16

19.7K 540 11
                                    

DATO' AHMAD bersalam mesra dengan sahabat baiknya iaitu dato' Qamal sebelum punggungnya dilabuhkan di kerusi berhadapan sahabatnya itu.

"Apa khabar Qamal? Maaf aku lambat siki, kau tahulah Limah tu.. ada je benda nak disuruhnya aku beli," ujarnya bersama tawa kecil, lelaki separuh baya yang dipanggil Qamal itu mengangguk faham.

"Khabar baik Mad, macam mana bussiness kau? Aku dengar cerita empayar Ahmad ni makin berkembang. Tak sia-sia kau serahkan pada anak kau tu," dato' Qamal bersuara sebelum air kopi suam dihirup perlahan.

Dato' Ahmad tertawa kecil.

"Puncanya semua dari kau juga Qamal, kalau kau tak tolong syarikat aku masatu.. mesti muflis aku dah, takde dah nama Ahmad Empayar dekat Malaysia ni. Alhamdulilah berkat pertolongan kau dengan kebijaksanaan anak aku menguruskan masalah, naik balik nama syarikat aku tu," dato' Qamal menggeleng.

"Aku tolong mana mampu, Mad.. aku ikhlas." Cawan berisi kopi yang baru sahaja dihantar oleh pelayan segera diberikan kepada sahabat baiknya.

"Alang-alang nak tanya Qayra macam mana? Sihat? Bulan depan dia nak habis belajar dah kan? Tak silap aku.. Qayra sama universiti dengan Haikal kan?" Dato' Qamal menjatuhkan kepalanya.

"Sihat alhamdulilah anak dara aku seorang tu, Mad. Betul, bulan depan dia habis. Isteri aku tu dah bising anak dia nak balik, nak buat parti semualah. Pasal Haikal tu, aku takde pula dengar Qayra cakap pasal Haikal." Balasnya, sekali-sekala sudu di dalam cawannya digunakan bagi mengacau kopi suamnya.

"Pasal rancangan kita dua tu, bila kita boleh bincang sesama kita?" Soal dato' Ahmad sedikit serius.

Dek kerana terhutang budi dengan sahabat baiknya, dato' Ahmad memutuskan hendak mengahwinkan anaknya dengan Qayra, anak sahabat baiknya.

Dan orang yang menjadi pilihannya ialah Arfan, anak sulungnya. Baginya, Arfan sesuai bersama Qayra memandangkan masing-masing sama padan.

"In sha Allah lepas Qayra selamat sampai Malaysia, kita bincang ye Mad. Aku tak sabar nak bermenantukan Arfan tu, hebat sungguh menantu aku tu.." ujar dato' Qamal, sempat diselitkan pujian buat Arfan.

Dato' Qamal memang sudah lama berkenan dengan Arfan untuk dijadikan menantunya memandangkan Arfan hebat di dalam bidang perniagaan.

"Boleh-boleh, alhamdulilah."

MARISA dijemput tepat di hadapan Taska Kaseh, sempat dielus wajah Marisa lembut saat wanita itu kelihatan penat.

"Kesian sayang abang ni.. nampak penat," sapu tangan yang berada di dalam poket seluar diambil sebelum diberikan kepada Marisa, wanita itu hanya menyambut tanpa membalas apa-apa.

Dilap peluh yang merenik didahinya.

"Sayang nak makan dulu? Kita boleh singg-"

"Mar nak makan rumah je abang.. kesian mak ngah masak penat-penat," balasnya singkat. Arfan merenung wajah manis Marisa sebelum mengangguk akur.

"IBU naik dulu, nak bersedia untuk maghrib. Arfan dengan Mar cepat-cepat sikit makan lepastu kita solat maghrib sama-sama. Waktu nak masuk dah ni," Arfan tidak membalas sebaliknya fokusnya dibuang pada Marisa yang sedang menikmati makanannya.

"Baik mak ngah," punggungnya segera diangkat, tidak betah dia hendak bersendirian di dapur ini bersama Arfan. Dia seperti trauma hendak berduaan sahaja dengan lelaki itu.

Arfan turut bangkit dari duduknya, langkah Marisa diikut.

"Honey macam makin kurang bercakap je, sayang masih tak biasa abang ada ke? Abang rindu Honey. Honey tak rindu abang ke?" Ujar Arfan sambil berdiri tepat di belakang Marisa.

Marisa mengigit bibir perlahan, jantungnya sudah berdegup kencang. Kerana itu dia tidak suka berdua sahaja dengan Arfan, lelaki itu akan cuba melakukan perbuatan yang sama seperti sekarang.

Arfan memegang bahu Marisa lalu dipaksa wanita itu mengadapnya.

"Abang dah buat keputusan, abang nak kahwin dengan Honey." Membulat besar mata Marisa, segera pegangan di bahunya dilepaskan. Wajah tenang Arfan ditatap tidak percaya.

"A-abang cakap apa ni? M-Mar tak faham," tersekat-sekat suaranya, dia masih terkejut dengan kata-kata Arfan. Lelaki itu menjatuhkan kepalanya beberapa kali, wajahnya serius.

"Abang nak kahwin dengan sayang.. abang nak tanggungjawab. Abang taknak orang ambil sayang dari abang." Ujar Arfan, kali ini nadanya lebih serius berbanding tadi.

"T-tapi Mar tak bersedia kahwin lagi. M-Mar juga tak cintakan abang. M-Mar-" segera bahunya dicengkam kuat oleh Arfan, wajahnya dipaksa memandang Arfan.

"Abang dah tetap dengan keputusan abang. Sebelum balik Kuala Lumpur, abang nak kahwin dengan Honey. Abang yakin ibu akan terima permintaan abang ni," kali ini, wajah Arfan sudah kelihatan tegang. Dia sudah bertegas dengan keputusannya.

"Kenapa abang Arfan s-suka seksa Mar dari dulu? M-Mar m-memang mainan abang ke? Dari k-kecil sampai besar abang buli M-Mar kalau Mar tak dengar cakap abang. Abang buli Mar, abang seksa Mar, abang r-rogol Mar.. sekarang abang Arfan paksa Mar kahwin dengan abang pula? M-Mar memang mainan bagi abang ke?" Kini hanya air mata yang mampu mengalir.

Dada bidang Arfan dipukul berulang kali.

"Abang tak bermaksud macam tu.. abang-"

"Abang bermaksud macam mana? Jelaskan pada Mar abang.. boleh tak kalau sekali je abang izinkan Mar hidup tenang? Boleh tak sekali je abang izinkan Mar buat keputusan sendiri? Mar nak kahwin dengan orang yang Mar c-cin.."

"No! Kau cuma boleh cintakan aku je! Kau cuma boleh kahwin dengan aku! Aku tak izinkan kau bersama dengan lelaki lain. Keputusan aku muktamad, aku akan kahwin dengan kau, Marisa Hani!" Suara Arfan memenuhi ruangan dapur. Cengkaman di bahu Marisa dilepaskan kasar.

"Kau tak faham kenapa aku buat semua ni! Aku buat semua ni sebab aku terlampau.."

"Terlampau apa abang? Terlampau bencikan Mar ke? Abang boleh bunuh Mar kalau abang terlampau bencikan Mar, kenapa abang Arfan buat Mar macam ni. Mar taknak kahwin dengan abang!" Hidup sebumbung seperti sekarang sudah membuatkan dia seperti ingin mati.

Bagaimana kalau bersama seumur hidup? Marisa tidak rela berkahwin dengan Arfan.

Lelaki itu tidak berhati perut, kejam!

"Aku akan bagitahu ibu nanti," sejurus bilang sebegitu, Arfan terus meninggalkan Marisa sendirian di dapur.

Marisa jatuh terduduk, air matanya tidak berhenti mengalir.

Kenapa? Kenapa Arfan melayannya sebegini? Dari dulu, lelaki itu menganggapnya seperti mainan.

Mar benci abang!

***

bersambung

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now