90

13.2K 471 11
                                    

SYAKILLA merapati Marisa yang sedang fokus melihat suaminya bermain dengan Adrian sebelum lelaki itu pulang ke rumahnya sendiri, bahu Marisa disenggol sedikit membuatkan pandangan wanita itu berubah kepadanya.

"I tengok Arfan kerap datang. You dah buat keputusan nak terima dia balik ke Mar?" Soal Syakilla membuatkan Marisa terdiam, dia seakan buntu hendak membalas. Hendak dikata dia sudah menerima Arfan semula, mereka masih difasa mencuba berbaik. Hendak pula kata mereka sudah berbaik tetapi kedua mereka belum membincangkan lebih lanjut hubungan mereka bagaimana.

"Mar tak tahu nak cakap macam mana Qila, Mar nampak keikhlasan abang Arfan tapi Mar sendiri buntu dengan hati Mar. Entah sebab Mar masih ego ataupun Mar memang dah tawar hati untuk terima abang Arfan semula," luah wanita itu apa yang terbuku dihatinya.

Arfan yang sedang mengagah anak lelaki mereka dipandang.

"Mar yakin ke dah tawar hati pada suami Mar?" Soal Syakilla lagi. Kali ini soalannya benar-benar membuatkan Marisa terkedu. Tawar hatikah dia pada Arfan? Soalnya sendiri di dalam hati.

"I bukan nak cakap apalah Mar, selama dua minggu Arfan datang sini.. bawa Mar dan Adrian keluar, datang makan sini, luang waktu dengan Mar dengan Adrian. Mar tahu tak I nampak apa dekat wajah Mar?" Ujar Syakilla, anak mata wanita di hadapannya dipandang tepat.

"I nampak sinar kebahagiaan Mar, sinar kebahagiaan yang I tak nampak langsung pada Mar setahun yang lalu. Jujur I cakap selama dua minggu ni, I nampak Marisa Hani yang lama. Yang tersenyum bahagia, yang ceria. Jadi, you cakap pada I? Itu semua sebab apa?" Marisa terdiam mendengar kata-kata Syakilla. Benarkah semua itu?

Dia kelihatan bahagia?

Syakilla segera memegang kedua bahu Marisa lalu dipaksa wanita itu menatap dalam matanya. Syakilla harus menyedarkan Marisa tentang perasaannya sebelum wanita itu tenggelam dalam egonya. Dia tidak mahu Marisa kehilangan kebahagiaan wanita itu.

"Dengar sini, I nak you fikir dalam-dalam tentang hubungan you dengan Arfan. Fikir betapa pentingnya dia pada you, I nak you pertimbangkan dengan baik keputusan you sama ada nak meneruskan hubungan you dengan Arfan atau putuskan sahaja hubungan ni. I taknak both of you sama-sama menyeksa diri. You tahukan Arfan sangat-sangat mengharapkan you kembali pada dia? You dengan Adrian. Jadi, lebih baik kalau you buat keputusan dan bagitahu dia. At least.. tiada sesiapa akan terseksa dengan hubungan ni daripada you biarkan tergantung sebegini tanpa jawapan because Adrian needs his family. He needs you, he needs his daddy." Nasihat Syakilla panjang lebar, Marisa masih terdiam memikirkan kata-kata Syakilla.

Ada benarnya namun kenapa dia seakan tidak rela memikirkan tentang memutuskan hubungan dan perkahwinan mereka?

"Mar.. apa sahaja keputusan you kelak, I dengan Rafiq akan sentiasa sokong tak kira apa jadi. You choose nak stay dengan Arfan or cerai dengan dia ke.. I akan sentiasa ada untuk you and Adrian. Jadi, I harap you buat keputusan yang bijak. Yang akan bahagiakan diri you," tambah Syakilla lagi. Nadanya lembut sahaja memberi kata-kata semangat buat sahabat baiknya.

Marisa segera mencarik senyuman tipis, tangan Syakilla digenggam.

"Terima kasih sangat-sangat Qila sebab sentiasa ada untuk Mar," Syakilla segera menarik Marisa ke dalam pelukan erat.

"Always bestie,"

Kedua-dua mereka sama-sama tertawa perlahan, Syakilla segera meminta diri untuk pulang ke pangsapuri miliknya memandangkan dia datang ke sini pun kerana hendak meminjam sabun basuh baju milik Marisa sedikit dek kerana sabun basuh bajunya sudah habis. Hendak keluar beli, hari sudah lewat malam. Jadi, dia buat keputusan untuk mengambil sedikit Marisa punya.

Arfan segera meletakkan Adrian ke lantai lalu diberikan satu patung beruang kepada kanak-kanak itu untuk bermain, langkahnya dituju menuju sang isteri.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now