19

18K 528 12
                                    

KALSOM merenung dalam wajah anak saudaranya sebelum menarik Marisa ke dalam pelukan.

"Betul ke apa Arfan cakap pada mak ngah, Mar? Arfan dah rosak-kan Mar?" Suara wanita separuh baya itu sedikit bergetar, dia masih berharap segalanya hanya kebohongan semata.

Sepi, tiada jawapan dari Marisa.

Pelukan mereka dilepaskan, bahu Marisa dipegang kuat.

"Takpe sayang.. Mar boleh jujur dengan mak ngah, jangan sorok lagi benda ni. Betul ke apa Arfan cakap pada mak ngah? D-dia rogol Mar?" Perkataan itu seakan tidak mampu dia tuturkan, anak kandungnya sendiri sudah melakukan jenayah terbesar tanpa dia sedari.

Marisa kaku, keduanya tangan sejuk. Dia terlalu takut hendak mengatakan kebenaran, wajah Kalsom dipandang takut.

Dek kerana lidahnya seakan tidak mampu bertutur membuatkan Marisa mengangguk lambat, kelopak mata yang sudah bergenang cuba ditahan.

Tangannya mengigil hebat, akhirnya kebenaran yang ditutup terbongkar jua.

Kalsom hanya terduduk, jantungnya terasa sesak. Jadi, apa yang diberitahu Arfan adalah kebenaran?

Arfan segera merapati ibunya, ditahan sang ibu dari jatuh. Marisa sudah teresak kecil.

"Ibu... Marisa tak salah, Arfan salah. Arfan yang rogol dia, ibu. Jadi, ibu lepaskan pada Arfan sahaja. Jangan marah Marisa, ibu." Ucap Arfan, tangan Kalsom naik dan menampar wajah anaknya sekali lagi.

Malam itu Kalsom benar-benar kecewa dengan Arfan.

"Memang Arfan salah! Arfan tak bertanggungjawab! Arfan dah rampas maruah Marisa! Maruah adik sepupu Arfan sendiri! Dan selepas setahun benda tu berlalu, Arfan baru berani jujur pada ibu? Hak Marisa macam mana? Marisa ni mainan pada Arfan ke? Ibu betul-betul kecewa dengan Arfan. Sanggup Arfan bertindak seperti ini pada Marisa? Ar.." Kalsom menghentikan katanya, dadanya segera dipegang.

Jantungnya terasa sempit.

Marisa segera meluru mendapatkan ibu saudaranya, tangan Kalsom dipegang.

"Mak ngah.. Mar dah maafkan abang Arfan. Mak ngah bertenang dulu, se..sekejap Mar ambil ubat mak ngah," tutur Marisa berusaha menenangkan ibu saudaranya, sejurus itu kakinya diatur menuju ke ruangan bilik mak ngahnya.

Ubat Kalsom diraih bersama botol minuman Kalsom yang memang sudah tersedia di situ.

Segera diberikan kepada Arfan.

"Ibu.. makan ubat ibu ni dulu, Arfan minta maaf. Arfan salah, Arfan pengecut." Kalsom menelan ubat yang diberikan kepadanya lambat, hatinya terlalu hancur saat ini.

Tangan Marisa digenggam.

"Marisa," serunya perlahan. Marisa segera menggengam tangan Kalsom kuat, air matanya semakin deras. Tidak mahu kehilangan satu-satunya orang yang menyayanginya di dunia ini selepas arwah ibu dan ayahnya.

"Marisa kahwin dengan Arfan ye, nak? Mak ngah nak Arfan tanggungjawab dosa dan kesilapan dia pada Mar setahun lepas. Mak ngah janji, mak ngah takkan izinkan dia sakiti Mar." Pinta Kalsom, Marisa tersentak.

Mimpi buruk seakan mengulit Marisa kembali.

"M-Mar tak-"

"Arfan dah hancurkan masa depan Mar.. mak ngah nak dia belajar tanggungjawab terhadap Marisa. Selamani.. mak ngah dah cukup berlembut dia, mak ngah tak sangka dia sanggup rosakkan adik sepupu dia sendiri. Mak ngah merayu pada Mar, terima Arfan. Mak ngah yakin Arfan boleh jaga Mar." Rayu Kalsom, air mata jangan dikata sudah memenuhi wajahnya.

Namun perlahan-lahan matanya terasa memberat sebelum semuanya menjadi gelap.

"Ibu... ibu,"

"Mak ngah,"

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now