Aku cuba, terima kasih Fik."
Fikri sekadar mengukir senyuman lembut.
Bahu sahabatnya segera ditepuk sebelum diajak lelaki itu fokus mendengar isi ceramah pada malam itu.
MARISA mengetap bibir perlahan, hatinya terasa berat hendak bertanyakan sesuatu pada Arfan. Arfan yang sedang membelai rambut sang isteri seakan sedar dengan keadaan Marisa yang seakan gelisah.
Tidak dinafikan sejak date haritu, kehidupan mereka semakin bahagia.
"Sayang.. Ada apa-apa ke sayang nak tanyakan?" Soal Arfan lembut, pantas tubuhnya dan isterinya diajak bangkit. Kini kedua mereka sudah duduk bersila dan memandang antara satu sama lain.
Marisa pantas menggeleng.
"Cinta?" Arfan masih berkeras hendak mengetahui punca isterinya seakan memikirkan sesuatu.
Marisa pantas mengeluh perlahan.
Rambut diselak ke belakang telinga.
"Mar cuma terfikir.."
"Fikir apa cinta?" Soal Arfan lembut, tangan sang isteri dibawa ke dalam gengamman. Wajah isterinya yang kemerahan dipandang sayang. Sempat dibelai pipi wanita itu lembut.
"Mar terfikir.. Nak tolong abang cari duit untuk kelahiran Sunshine nanti. Mar tahu abang stress fikir cara untuk simpankan duit buat bayar kos melahir nanti, barangan Sunshine. Jadi, Mar terfikir memandangkan Mar rasa Mar mampu lagi buat kerja, izinkan Mar kerja juga abang? Nak buat bantu abang.." riak wajah Arfan segera berubah.
"Sayang tak percayakan abang sebagai suami cinta ke?" Soal Arfan, suaranya sedikit kedengaran seakan berjauh hati. Marisa pantas menggeleng.
"Bukan tak percaya tapi kalau kita berdua sama-sama kerja.. Bukan ke lagi senang?" Arfan pantas menggeleng.
"No! Cinta tengok keadaan cinta. Abang taknak apa-apakan sayang dengan Sunshine kita. Abang ada kudrat untuk jaga sayang dengan Sunshine." Suara Arfan sedikit meninggi. Marisa segera bangkit.
"Baiklah," ucap Marisa sedikit sebak lalu isterinya membawa diri keluar dari bilik. Hatinya terasa dengan Arfan yang meninggikan suara.
Arfan mengeluh.
Segera rambutnya digosok kasar sebelum langkah isterinya dikejar.
"Sayang.." seru Arfan perlahan.
"Abang minta maaf. Abang tak sengaja okey." Ucapnya serba salah, dia sudah berjanji tidak akan mengasari Marisa lagi. Arfan, apa kau dah buat ni? Bebel hatinya sendiri.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...