24

18.5K 510 4
                                    

ARFAN mendekati isterinya yang sedang fokus menonton televisyen, hidung Marisa dicuit membuatkan wanita itu tersentak. Hilang terus senyumannya yang tadi melebar menonton drama melayu yang sedang ditayangkan.

"Seronok isteri abang tengok drama eh? Tak ajak abang pun," ucap Arfan, tempat kosong di sebelah Marisa diambil.

Arfan merapatkan kedudukannya dengan isterinya. Marisa sudah tidak senang duduk. Kalsom yang sedang melihat hanya mampu tersenyum sahaja, kepalanya digelengkan kecil.

"Lepas je jadi suami isteri ni, Arfan tak boleh langsung berenggang dengan Mar ye? Kemana isterinya duduk, dekat situ dia ada," usik Kalsom. Arfan tertawa perlahan.

"Mestilah ibu.. Kalau boleh hari-hari Arfan nak tengok wajah isteri tercinta Arfan ni.." balas Arfan selamba, terkedu Marisa mendengar. Kalsom menggeleng.

"Mengada kamu ni Fan.."

"Sayang—" katanya dipotong oleh bunyi ringtone yang menjerit diangkat. Decitan kecil keluar. Arfan sudah mengagak siapa yang menelefonnya itu.

"Fan.. Angkat telefon tu, kesian papa," baru sahaja butang merah ingin ditekan, suara sang ibu menghalangnya. Arfan mengeluh. Wajah Marisa dipandang sekilas sebelum butang hijau ditekan.

"Sayang.. Abang jawab papa sekejap," hanya anggukan kecil diberikan kepada suaminya, bayangan Arfan dihantar pergi.

Bercakap tentang ayah kandung Arfan, Marisa sudah lama tidak melihat pakciknya itu. Sejak pindah ke Kuala Lumpur dan berkahwin sekali lagi, Marisa sudah tidak melihat kelibat lelaki itu.

Bukan Marisa tidak ingin bertanya tetapi dia tidak mahu Kalsom bersedih. Masih dia ingat kejadian di mana Kalsom menangis seharian selepas mendapat khabar bahawa suaminya ingin menikah sekali lagi dengan wanita yang dia jumpai di Kuala Lumpur.

Hampir seminggu juga, Kalsom hidup dalam kemurungan.

"Mar okey ke lepas je bergelar isteri Arfan ni? Ibu tengok riak wajah Mar macam tak bahagia.. Mar tak rela ke terima perkahwinan ni?" Teguran Kalsom menghentikan lamunan Marisa. Segera wanita itu menggeleng.

Senyuman pahit diberikan.

"Mar okey je ibu.. Mar—"

"Ibu tahu jauh di sudut Mar, Mar terpaksa terima semua ni. Tapi ibu nak Mar tahu.. Ibu yakin Arfan boleh bahagiakan Mar, Arfan sayangkan Mar. Dia pun dah berjanji dengan ibu, dia akan jaga Mar macam nyawa dia sendiri. Mar belajar cintakan Arfan perlahan-lahan ye," kata-kata Kalsom membuatkan Marisa terdiam.

Mampukah dia mencintai lelaki sekejam Arfan?

Mampukah dia?

Arfan Daniel, lelaki yang tidak terjangkau emosinya. Hari ini dia baik, esok bisa jadi sekejam-kejam manusia. Marisa tidak pasti sama ada hatinya bisa mencintai Arfan atau tidak.

"Mar—"

Sekali lagi Marisa tersedar dari lamunan, senyuman tipis diberikan kepada Kalsom. Meskipun dia tidak pasti sama ada dia boleh menerima Arfan dengan ikhlas atau tidak, kepalanya tetap dijatuhkan.

"Mar cuba belajar cintakan abang Arfan.. Ibu jangan risau ye," Kalsom mengangguk.  Baru sahaja bibir hendak membalas kata menantunya, Arfan muncul.

Lelaki itu membaling kasar telefon pintarnya ke atas sofa.

"Fan—" seru Kalsom lembut. Wajah serabut anak lelakinya dipandang lembut.

"Papa ni serabutlah ibu.. Tak pernah senang kalau Fan balik kampung. Sikit-sikit je suruh Arfan balik hadap muka dia dengan isteri dia tu. Tak pun anak tiri dia tu, serabutlah! Tak habis-habis isu kah—" perkataannya termati. Sekilas wajah tenang Marisa dipandang sebelum rambutnya diraup kasar.

MRS ARFAN DANIEL©Where stories live. Discover now