ARFAN segera meminta diri untuk masuk ke bilik sejurus sampai di rumah papanya, wajahnya tiada langsung sebarang senyuman meskipun hari ini sepatutnya bergelar hari berbahagia.
Datin Halimah mengetuk perlahan pintu bilik, tidak sampai lima saat. Wajah Arfan terpaku di hadapan matanya, meskipun berasa kasihan dengan nasib anak tirinya namun dia tidak mampu berbuat apa-apa.
"Papa suruh mama ingatkan Arfan.. pakai baju melayu yang sudah digantung dekat almari tu. Kalau Arfan dah siap, kita boleh gerak terus ke rumah Qayra." Ujar Datin Halimah yang mendapat anggukan dari Arfan.
"Itu jeke aunty nak cakap?" Soal Arfan, dingin.
Datin Halimah mengeluh perlahan.
"Kalau mama mampu tolong Arfan, dah lama mama hentikan perkahwinan ni. Maafkan mama sebab tak dapat nak menolong Arfan, mama tahu Arfan sayangkan isteri Arfan tapi.." Arfan segera menggeleng.
"Aunty tak salah dalam hal ni.. kalau tiada apa-apa lagi, Arfan nak bersiap dulu." Melihat wanita separuh baya di hadapannya diam membuatkan Arfan segera menutup kembali daun pintu.
Datin Halimah mengeluh berat sebelum kaki diatur menuju ke ruang tamu.
Keluhan berat dilepaskan, rambut diraup kasar. Stress.
Baju melayu yang sudah tergantung kemas dipandang. Mampukah dia melakukan semua ni?
Buntu dengan fikiran sendiri, Arfan segera mengapai baju melayu tersebut lalu t-shirt yang dipakai segera ditanggalkan.
DATIN HALIMAH merapati suaminya. Wajah lelaki tua itu jelas terpancar sinar bahagia dek kerana hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Rancangan yang sudah lama dirancang akhirnya berjalan juga.
Selepas ini, dia tidak perlu risau sama ada syarikatnya akan jatuh muflis atau tidak memandangkan harta besannya mampu menampung tujuh keturunan mereka.
"Mah rasa abang patut hentikan perkahwinan masa kita masih sempat. Mah tak sanggup tengok abang seksa Arfan, Mah boleh nampak dalam mata dia, dia sedang terseksa abang." Jari-jemari yang sedang berketik laju di atas skrin segera mati sejurus kata-kata itu terluncur dari bibir isterinya.
Wajah datin Halimah dipandang tajam.
Dia sedang dalam keadaan mood yang baik tetapi isterinya sengaja menghancurkan segalanya.
"Limah.. abang ni malas nak bertekak dengan awak. Semua hantaran dah diangkat ke?" Sengaja topik ditukar, dia malas hendak membalas kata-kata isterinya sebentar tadi.
Kini wajah datin Halimah berubah serius.
"Abang ingat Mah tengah bergurau ke?" Suaranya sedikit meninggi.
"Dan Mah ingat abang tengah bergurau ke?" Kini soalan dibalas kembali, riak wajahnya lebih tegang dari sebelumnya.
"Abang tak fikir macam mana perasaan isteri Arfan bila dapat tahu suami dia berkahwin dengan perempuan lain tanpa dia sedar? Abang tak fikir ke tentang perasaan Arfan bila dia terpaksa buat semua ni demi perjanjian abang dengan dia? Abang tak fikir tentang perasaan Qayra? Terpaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tak cintakan? Abang tak fikirkan perasaan Haikal? Terpaksa tengok orang yang dia sayang.. berkahwin dengan lelaki lain? Abang tak kisah ke tentang semua tu?" Suaranya kuat memenuhi isi rumah banglo miliknya.
Dato' Ahmad segera meletakkan telefonnya ke atas meja kopi. Wajah tegang isterinya dipandang lama.
Dia sedar sekarang banyak mata-mata sedang memerhatikan mereka berdua memandangkan mereka sedang duduk di ruang tamu sekarang ini.
"Abang tahu apa yang terbaik.." balasnya ringkas. Datin Halimah tersentak mendengar balasan suaminya. Begitu senang sekali lelaki itu melontarkan kata-kata sebegitu seperti hal yang dia sedang lakukan saat ini tidak melibatkan mana-mana hati dan perasaan.
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...