11

22.4K 585 2
                                    

SETAHUN KEMUDIAN,

Kalsom yang sedang mencuci pinggan didekati lalu bahu wanita itu dipeluk teruja. Terkejut wanita tua itu namun tidak lama selepas itu senyuman mesra diberikan kepada Marisa.

"Asalamualaikum mak ngah," sapanya sambil tangannya dihulurkan hendak menyalami ibu saudaranya. Kalsom segera membasuh tangannya sebelum dilap di bahagian baju t-shirt nya. Tangan Marisa disambut.

"Waalaikumusalam Mar, Mar dah balik? Macam mana dengan interview taska tu? Dapat ke? Rafiq mana? Budak tu tak masuk dulu ke? Minum air ke," soal Kalsom lembut. Marisa tidak mampu menahan senyumannya sejurus mendengar kata-kata mak ngahnya.

"Rafiq kata ibu dia ada minta tolong nak hantarkan ke pekan tu yang dia balik je tak singgah dan erm Mar ada berita gembira nak kongsi dengan mak ngah!" Tangan Kalsom segera digenggam kuat.

Kalsom sudah dapat mengagak namun tetap ditunggu anak sedaranya mengatakan sendiri. Genggaman Marisa dibalas semula.

"Mar dapat kerja dekat taska tu, mak ngah! Diorang kata Mar boleh mula kerja minggu depan, start hari isnin." Ujarnya teruja, Kalsom mengangguk.

"Alhamdulilah.. kerja elok-elok ye Mar, bukan senang nak dapat kerja macam itu. Malam ni sempena nak menyambut Marisa Hani sebab dapat kerja, mak ngah masakkan lauk kegemaran Mar. Jemput Rafiq dengan mak dia sekali," Marisa laju mengangguk sebelum menarik Kalsom ke dalam pelukan.

"Terima kasih, mak ngah."

RAFIQ tersenyum lebar melihat lauk-pauk yang terhidang banyak dihadapannya. Perut sudah menjerit-jerit meminta diisi.

"Makcik sedapnya lauk semua," puji Rafiq, Rafidah ibu kepada Rafiq turut mengangguk setuju.

"Som, terima kasihlah sudi ajak kami makan sekali. Buat susahkan kau aje," tambah Rafidah membuatkan Kalsom menggeleng.

"Patutnya aku berterima kasih dengan kau, Idah. Dari dulu lagi Rafiq ni selalu tolong Marisa, aku sebagai mak ngah kepada Marisa, aku terhutang budi. Tadi pun Rafiq tolong hantarkan Marisa ke pekan untuk interview kerja tu jadi aku belanja makan ni kiranya tak seberapa," nasi buat Rafidah diceduk lalu diletakkan ke pinggan wanita bayanya itu.

"Terima kasih Rafidah, Rafiq." Tambah Kalsom, dia benar-benar rasa terhutang budi.

Rafiq menggeleng.

"Takpe makcik, perkara kecil. Saya dengan Marisa dah lama kawan, jadi bantu-membantu dah macam perkara biasa dah makcik. Saya ikhlas," Rafidah mengangguk setuju sambil bahu anak digosok lembut.

"Betul tu Som, Rafiq dengan Marisa ni dah lama kawan, tak perlu nak dirisaukan ya," senyuman manis tidak luntur dari wajah yang sudah berusia itu. Kalsom mengangguk berulang kali.

"Kalau gitu, jemputlah makan semua. Tak seberapa ni," Marisa segera menuangkan air ke dalam gelas Rafiq bersama ibunya, sekali-sekala matanya melirik ke arah Rafiq. Lelaki itu hanya tersenyum mengejek.

"Jemput makan.. makcik, Rafiq.."

"KAU yakin ke taknak aku hantar kau pergi kerja nanti, Mar? Kau tahu-" Marisa segera memotong kata-kata Rafiq dengan gelengan.

"Kau tahu aku taknak susahkan kau kan, Rafiq? Aku boleh pergi kerja sendiri, aku dah besar Rafiq. Lagipun, aku taknak susahkan kau.. kau pun tengah tunggu panggilan sambung belajar kan?" Ujar Marisa panjang lebar. Wajah Rafiq ditatap lama.

Lelaki itu mengeluh pendek.

"T-tapi kau tahukan benda tu tak susahkan aku? Aku kawan kau, Mar. Aku takut apa-apa jadi pada kau." Rafiq masih tidak berpuas hati.

Marisa tertawa perlahan, lengan Rafiq dipukul sekilas.

"Sebaik Qila tak jeles sangat orangnya, kalau tak, mahu hari-hari aku kena bebel dengan dia." Marisa mengambil tempat di atas tangga batu rumahnya.

"Aih kau ni, sampai Qila pula masuk. Kau tahukan dia faham aku dengan kau camne," Rafiq meraup rambut kasar. Marisa menggeleng.

"Fiq sahabatku, aku ni perempuan. Aku tahu perasaan perempuan bila pakwe dia sendiri rapat dengan perempuan lain. Kau ni sekali-sekala cuba fikir perasan Qila sikit, tapi kira untunglah Qila faham aku dengan kau ni rapat macam isi dengan kuku," sempat dibebelkan Rafiq.

Geram dia tatkala Rafiq seakan tidak memikirkan hati kekasihnya sendiri.

"Mar.. aku dengan kau kawan dah lama. Kau tahu kau macam mana, mungkin.. mungkin aku nampak macam tak kisah dekat Qila tu tapi kau tahukan aku sayang Qila tu macam mana. Dia cinta pertama aku kot," tempat di sebelah Marisa diambil, Marisa tersenyum perlahan. Lengan Rafiq dipukul sekali lagi.

"Elele abang romeo ni," usik Marisa perlahan. Iya, meskipun ramai yang selalu menuduh mereka berhubungan cinta tetapi faktanya hanya mereka sahaja yang tahu.

Marisa cuma seorang sahabat baik kepada Rafiq dan kekasih sebenar lelaki itu ialah Qila.

Kadang dibiarkan orang mengelar mereka pasangan kekasih.

"Mestilah abang romeo, kalau tidak takkan Qila jatuh cinta en," sempat dadanya ditepuk bangga. Marisa menguling mata menyampah.

"Aku doakan kau dengan Qila sampai jinjang pelamin, Fiq. Kau jaga Qila baik-baik, dia perempuan yang baik. Korang berdua sesuai bersama," nada Marisa berubah serius, Rafiq mengangguk akur.

"Macam mana aku jaga kau, macamtu aku jaga Qila. By the way, kau ni tukar topik kepada awek aku kenapa! Dah aku dah buat keputusan, isnin aku hantar kau kerja." Punggung diangkat lalu ditepuk bagi menghilangkan debu yang melekat di seluar.

"T-tapi Fiq-"

"Shut! Ibu dah sudah ke tu? Jom balik," segera ayat Marisa dipotong.

Gadis itu tersenyum pendek.

Rafiq tak pernah berubah.

"Terima kasih Idah sudi datang malam ni ya.. Rafiq bawa kereta tu elok-elok, malam-malam macam ni bahaya." Pesan Kalsom sebelum pintu kereta ditutup.

"Iya terima kasih juga Som, aku balik dulu ya." Sejurus itu bayangan kereta Rafiq mulai menghilang di dalam kegelapan malam.

"Mari masuk Mar, dah lewat ni.."

***
Bersambung

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now