91

11.6K 463 24
                                    

ARFAN memakirkan keretanya di hadapan rumah agam milik keluarga Qayra memandangkan wanita itu membuat keputusan hendak membuat majlis aqiqah anak lelakinya di rumah agam milik papanya. Kelihatan kawasan parking rumah Qayra sudah dipenuhi kereta-kereta mewah dari berbagai jenama membuktikan ramai orang sudah tiba, kebanyakkan kereta tersebut milik saudara-mara wanita tersebut.

Arfan segera menoleh memandang isterinya yang sedang mendukung Adrian. Pantas pipi Marisa dicuit, jelas wajah wanita itu kelihatan gelisah. Malah lebih jelas gelisahnya berbanding ketika dia menjemput wanita itu.

"Kenapa cinta nampak gelisah sangat ni?" Soal Arfan lembut, Marisa sekadar menggelengkan menafikan.

"Mar cuma nervous, first time datang majlis ramai orang ni." Bohongnya sedangkan dia sebenarnya takut jika kehadirannya tidak diundang di sini. Tambahan pula, dia takut Kalsom tidak sudi menemui dirinya.

"Abang janji takkan tinggalkan sayang dengan Adrian. Abang duduk dekat sisi sayang je," pujuk Arfan membuatkan Marisa tersenyum tipis. Senyuman sang isteri dibalas sebelum dia keluar hendak membukakan pintu buat Marisa. Adrian diambil dan dibawa ke dalam dukungannya, beg tangan isterinya turut disangkutkan ke bahu. Perbuatan Arfan saat ini benar-benar menunjuk sifat suami mithali.

Tangan dihulurkan ke hadapan Marisa.

"Pegang tangan abang kalau masih nervous," pantas Marisa mencapai tangan suaminya, Arfan sekadar tertawa perlahan saat sedar bahawa tangan isterinya benar-benar sejuk membeku. Ini membuktikan Marisa benar-benar sedang gelisah hendak bertemu dengan ibunya serta keluarga Qayra.

Kaki segera diatur menuju pintu gerbang yang sedang terbuka luas. Marisa ternampak ada beberapa khemah yang sudah siap dipasang di kawasan lapang yang terdapat di rumah agam Qayra. Salah satu khemah di situ digunakan bagi memasak memandangkan peralatan memasak sudah siap diletak di bawah khemah tersebut.

"Ramainya orang abang.." ucap Marisa perlahan. Arfan menjatuhkan kepalanya sekali.

"Keluarga Qayra ni meriah. Belah papa dia sahaja dah ada lapan adik-beradik termasuk papa dia. Mama dia pula ada lima adik-beradik termasuk mama dia. Jadi, kalau ramai tu normal." Jawapan sang suami membuatkan Marisa kembali gelisah.

Arfan terkekeh perlahan.

"Sayang jangan risau. Family Qayra memang ramai tapi semuanya baik-baik. Abang pernah jumpa separuh dari itu tapi so far, semuanya layan abang mesra. Macam keluarga sendiri. Jadi, abang pasti dorang mesti seronok jumpa sayang. Jumpa Adrian. Jangan risau, okay." Marisa lambat-lambat mengangguk kepalanya. Saat semakin menghampiri pintu gerbang, telinganya menangkap suara riuh-rendah dari dalam rumah agam tersebut.

Penyumbang utama suara-suara tersebut pastilah kanak-kanak yang sedang rancak bermain. Marisa semakin menggengam erat tangan suaminya.

Tiba sahaja di hadapan pintu gerbang tersebut, matanya menangkap hampir separuh dari rumah agam tersebut sudah dipenuhi orang. Arfan segera membawa Marisa untuk mencari kelibat ibunya, sekali-sekali dirinya ditegur oleh beberapa saudara Qayra yang mengenali dirinya.

"Arfan.. lama tak jumpa," sempat mereka bersalaman mesra. Lelaki berkaca mata itu sempat memandang Marisa sekilas.

"Isteri ke?"

"Yup, kau bila lagi Qim?" Soal Arfan yang mengundang tawa lelaki bernama Haqim tersebut.

"Lambat lagilah Arfan. Jodoh taknak datang," balasan lelaki itu membuatkan Arfan terangguk-angguk kecil. Sempat mereka berbual singkat sebelum Arfan meminta diri untuk mencari sang ibu dan mama tirinya.

Berputar-putar dia mencari kelibat Kalsom dan juga datin Halimah namun sia-sia. Entah kemana mereka berdua namun Qayra yang nampak kehadiran mereka segera menghampiri Arfan dan juga Marisa.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now