66

8.4K 359 12
                                    

ARFAN sempat memberikan kucupan hangat buat sang isteri sebelum kakinya ingin diatur keluar memandangkan papanya memintanya untuk membawa Qayra pergi ke butik yang sudah ditempah bagi mereka baju kahwin mereka berdua.

"Abang pergi sekejap ye sayang.. nanti petang abang balik semula," bisiknya, Kalsom yang berada di sisi menantunya sekadar memandang wajah anaknya. Hendak ditegah, dia juga sudah tidak bisa berbuat apa-apa.

Seperti nasib Arfan, dia juga terpaksa merelakan semuanya demi kebaikan Marisa juga.

"Ibu... Arfan pergi dulu, kalau ada apa-apa ibu boleh telefon Arfan." Kalsom mengangguk tanpa membalas, wajah pucat menantunya dipandang. Dia rasa berdosa setiap kali melihat wajah Marisa, dia sebagai ibu mertuanya seharusnya melindungi Marisa dari disakiti sebegini tapi dia lemah, dia tak berdaya. Dia sedar dia tiada kuasa hendak melawan bekas suaminya.

Ya Allah ampuni dosa hamba ini, bisik hati kecilnya.

Arfan segera menyalami tangan sang ibu sebelum kakinya diatur keluar dari bilik yang menempatkan sang isteri.

Maafkan abang sayang, maafkan abang. Berulang kali perkataan tersebut diungkapkan di dalam hatinya. Tuhan sahaja tahu betapa dia tidak mahu melakukannya semua ini di belakang isterinya.

QAYRA segera membaling pasu bunga ke lantai sejurus suara papanya kedengaran di daun pintu. Sudah hampir seminggu, dia bagaikan orang tidak waras di dalam bilik memikirkan kehidupannya yang sering diatur. Sejak kecil semua perkara diatur dan dikawal, dia tidak pernah diberikan sedikitpun peluang untuk menyuarakan pendapatnya.

Qayra bosan, Qayra benci dikawal.

"I taknak pergi! Papa ke mama ke berambus semuanya. Leave me alone!" Jeritnya kuat, satu lagi pasu bunga menjadi mangsa amarahnya saat dihempaskan ke lantai.

"Qayra.. please sayang.. mama merayu jangan macam ini. Mama risaukan you Qayra," pujuk datin Rose, suara tangisan anaknya yang kedengaran membuatkan hati tuanya semakin risau.

"Mama pun sama je.. tak pernah pedulikan apa I rasa. Tak pernah tanya siapa I nak bersama, siapa orang yang I suka. Kalau papa dengan mama masih nak paksa Qayra dengan abang Arfan.. Lebih baik Qayra mati je!" Balas Qayra kuat, otaknya bercelaru sekarang ini.

Pantas Dato' Qamal segera merapati Arfan.

"Arfan.. please pujuk Qayra. Uncle rasa Qayra akan dengar cakap Arfan," rayu Dato' Qamal. Arfan akur lalu kakinya diatur menuju ke daun pintu yang terkunci dari dalam.

"Qayra.. abang ni."

"Berambus! I taknak jumpa abang! You're so selfish abang! You pun sama je, you tak fikirkan langsung hati I. You tahu kita berdua takkan boleh bersama lebih dari seorang abang dan adik." Arfan mengeluh perlahan, kata-kata Qayra disetujui jauh di sudut hatinya tetapi dia tidak mahu sehingga menyebabkan Qayra melukakan diri sendiri.

"I know, everything is my fault. I'm sorry Qayra. Abang minta maaf okey, please.. dengar cakap abang ni. Buka pintu ni, kita bincang baik-baik. Abang janji abang Arfan akan cuba faham Qayra okey?" Pujuk Arfan lembut berharap gadis itu akan termakan pujukannya.

"No! Semua orang tak sayang Qayra! Lebih baik Qayra mati je!" Bunyi cermin kata yang pecah membuatkan semua tersentak, wajah datin Rose sudah memucat.

Bunyi sepi dari bilik membuatkan Arfan segera menyuruh kedua orang tua gadis itu ketepi lalu dihentak kuat tombol pintu sehingga tertanggal. Kakinya segera melangkah mendekati sekujur tubuh yang sudah terbaring di atas lantai bersama darah yang tidak berhenti keluar dari pergelangan tangannya yang dikelar menggunakan serpihan kaca.

"Allah... Qayra!" Jeritan lemah dari datin Rose tatkala melihat anaknya.

Segera Arfan mengangkat tubuh Qayra yang sudah lemah sebelum dibawa menuju ke kereta untuk dihantar segera ke hospital.

"Selamatkan Qayra... uncle merayu," Arfan mengangguk akur lalu laju kakinya menekan pedal kereta.

Kejadian isterinya dilanggar seakan berulang kali di kotak minda Arfan membuatkan seluruh tubuhnya menggeletar hebat. Wajah pucat Qayra dipandang.

"Tolong bertahan Qayra.. demi Haikal, demi keluarga Qayra, abang minta maaf."

MARISA mencelikkan matanya, terasa tekaknya pahit. Pandangan yang kabur mulai perlahan-lahan menjadi jelas, telingannya dipenuhi dengan bunyi mesin yang melekap di tubuhnya.

Seluruh tubuhnya terasa seakan baru sahaja dihempap dengan sesuatu, sakit itu sahaja Marisa dapat ungkapkan. Perlahan-lahan memori sebelum pandangannya mengelap kembali berlayar, pantas Marisa menyentuh perutnya saat mulai sedar.

Dia berubah gelisah saat menyedari perutnya sudah kempis.

Marisa cuba bangkit, tidak dipedulikan rasa sakit yang dirasai sekarang ini. Dia cuma mahu tahu apa berlaku apa anaknya? Dimanakah suaminya?

Dek kerana dia masih tidak dapat menampung tubuhnya membuatkan Marisa terjatuh dari katil.

"Auch.." tanpa disedari, luka jahitan di perutnya terbuka kembali. Rasa sakit yang dialaminya kini semakin menjadi-jadi. Marisa memaksa dirinya berpaut pada meja sehingga menyebabkan jug berisi air di atas meja tersebut jatuh pecah di atas lantai.

Kalsom yang sedang berada di bilik air tersentak mendengar bunyi tersebut, segera kakinya diatur menuju keluar. Saat melihat Marisa yang sedang berusaha bangkit membuatkan Kalsom terkedu. Cawan yang sedang dipegang tanpa disedari terlepas dari tangan.

Marisa pantas memandang ke arah bunyi tersebut.

"Ib..u.." serunya perlahan, anak tekaknya terasa pahit. Begitu susah hendak dia mengucapkannya.

"AllahuAkbar menantu aku dah bangun! Alhamdulillah syukur pada Allah," segera Kalsom mendapatkan menantunya, akhirnya doanya termakbul jua. Marisa sedar dari komanya.

Air mata gembiranya tidak dapat dibendung lagi.

"Ma...na a-anak M..ar ib..u," perlahan-lahan dia menyebut satu-persatu, Kalsom mengelap sisa air matanya mengunakan hujung lengan bajunya.

"Ada sayang.. Adrian ada, jap ibu panggilkan nurse untuk bawa Adrian pada Mar ye. Adrian pun memang rindukan mama dia." Marisa menghela nafas lega, bermakna anaknya terselamat dari kejadian yang menimpanya saat itu.

Baru sahaja kaki Kalsom hendak melangkah pergi, Marisa segera menahannya.

"A..bang... m..ana?" Kalsom terdiam, lidahnya kelu hendak membalas. Tidak mungkin dia memberitahu Marisa bahawasanya Arfan sedang menempah baju kahwin bersama bakal isteri barunya?

"I...bu.." sekali lagi Marisa menyeru tatkala ibu mertuanya tidak memberikan sebarang jawapan.

"Ada.. Arfan ada... Jap, ibu bawakan Adrian untuk Mar ye sayang. Mar mesti teruja nak jumpa anak lelaki Mar," balas Kalsom, wajah pucat menantunya dipandang.

Saat menyedari pakaian yang dipakai Marisa sudah dipenuhi darah, segera Kalsom merapati menantunya kembali.

"Allah... jahitan Mar terbuka ni, jap ibu panggilkan nurse." Ucap Kalsom panik lalu segera kakinya melangkah keluar mendapatkan jururawat untuk memeriksa keadaan menantunya.

Marisa menghantar kepergian mertuanya dengan sorotan matanya.

Di dalam hatinya,dia bersyukur kerana Tuhan menyelamatkan anak yang dikandungnya.

Terima kasih ya Allah. bisik hati kecilnya.

"Mar tak sabar nak jumpa abang dengan Adrian.. Mar rindukan abang." Wajah Arfan terlayar di fikirannya, Tuhan sahaja tahu betapa rindunya dia pada sang suami. Dia tidak tahu kenapa tapi dia sangat rindukan Arfan, dia ingin menyentuh wajah Arfan sepuasnya bila lelaki itu muncul nanti.

***
bersambung.

Jeng jeng wifeu dah bangun

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now