KALSOM memberikan segelas air kosong kepada anak lelakinya di saat Arfan terlihat sudah selesai makan. Meskipun Arfan tak memberitahunya tetapi dia tahu, anak lelakinya sedang memiliki masalah.
Datin Halimah segera mencuit bahu bekas madunya, Kalsom sekadar menggeleng perlahan.
Datin Halimah segera berdehem kecil yang menghentikan lamunan Arfan.
"Jauh termenung.." soal ibu tirinya membuatkan Arfan sekadar mengukir senyuman pendek.
"Banyak kerja dekat pejabat, ma.." bohongnya. Segera kain napkin yang berada di tepi pinggan diambil lalu dilap mulutnya.
"Bukan sebab menantu mama dengan ibu?" Arfan terdiam, keluhan berat dilepaskan. Dia lupa bahawa kedua-dua ibunya ini cepat menangkap riak wajahnya tiap kali dia memiliki masalah.
"Mar masih tak boleh terima Arfan kembali?" Soal Kalsom lembut. Sejak mengetahui Marisa sudah kembali membuatkan hati tua Kalsom tidak tenang selagi tidak dapat bertemu menantu kesayangannya itu namun Kalsom sedar, Marisa masih memerlukan masa untuk memaafkan dirinya. Entah-entah wanita itu masih tidak mahu melihat dirinya.
Arfan menggeleng perlahan.
"Tadi Arfan hampir rosakkan segalanya.. Arfan tak sepatutnya ikut emosi dan sekarang isteri Arfan semakin dingin dengan Arfan," luahnya yang terbuku sedari tadi. Wajah Marisa yang seakan benci pada dirinya seakan terngiang-ngiang difikirannya.
"Pujuklah dia." Ujar datin Halimah, pinggan kotor yang berada di atas meja makan diangkat dan diberikan kepada pembantu rumahnya.
"Betul cakap mama tu Arfan.. ibu kenal sungguh perangai Mar, dia mudah terpujuk orangnya. Kamu cuba pujuk dia esok, ibu yakin dia pasti akan maafkan kamu." Sokong Kalsom pula.
Lama Arfan terdiam.
"Mama dengan ibu yakin isteri Arfan akan maafkan Arfan?" Soal lelaki itu, kedua wajah ibunya dipandang bergilir-gilir. Kedua-dua mereka laju mengangguk.
"Mestilah.. anak ibu dulu pernah berjaya lembutkan hati Marisa sekali, ibu yakin kalau kamu usaha sekali lagi. Pasti berjaya," kata-kata semangat diberikan buat anak lelakinya.
"Okey ibu.. terima kasih mama, ibu."
"Hmmm ibu dengan mama menunggu bila dapat jumpa dengan Mar ni. Rasa rindu sangat nak jumpa dengan menantu dan cucu ibu," suara Kalsom terdengar hiba. Arfan segera menggenggam tangan ibunya.
"Arfan berjanji Arfan akan bawa isteri dan anak Arfan pulang segera," Kalsom mengangguk, pipi anaknya ditepuk perlahan. Dia percaya Arfan akan berjaya satukan keluarga mereka semula.
"Mama nak minta diri sekejap.. nak beri papa kamu makan," kepergian datin Halimah dihantar dengan ekoran mata.
Selepas sahaja papanya disahkan lumpuh kekal, hubungan Arfan dan datin Halimah perlahan-lahan membaik. Awalnya sukar namun kerana kebaikan datin Halimah membuatkan Arfan sedar dia tidak sepatutnya melayan wanita itu dingin memandang datin Halimah merupakan ibunya juga.
"Malam ni Arfan stay ke balik mansion?" Soal Kalsom, pinggan berisi keropok lekor yang diberikan pembantu rumah diletakkan di hadapan Arfan.
"Balik kot ibu,"
Kalsom sekadar mengangguk akur.
MARISA terkesima saat melihat meja kerjanya yang dipenuhi coklat dari pelbagai jenis jenama. Tidak berkutik dia melihat coklat-coklat tersebut, segera beg tangan diletakkan ke tepi. Punggungnya dihenyak ke kerusi. Matanya menangkap nota kecil yang terselit di balik coklat tersebut.
Abang belikan semua favourite sayang. Abang tahu cinta suka coklat kan? So, makanlah. I'm sorry pasal semalam, abang janji takkan ulang lagi! Sayang pegang janji abang okey? Enjoy! I love you!
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...