KALSOM memberikan pinggan yang sudah berisi nasi buat anak terunanya sempat juga rambut anak lelakinya digosok kasar.
"Kenapa Arfan balik tak bagitahu ibu? Setahun tak balik-balik, ibu tengok-tengok je dah ada dekat ruang tamu. Ibu ingatkan pencuri mana tadi," bebel Kalsom geram, Arfan hanya tertawa perlahan. Rambut yang sudah dikacau ibunya tadi dibetulkan semula.
"Suprise ibu," balasnya selamba.
Lauk asam pedas diceduk dan diletakkan ke dalam pinggannya.
"Ibu tak sukalah suprise macam ni Arfan, lain kali bagitahu ibu.. boleh ibu sediakan makanan kegemaran Arfan. Ini ibu balik-balik je dari rumah makcik Senah kamu, tengok je kamu dah ada dekat rumah ni." Air oren sejuk dituangkan ke dalam gelas sebelum diberikan kepada anak lelakinya.
"Ini pun lauk kegemaran Arfan ni," balasnya tenang. Kalsom mengeluh perlahan sebelum rambut anaknya digosok sekali lagi, kali ini dielus dengan kasih.
Sebenarnya Kalsom rindukan anak lelakinya tetapi hendak buat macam mana lagi? Anaknya sekarang memegang tanggungjawab yang besar iaitu harus menjaga syarikat suaminya.
"Ibu rindu Arfan, makan banyak-banyak sikit.." Arfan hanya sekadar mengangguk, dilahap masakan ibunya penuh selera. Dia rindu sungguh dengan air tangan ibunya memandangkan sudah setahun berpisah.
"Mar dah balik ke, Arfan?" Soal Kalsom, pinggan lauk diangkat untuk diisi lagi lauk ke dalamnya.
"Sudah, ibu. Cuma tadi mungkin Marisa tak sihat sebab tu dia minta dengan Arfan, dia nak tidur kejap. Takpe kejap lagi okeylah tu, mungkin dia terkejut nampak Arfan kot," air oren diteguk. Kalsom mengangguk faham.
Bahu Arfan dipegang.
"Makan dulu, nak. Ibu nak mandi sekejap, nak siap untuk maghrib. Nanti tolong kejutkan Mar, tak elok, tidur senja-senja." Pesan Kalsom sebelum kakinya melangkah naik ke bilik.
Arfan hanya sekadar mengangguk.
DAUN pintu bilik Marisa dibuka perlahan sebelum kakinya melangkah masuk. Melihat Marisa yang masih lena diulit mimpi membuatkan dia tidak sampai hati hendak mengejutkan Marisa. Lagipun, wanita itu masih dibawah kesan ubat penenang tadi.
Rambut Marisa dielus kasih.
"Abang taknak ganggu tidur, sayang. Honey tidur dulu ya," bisik Arfan perlahan.
Sudah puas menatap wajah wanita yang disayangi, Arfan melangkah keluar dan menutup pintu.
Senyuman tidak berhenti menghiasi wajahnya, bahagia itu sahaja Arfan tahu.
"LUPA ibu nak tanya kereta kamu mana? Sebab itu ibu tak sedar kamu ada." Soal Kalsom seusai mereka selesai berdoa, Arfan menyalami tangan Kalsom.
"Arfan hantar workshop sebab masa datang sini, kereta tu ada masalah. Pastu masa nak datang sini, Arfan naik grab je. Ibu jangan risau pasal kereta Arfan," sejadahnya dilipat sebelum disusun dengan baik ke tempatnya.
"Oh, ibu ingatkan kenapa. Sudah, jom kita duduk ruang tamu. Ada banyak benda ibu nak tanya Arfan," Arfan tersenyum pendek namun diakurkan sahaja kata-kata Kalsom.
MARISA tersedar dari mimpi buruk, lehernya basah dengan peluh. Keadaan sekeliling diperiksa, nafas lega dihembus saat bayangan Arfan tiada.
Bayangan Arfan semalam kembali bermain di fikiran Marisa. Wajah lelaki tu kelihatan tenang seakan tidak pernah melakukan kesalahan, kejadian setahun lalu bagai perkara kecil buat lelaki itu.
"Ehem bangun pun kesayangan abang ni. Abang ada bawakkan nasi buat sayang. Dah pukul 12 setengah ni, sayang mesti lapar kan," satu suara garau menghentikan lamunan Marisa.
Segera wajahnya diangkat, Arfan muncul bersama pinggan dan segelas air kosong ditangannya.
Marisa kembali takut, takut jika Arfan akan bertindak menyakitinya. Atau kejadian setahun lalu berulang kembali.
"Sayang tahu tak sayang tidur dari senja sampai sekarang.. ibu ada suruh kejutkan bangun tapi abang cakap sayang tak sihat. Sayang lapar tak? Ni abang-"
"A-abang Arfan jangan datang dekat dengan Mar. Mar t-tak suka abang dekat dengan Mar. M-Mar tak lapar," nadanya sedikit bergetar, tangannya sudah berubah sejuk.
Arfan tersenyum pendek.
"Makan," itu sahaja balas Arfan pendek sebelum punggungnya dihenyak di atas katil di sisi Marisa.
"Ibu cakap dengan abang.. sayang dapat kerja dekat taska, esok pagi abang-" sekali katanya dipotong Marisa.
"M-Mar boleh pergi sendiri.. abang tak perlu susahkan diri," pinggan di tangan Arfan dirampas, lelaki itu hanya sekadar tersenyum dan membiarkan. Wajah pucat Marisa dipandang.
"Abang tahu perbuatan abang setahun lepas dah rosakkan hidup sayang tapi abang-"
"Abang Arfan tahu tapi abang masih bertindak rosakkan hidup Mar. Abang tahu tak Syafiq ben-" katanya terputus sejurus sedar dia sudah tersalah cakap. Arfan tertawa sinis.
Sudah setahun berlalu, nama budak lelaki hingusan itu masih meniti di bibir Marisa.
"Kau masih lagi suka budak mentah tu ke, Marisa Hani?" Suara Arfan mulai meninggi, pandangan tajam menikam wajah Marisa. Marisa segera menggeleng laju.
"Kau itu milik aku, selamanya milik aku. Tiada siapa boleh ambil kau termasuk budak mentah itu sekali." Tegas Arfan bersuara.
"M-Mar bukan milik abang! Mar ada hak Mar sendiri dengan siapa Mar nak kahwin atau sayang. M-Mar benci abang sebab abang dah rampas satu-satu harta Mar! Mar benci abang sebab abang rogol Mar! Mar benci abang!" Jerit Marisa kuat bagi melepaskan segala rasa amarahnya kepada Arfan.
Arfan tersenyum sinis.
Pipi Marisa segera dipegang kuat.
"Kau boleh benci aku ikut suka kau! Aku tak kisah! Tapi kau tetap milik aku sampai bila-bila Marisa Hani! Dan pasal benci tu, bencilah aku sebanyak mana yang kau nak sebab satu hari nanti.. hati kau tetap jadi milik aku! Aku akan buktikan kau milik aku sampai bila-bila," cengkaman di pipi Marisa dikuatkan sehingga jelas kerutan di wajah Marisa menahan sakit.
"Dan... aku taknak dengar nama mana-mana lelaki dari bibir kau. Kau tahu apa akan jadi kalau kau ingkar, Marisa Hani." Ugutnya lalu melepaskan kasar pipi Marisa.
Marisa terdiam, air mata yang ingin mengalir ditahan.
"Makan lepastu tidur, esok aku hantar kau ke taska."
"M-Mar tak-"
"Dan aku terima sebarang penolakan, Marisa Hani. Selagi mana aku dekat kampung, selagi itu aku akan hantar kau pergi taska." Tegas Arfan. Punggungnya diangkat lalu dia berlalu pergi meninggalkan Marisa seorang diri di dalam bilik.
Kenapa kau perlu balik! Desis hati Marisa perlahan.
***
Bersambung
*i know this chapter sedikit merepek tapi takpelah life goes on*
YOU ARE READING
MRS ARFAN DANIEL©
Romance[COMPLETED] WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begi...